Dapat panggilan dari Zaza kira-kira pukul 11 malam tadi.
Zaza : Helo Yul, kau dapat mesej Nadie tak?
Aku : Mesej? Mesej ape?
Zaza : Ish aku tak tau la dia main-main ker ape nie.
Aku : Ape die ni?
Zaza : Dia mesej aku dia cakap ayah dia meninggal.
(Aku terdiam seketika.)
Aku : Biar betul kau nie? Aku tak dapat pun mesej tu.
Zaza : Aku pun baru dapat nie. Then aku try call dia, tapi line busy.
Aku : Serius Za. Aku tak tau ape-ape. Kalau kau tak call ni, aku tak tau.
Zaza : Aku ingat kau tau. Kau tau alamat dia tak? Aku ingat nak pegi rumah dia la wei. Kesian dia. Banyak betul dugaan dia tahun nie.
Aku : Aku tak tau alamat dia. Cuba try tanya member lain. Nanti aku try call dia jugak. Ape-ape hal, nanti aku inform kau.
Zaza : Ok.
Aku : Ok Za. Assalamualaikum.
Zaza : Waalaikumsalam.
Selesai bercakap dengan Zaza, aku terus call number Nadie. Tapi macam yang Zaza cakap, line busy.
Aku call Amy. Kot la dia tau pasal hal ni. Tapi Amy tak angkat phone. Dah tidur agaknya.
Then aku call Diah. Tak tau kenapa aku call Diah. Just to talk about this.
Last sekali aku call Hesty. Ada nada-nada keriangan pada suara Hesty. Sempat lagi dia menyuarakan rasa rindu pada aku. Tapi pantas aku memintas bertanyakan Nadie. Hesty spontan beristigfar.
:
:
Sebelum aku tidur malam tadi, dapat mesej dari Zaza yang mengesahkan kesahihan mesej kematian ayah Nadie.
:
:
Pagi nie bila on FB, banyak ucapan takziah untuk Nadie. Nadie kawan aku dari semester satu. Semoga kau tabah menghadapi detik-detik sukar ni Nadie. Sesungguhnya kau diuji kerana kau hamba yang dekat denganNya.
Salam takziah dari aku. Maaf untuk keterbatasanku yang jauh disini. Semoga arway ayah kau ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment