Friday, July 31, 2009

my last on July

Hari nie hari Jumaat. Pagi yang indah. Hari yang cerah. Malam tadi aku tidur dalam kul 1 pagi. Itupun sebab tak tahan sangat coz kepala dah sakit mengadap labop lama sangat. Even, aku tak ngantuk lagi coz syok sangat mengadap blog. Beberapa kali gak aku try rebahkan kepala kat tuto c Trex dengan harapan sakit kepala akan kurans so aku still bleh mengadap tenet lama2. Tapi, harapan just harapan. Lagi sakit kepala aku ada la. Then aku dengar lagu. Lagu yang menyentuh perasaan. Tersangat menyentuh sampai mata aku berair. Aku gagahkan diri cover cun, takut Kak Fiena perasan. Hahaha. Tak rock la kan...(Tettt! Tak beri peluang). Tapi at that time, i can't say how much i need you...
If you can listen from my heart...arghh my glad!
So, bila dah penat layan perasaan, aku pun g tido. Aku harap...mimpi yang indah. Hee. =p.
Pagi nie, aku bangun kul8 pagi. Bangun jer terus balik bilik and mandi. And basuh baju. And breakfirst with....mee maggie cepat dimasak sedap di makan!
(itu tred nak sedapkan hati sendiri coz dah takda benda lain lagi dah nak makan...) .
Pastu, aku dengar lagu sampai kul 9.30. Kul 9.30, aku gerak balik g bilik JPMK. Aku tengok Kak Fiena, still beradu lagi. Ntah pukul brape dia tido pun aku tak tau la. Tapi yang pasti memang dia tido lewat.
Back to before, aku pun cari bahan untuk siapkan assignment group Asas Keusahawanan. Puaslah aku klik sana..klik sini untuk cari maklumat. And dengan kepakaran aku, dapat gakla maklumat yang aku nak tue... Then, aku combain dengan maklumat dalam buku. Satu perkataan untuk gambarkan perasaa sekarang nie. Puas!!! Yup puas. Dah siap. Alah...assignment dalam bahasa melayu. Takyah nak kerek la kan. Cuba dia suh dalam English, sure aku tetonggeng-tonggeng depan kamus nak translate. Hahaha! yulie....yulie....
Well..well..well.. mybe Kak Dayah balik hari nie. Harap2 la dia balik untuk meriahkan lagi suasana.
Malam tadi, dik Ija kol. Dia pun akan sampai hari ni coz tiket nak balik sini untuk 1 hb dah habis. Jom ramai2 gelakkan dik Ija. Lalalala.
Sekali lagi aku ingin merakamkan sejuta kerinduan. Sesungguhnya aku tak mampu lagi mencari perkataan lain untuk menggambarkan apa yang bergelodak dalam hati.
Adakah disana....kau rindukan aku? seperti diriku yang selalu merindukanmu...
Entah dimana, dirimu berada...hampa terasa hidupku tanpa dirimu..

Thursday, July 30, 2009

my other site

to all my followers..... nieh, i baru jumpa balik blog i yang sulung. Blog nie adalah hak cipta terpelihara aku ngan Zetty. Dulu kitorang pernah telupe password nie. Tapi... Tuhan tu maha kuasa...Ada gak hikmahnya aku mengadap labtop nie lama-lama... So....ringan-ringankan jari untuk klik on the site yah... tq!

http://stuyz87.blogspot.com

Wednesday, July 29, 2009

Rindu belum terhenti

Rindu!!! rindu yang amat sangat... semalam aku terjumpa balik kad yang dia penah bagi kat aku. Time tu tengah selongkar kotak. And suddenly, kelopak mata ini berair. Teringat waktu tue, waktu tue happy sesangat!!! tak pikir pasal orang lain. Semua benda kitorang redah jer.Walau apa orang kata. Yang paling penting time tue, adalah kami.
Well, kene terima hakikat. People keep changing. Sekarang, aku just sendiri. Go on tanpa sesape.
Tapi nape??? saat aku rasa aku dah ready to show the best, aku rasa aku dah kat belakang. Its too late. Fate!
Bila ada orang cakap ada yang rindu kat aku, aku harap aku dapat dengar dia cakap benda yang sama. Coz dulu... even mata ni dah tak larat nak bukak pun, aku still akan on telinga dengar sumer benda yang dia nak cakap. Coz dulu... bila dia merajuk, tiada ego dihati yang merantai untuk menghalang aku dari memujuk. Mudah saja aku melafazkan maaf jika memang aku yang salah.
Jika aku ada sehari lagi......... pasti setiap detik itu aku akan habiskan untuk meleraikan segala kekusutan ini.
Aku akan ketepikan semua!!! ya semua! hanya untuk buat kau mengerti... aku lebih menyayangimu lebih dari yang kau tahu. Lebih dari yang kau duga. Lebih dari yang kau pinta. Terlalu sukar bagi aku untuk luahkan dan tak berupaya pulak bagi aku untuk buktikan. Kerana semuanya ada dihati yang mengharap ada pengertian.

to....STUyz87

I can't give solutions to all of life's problems, doubts,
or fears.
But I can listen to you, and together we will
search for answers.

I can't change your past with all it's heartache and pain,
nor the future with its untold stories.
But I can be there now when you need me to care.

I can't keep your feet from stumbling.
I can only offer my hand that you may grasp it and not fall.

Your joys, triumphs, successes, and happiness are not mine;
Yet I can share in your laughter.

Your decisions in life are not mine to make, nor to judge;
I can only support you, encourage you,
and help you when you ask.

I can't prevent you from falling away from friendship,
from your values, from me.
I can only pray for you, talk to you and wait for you.

I can't give you boundaries which I have determined for you,
But I can give you the room to change, room to grow,
room to be yourself.

I can't keep your heart from breaking and hurting,
But I can cry with you and help you pick up the pieces
and put them back in place.

I can't tell you who you are.
I can only love you and be your friend..!

Monday, July 27, 2009

Adakah diriku kau tak perlu lagi?
Adakah cintaku kau tak perlu lagi?
Adakah dirimu dah berubah hati terhadap diriku?

Adakah selain bertakhta dihatimu?
Hinggakan dirimu merubah cintamu
Benarkah janjimu yang kau beri dulu kepada diriku?

Kau pernah berkata cintamu adalah selama lamanya
Bulan menjadi saksi pada malam itu
Kau kata, kau cinta..

Sayangku dengarlah rintihan hatiku
Ingin kau kembali seperti dahulu
Kenangan di jiwa membuat ku rindu
Kepada dirimu

Kiranya diriku kau tak perlu lagi
Simpanlah kenangan cita cita di hati
Walaupun sukarku akur kali ini
Biarlahku pergi
Owh maafkanlah ku bertanya..
Angin kau membawa bahteraku kemana mahumu…

Dikamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera

Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera

Inginku mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi oh…

Tidak lagi kan aku disitu
Menyaksikan kehidupan berlalu
Kan ku kerah darah keringatku

Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri

Angin kan ku bawa bahteraku
Kemana majuku
Kini ku berani mengemudi
Kemana ku pergi

Bagai guruh bergegar bumi
Aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati

Saturday, July 25, 2009

Maaf tak terucap

Hari nie tak tau nape aku rasa tak sedap hati. Teringat kat dia, air mata macam nak menitik. Fikiran aku macam serabut sikit. Entah ape yang aku fikir pun aku tak tau. Semalam aku kuar p Tesco dengan k.Dayah, Amy, Zetty dan Lian. Dan tak tau la…sepanjang proses beli belah tue, aku macam berkecil hati dengan semua benda. Rasa sakit. Sakit yang amat sangat. Tak tau sebab ape. Dan aku membenci diriku yang tak reti nak berhipokrit. Mase tue dah dekat nak balik. Then Amy tanye ‘nape?’ and aku just jawab ‘penat’. Well, mungkin jugak aku penat tapi yang buat muke aku tak cute time tue sebenarnya adalah benda lain. Aku tak tau macam mana nak jelaskan apa yang aku rasa. Coz sebenarnya, sudah lama ku sungguh berkecil hati. Maaf kalau aku cakap, yang aku mula hilang respect pada hampir semua orang kat JPMDPP. Well, sounds like I’m the most perfect when I said that but just imagine kalau semua benda yang aku cakap macam tak betul tapi bila orang lain cakap, orang lain buat…semua macam diterima pakai. Bukan niat dihati untuk membenci tapi aku rasa reality manusia memang memilih bulu. Bila sekutu dorang yang cakap, semua ok. Tapi bila out of sekutu dorang yang bersuara, semua macam tak kena. Dahla, aku rasa pas nie aku nak kurangkan kegiatan melepak aku kat bilik tu lagi sebab aku tak mau terus terasa hati macam nie. Lagipun, so many things aku kene manage sekarang. Tak macam sem lepas.
Maaf to kekanda Dayah kalau terbaca statement yang bunyinya macam kurang enak lekat kat cuping telinga nie. Kak Dayah is so nice person. Paling terharu sesangat bila Kak Dayah sorang yang faham sensitivity aku dan alert dengan perubahan mimik muka aku. Walaupun, hanya dengan pertanyaan ‘nape nie?’,aku rasa masih ada yang sudi mengerti. Dan walaupun setiap kali jugakla aku hanya menggeleng kepala dan jawab ‘takde pape’ tapi Kak Dayah tak pernah bosan bertanya. Bukan diri ini tak sudi berkongsi tapi terasa berat didalam hati.
Maaf semua yang mungkin mula membenci diri. Aku harap aku la yang silap menilai supaya aku dapat terus memberi dengan senang hati dan berharap diterima dengan seikhlas hati. Maaf itu mudah ku lafazkan namun keihklasan itu yang paling perlu. Harga diri seseorang tidak akan jatuh dengan meminta maaf sedangkan yang member maaf itu, besar hatinya. Maaf.

Dengan lapang didada

Selamat pagi CINTA. Hahaha. Ape yang aku duk bejiwang tetiba nie. Well…aku hepy sesangat. Dapat kawan aku balik. Hee. Amy datang bilik JPMK and tengok aku ngan Zetty duk siapkan assignment Kak Dayah. Amy sebenarnye nak aku wat report Nawaiti Palastine pasal biro cenderamata. Pastu aku cakap, ‘kau buatla, aku tengah wat assignment nie’. Then Amy cakap, ‘Tau la sekarang nie tengah hepy…’. First tue aku tak faham maksud ‘hepy’ yang kuar dari mulut dia tue. Aku ingatkan ‘hepy’ yang dia maksudkan merujuk kepada si ‘tetttt!’ (bukan nama sebenar). But, after that aku angkat muka and tengok eye contact dia menuju pada Zetty. Hahaha. Dah jadi macam nie baru la aku sedar, yang cerita aku ngan Zetty tak abis lagi ek… Sudah………kitorang dah ok. Saya tegaskan disini, kitorang dah OK. Lagipun, aku dah janji pada diri aku yang aku akan lebih kuat menghadapi situasi macam nie kalau benda macam nie jadi lagi. Malam lepas slow talk ngan Lian dan Zetty tue aku balik bilik and sempat berfikir. Betapa lemahnya tahap kesabaran aku menghadapi kesulitan macam nie. Aku marah pada diri sendiri yang mudah melenting malam tue. Kalau lah takde Lian, sure aku ngan Zetty tembak menembak ditempat kejadian (bilik JPMK yang lama). Arghhh! Sory dear friend. Dalam persahabatan nie, aku akui aku lemah.
Dua hari lepas tue, aku on the way nak masuk libry, tetibe mata aku terpandang satu buku yang bertajuk ‘Aku, Dia dan Kamu’. Ditegaskan disini, buku tue bukan novel cinta tapi buku tentang persahabatan. Dan..tanpa berfikir banyak, aku terus ambik buku tu and p bayar. Serius, aku tertarik dengan pengisian buku tue. Macam tau tau jer aku tengah problem. Dan aku tulis kat satu kertas……..
‘22 Julai 2009…. ‘Aku, Dia dan Kamu’. Buku nie aku beli sempena apa yang dah jadi aku baru-baru nie. Terlalu sukar, terlalu perit namun Alhamdulillah semuanya berakhir kini. Sukar bagi aku menerima keputusan yang kami perlu bermula dengan ‘zero’ tp pada aku, itu lebih baik daripada cuba menanam benih kebencian untuk dia. Dengan harapan agar kau segera pulang, aku disini akan bersabar untuk itu.
Dear friend, sharing is not to show that we are caring but it is to show that we are keep loving.
Walau ku pintal buih di lautan untuk menahan gelora persahabatan kita….walau ku anyam awan gemawan menjadi payung menadah gerimis…. Namun jika langit itu sarat menanggung hujan, ia akan tetap melanda kita…Jangan berlari. Teruslah disini tabah menghadapi sebab aku takkan mampu menjelaskan betapa aku sudah mulai goyah tanpa kamu.’
(alamak jiwang la plak………..tettt! tak beri peluang)
Pas nie, kitorang maybe dah tak cloze macam dulu. Tak lari-lari macam kanak-kanak ribena kat JPMK lagi. But, it doesnt mean kitorang keep perang teluk. Kitorang dah decide, just buat macam biasa. Lagipun, aku dah sedar yang aku tak mampu nak jadi bestfriend dia. Bukan aku orang yang paling mengerti dia. Bukan aku yang paling perlu. So… Stop judge kami lagi yer…
Ehemm. Untuk insan disana… Aku mula menyayangi mu. Maaf sebab orang kat sini busy tersangat dengan komitmen yang lebih berat dari berat badan orang kat sini. Thankz coz always advice suruh rest and so on. Thanks sebab faham tugas orang kat sini and bagi space untuk orang kat sini fikir dan bertindak dengan cara yang terbaik. Thankz sebab tak boring dengar ‘awak, saya ada meting la.’ ‘awak, kita mesej jap lagi ek’ ‘awak kita sembang malam sikit k.’ Tak pernah sekali pun orang kat sana protes dengan layanan orang kat sini. Thanks. Well, rasa bersalah jugak coz macam dah terignore perasaan orang kat sana. But plizzz, give me more and more and a lot of time. And sory coz tersebut nama Adam. Untuk pengetahuan awak, Adam tu sejarah saya. Cinta pertama saya…orang yang bertanggungjawab mengajar saya erti rindu dan sayang…….dan pandai bejiwang. Lalalalala.
Pada Adam….. Rasanya bukan jodoh kita. Saya dah tak mampu nak pertahankan apa yang perlu dipertahankan. Saya lepaskan awak dengan hati yang terbuka dan biarkan saya pergi secara rela. Jujur saya cakap, ‘nak lepas rasa sayang tapi nak hold rasa sakit’. So…sama-sama lah kita terima kenyataan. Takdir itu dihujung usaha kita sayang. Tu untuk yang last saya cakap ‘sayang’ kat awak coz yes…masih ada lagi rasa itu untuk awak. Tapi, sekarang nie saya nak bagi chance dengan orang yang faham saya. Yang boleh jadi bestfriend saya. Yang boleh jadi sayap kanan saya. Izinkan saya berikan takhta awak pada dia. So, lepas nie……..rindu ku terhenti.
Untuk Adin dan Heri, so sory. Aku bukan untuk mu. Benda hati dan perasaan nie tak bleh nak di duga k. Bukan tak beri peluang tapi…….saya takde alasan kenapa dia yang saya pilih. Coz pada saya, kita tak ada sebab untuk menyayangi seseorang. Just macam saya sayang mak ayah saya…sayang adik-adik saya….sayang family saya…dan kawan-kawan yang lain. I can’t tell why.
And pliz la jangan mintak saya main skandal. I’m not the type of person k! Jujur pada diri. Itu yang mesti. Saya nie spesis yang baik tauuuu.

Thursday, July 23, 2009

Tuhan takkan uji kalau aku tak mampu

Bermulanya nafas baru dalam hidup aku. Tiada kata untuk aku gambarkan betapa leganya aku saat ini. Thanks Lian!!! Thanks a lot. Thanks Dolly!!! Thanks so much. Walaupun, mungkin tidak seperti dulu, tapi aku percaya ada sinar yang menanti dan aku akan menyuluh cahaya.
Untuk kau Zetty kawanku… Cukupla dengan apa yang telah kita lalui nie. Terlalu sakit buat aku melaluinya hingga ke penghujung. Keakraban kita bukan bererti kita mengenali antara satu sama lain. Macam yang kak Yunes cakap, apa yang jadi antara kita mungkin akan mengeruhkan lagi friendship kita or akan mengeratkan lagi ukhuwah kita. Terpulanglah pada kita untuk selesaikannya.
Walaupun perit, tapi aku bersyukur dengan kesudahan macam nie. Walaupun kita perlu bermula dengan zero. Tapi aku lebih rela begitu dari memilih untuk menanam benih kebencian dalam diri aku buat kau. Sebab aku tau aku tidak mampu untuk itu.
Aku nekad jadikan ini sebagai satu lagi pengajaran buat aku untuk lebih kenal kau. Untuk pertama kalinya aku merasakan aku tidak tewas lagi dalam persahabatan. Untuk pertama kalinya juga aku merasakan aku tidak berjuang keseorangan. Rupanya aku bukan sahaja burung yang terbang dengan bergantung pada kau sayap kiri ku. Tapi aku mulai sedar yang aku adalah si Nuri yang cantik bulunya. Aku mahu semuanya kembali seperti dulu. Lebih baik dari dulu.
Dan………untuk si dia yang mula merantai hati. Watch out! Hahaha!!! Hadirmu member sinar baru. Mudah mengerti tentang aku di sini. Menjadikan aku lebih selesa. Andai ada jodoh antara kita, aku mengharapkan aku lah ainul mardiah mu. Dan aku mengharapkan agar kau la sayap kanan ku yang baru. Patah tumbuh, tiba pergi………ini lah hidup.
Maha besar Allah yang menguji aku dengan selemah-lemah iman namun disebaliknya ada tirai bahagia buat aku terus berpaut dan bersandar.

