Monday, August 2, 2010

pensucian Tawau

Astagfirlahulazim.




Seperti yang anda dapat saksikan di atas, ini la kesan akibat banjir yang berlaku pada malam 30 Julai lepas. Banjir yang paling teruk pernah dicatatkan dalam sejarah Kg Pasir Putih Tawau ni. Dengar cerita, dua buah rumah hanyut pada malam kejadian. Sedih kan?

Selesai banjir, pada pagi 31 Julai tu, sekali lagi bumi Tawau dilanda musibah kedua;




Untuk pengetahuan you all, jalan nie adalah jalan yang menghubungkan Tawau-Semporna. Akibat keruntuhan jalan tu, banyak aktiviti tergendala. Bapak aku pun tak jadi out-station. Dengar cerita, kena ikut jalan ladang tapi dikhabarkan agak berisiko.

Pada pagi 31 Julai tu, kecoh la cerita disana sini pasal Pasir Putih dan jalan runtuh tu. Kebetulan aku chatting dengan Sha. Sha cakap semua tu terjadi sebab dah banyak maksiat kat Tawau sejak akhir-akhir nie. Pensucian Tawau katanya.

Takziah kepada mangsa-mangsa banjir dan semoga kita menjadikan musibah ini sebagai satu 'teguran' dari Tuhan untuk kita yang selalu alpa. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment