Wednesday, August 25, 2010

trust you never

Pada aku, hidup tanpa terikat dengan mana-mana orang maknanya sangat bebasss. Tidak cloze dengan mana-mana kawan lebih seronok daripada berkawan dengan seorang munafik.

Aku memang tidak bernasib baik dalam mana-mana persahabatan. Jadi aku sudah memutuskan untuk tidak akan sekali-kali memegang title sahabat kepada sesiapapun. Aku boleh rapat dengan semua tapi ouhyehhh ada limitnya.

Ada beberapa orang yang aku dah blacklist. Even aku masih senyum dengan kau dan kau. Tapi, harap maklum, aku sedang berlakon sebaik mungkin untuk bermanis mulut dengan kau. Menahan hati dan mengawal diri. Itu sahaja.

Aku remove kau dari fb. Katalah apapun. Maki la banyak manapun. Silakan. Sebab kau memang mulut macam longkang punnn. Jadi silakan.

And you both, trust you never. Loser.

Tuesday, August 17, 2010

malas update


Lama tak update. Malas.

Dan mungkin tak akan update untuk jangka masa yang panjang. Mungkin.



See? Kami busy.


Sorry gambar kabur. Sape ntah yang ambik nie? Aku dapat dari shared documents.


Doakan saya bahagia kali ni. Tidak seperti episod yang lepas. Sebab dah tahu dalang yang memisahkan.

Untuk kau K (bukan nama sebenar), sila bertaubat.

Friday, August 6, 2010

face the fear

Syukur yang amattt sebab dah dapat menyelesaikan masalah coding. Horeyyyyy. Bukan senang tau nak fahamkan flow code asp classic nih. Hampir terputus urat kepala memikir. Ceh!

Bila Kak Asnaini datang dan bagitau yang dia ada masalah dengan Sistem Profil Jabatan, bagai nak juling biji mata mencari ralat yang tersembunyi. Tapi syukurla sebab Rahmawati berkongsi idea try and error. Pendapat yang membawa muafakat!

Dua bulan menjalani praktikal disini, mengajar aku berdepan dengan realiti latar belakang aku. Selama nie yang ada hanya perasaan takut, benci dan fobia bila mengadap code. Tapi bila kita face the fear, umpama bayang-bayang yang akan semakin kecil bila kita semakin mendekat padanya.

Aku selalu mengambil part documentation masa buat projek kat UUM dulu. Semua tahu, itu kepakaran Yulie. Jadi tak hairan la bila hari pertama masuk ke pejabat nie, aku sedikit shock. Tambah lagi software dan database yang tak pernah aku kenal. Malang sungguh.

Alhamdulillah. Fobia tu dah takda. Zero. Sekarang bila ada problem dengan code, terus cari file yang bermasalah dan selesaikan. Kepuasan yang teramat bila dapat inform pada orang yang mengadu masalah sambil berkata, 'Page tadi tu ok sudah. Boleh sudah bukak.' Disahut dengan ucapan terima kasih. Wahhh.

Aku boleh, kamu pun boleh!

Misi seterusnya nak letak fungsi CSS dan Javascript. Tahu apa itu CSS dan Javascript? Ianya sejenis makanan tradisional Sabah. (Kamu ditipu). =P

CSS? Javascript? Lu pikirla sendiri. Assalamualaikum.

Wednesday, August 4, 2010

setangkai Al-Fatihah untuk arwah ayah Nadie

Dapat panggilan dari Zaza kira-kira pukul 11 malam tadi.

Zaza : Helo Yul, kau dapat mesej Nadie tak?
Aku : Mesej? Mesej ape?
Zaza : Ish aku tak tau la dia main-main ker ape nie.
Aku : Ape die ni?
Zaza : Dia mesej aku dia cakap ayah dia meninggal.
(Aku terdiam seketika.)
Aku : Biar betul kau nie? Aku tak dapat pun mesej tu.
Zaza : Aku pun baru dapat nie. Then aku try call dia, tapi line busy.
Aku : Serius Za. Aku tak tau ape-ape. Kalau kau tak call ni, aku tak tau.
Zaza : Aku ingat kau tau. Kau tau alamat dia tak? Aku ingat nak pegi rumah dia la wei. Kesian dia. Banyak betul dugaan dia tahun nie.
Aku : Aku tak tau alamat dia. Cuba try tanya member lain. Nanti aku try call dia jugak. Ape-ape hal, nanti aku inform kau.
Zaza : Ok.
Aku : Ok Za. Assalamualaikum.
Zaza : Waalaikumsalam.

Selesai bercakap dengan Zaza, aku terus call number Nadie. Tapi macam yang Zaza cakap, line busy.

Aku call Amy. Kot la dia tau pasal hal ni. Tapi Amy tak angkat phone. Dah tidur agaknya.

Then aku call Diah. Tak tau kenapa aku call Diah. Just to talk about this.

Last sekali aku call Hesty. Ada nada-nada keriangan pada suara Hesty. Sempat lagi dia menyuarakan rasa rindu pada aku. Tapi pantas aku memintas bertanyakan Nadie. Hesty spontan beristigfar.

:
:

Sebelum aku tidur malam tadi, dapat mesej dari Zaza yang mengesahkan kesahihan mesej kematian ayah Nadie.
:
:
Pagi nie bila on FB, banyak ucapan takziah untuk Nadie. Nadie kawan aku dari semester satu. Semoga kau tabah menghadapi detik-detik sukar ni Nadie. Sesungguhnya kau diuji kerana kau hamba yang dekat denganNya.

Salam takziah dari aku. Maaf untuk keterbatasanku yang jauh disini. Semoga arway ayah kau ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman. Al-Fatihah.

Tuesday, August 3, 2010

try and error

Satu function lagi nak siap. Lepas tu aku boleh fikirkan design untuk Sistem Profil Jabatan.

Aku cuba dengan muka penuh confident. Kunun.

Stress. Terima kasih!

Monday, August 2, 2010

pensucian Tawau

Astagfirlahulazim.




Seperti yang anda dapat saksikan di atas, ini la kesan akibat banjir yang berlaku pada malam 30 Julai lepas. Banjir yang paling teruk pernah dicatatkan dalam sejarah Kg Pasir Putih Tawau ni. Dengar cerita, dua buah rumah hanyut pada malam kejadian. Sedih kan?

Selesai banjir, pada pagi 31 Julai tu, sekali lagi bumi Tawau dilanda musibah kedua;




Untuk pengetahuan you all, jalan nie adalah jalan yang menghubungkan Tawau-Semporna. Akibat keruntuhan jalan tu, banyak aktiviti tergendala. Bapak aku pun tak jadi out-station. Dengar cerita, kena ikut jalan ladang tapi dikhabarkan agak berisiko.

Pada pagi 31 Julai tu, kecoh la cerita disana sini pasal Pasir Putih dan jalan runtuh tu. Kebetulan aku chatting dengan Sha. Sha cakap semua tu terjadi sebab dah banyak maksiat kat Tawau sejak akhir-akhir nie. Pensucian Tawau katanya.

Takziah kepada mangsa-mangsa banjir dan semoga kita menjadikan musibah ini sebagai satu 'teguran' dari Tuhan untuk kita yang selalu alpa. Wallahualam.