Tuesday, July 21, 2009

segalanya terbukti kini

hye.......thankz to alls........!!!!! wakaka! nape aku say thankz???? tett!!! aku hepy tersangat yang tersangat nie. Hehehe. Well, hari nie aku korbankan jadual untuk aku buat assignment, buat research and buat paperwork semate-mate untuk outing....nakal tak aku???! Heee....Kitorang berlima, I mean K.Dayah, Amy, Trexx and K.Fiena kuar g outing start dari kul 2 petang sampai kul 9.30 malam. Hahahaha! Nak tau kitorang g mane?
First tue, kitorang g Jitra Mall. Then, dah siap-siap beli barang kitorang p KFC. Kesedapannya hingga menjilat jari. Padahal, kitorang berlima baru jer balik dari program Cuya yang bertajuk 'Nawaiti Palastine'. Bukan ker kita sepatutnya boikot KFC ni coz menyumbang kat suku sakat Yahudi??? Ntahla... bila dah lapar, nak nak pulak restoran fevret semua. So, bedal jer la kan......bayar wat...Hahahah!
And tengah-tengah makan tue........K.Dayah pun suggest nak g Bukit Kayu Hitam. Kitorang pun laju jer 'JOM!!'
Ape lagi..........giler la.

Saturday, July 18, 2009

jika itu caranya...

Maaf kepada semua hati yang pernah ku lukai... Yang keruh terlalu payah untuk dijernihkan kembali. Kalau jernih pun mungkin takkan sejernih yang asal. Terlalu penat memikirkan si dia dan hubungan yang getting membosankan aku. Plizzzz aku rasa macam nak pecah kepala. Untuk sang teman.... aku redha dengan seribu harapan. Jujur aku masih tidak mengerti. Mengapa kita harus berada dalam liku ini??? Tak pernah aku harapkan kesudahan yang macam nie... Untuk kedua-dua sayapku (si A bukan nama sebenar dan Z nama sebenar), ku harap kekuatan itu sentiasa teguh menempuh segalanya....
Thanks untuk Kak Yunes yang setia memberi nasihat disaat orang lain lena beradu mimpi, Kak Yunes sabar mendengar ceritaku dan aku bangga kerana masalah ini membuka mataku bahawa aku tidak keseorangan. Untuk Zetty, kita perlu lebih tabah dan tabah menerima segalanya. Bukan laut jika airnya tak berombak dan bergelora...
Thanks a lot coz spent time untuk slow talk petang tadi. Aku dan kau tahu apa yang kau mahu. Dan aku pasti apa yang kita nak adalah yang terbaik yang kita nak bagi dalam persahabatan nie.
Ikutkan hati.........aku ingin tinggalkan semua nie pergi. Biar ia menjadi kenangan dan hanya kenangan. Tapi ada sesuatu yang menarik aku kembali mengimpas titik kesilapan dan merenung kelemahan diriku sebagai seorang teman jika aku mahu digelar sahabat....
Bak kata kak Dayah, 'takkan la Yulie nak kuburkan persahabatn yang dah bina nie hanya kerana salah faham' Jadi, aku nekad pertaruhkan semua...... peduli apa orang nak kata......asalkan kita gembira di dunia kita dan selagi apa yang kita lakuakan itu adalah betul ...
Maaf untuk semua yang terluka dengan kata-kata aku sebelum nie (stop judge kami)
Pada si dia yang dirindui...... apa yang ada dihati kita......aku masih bertanya. Kadang-kadang aku merasakan aku semakin lemah untuk situasi yang tidak berpenghujung nie...... Ada juga timbul di akal nakal ku untuk beralih arah dan cuba bermain skandal. Tapiiiiiiiii kenapa aku tak mampu untuk itu....... sebenarnya diriku masih mengaharapkanmu.......
Lalalalala........tetttt!!!!

Thursday, July 9, 2009

Rindu belum terhenti

cinta dan sahabat datang dan pergi dalam hidup nie... well, jujur je la aku penah kecewa dalam dua perkara nie... dalam cinta aku yg mengecewakan dia and aku sendiri yg rasa terluka plak...rasa menyesal sebab terlalu bimbang pasal org lain... terasa diri ni stupid pun ada gak...
tapi bila kecewa dlm pershbtan....satu apa pun aku tak mampu nak kata utk gmbarkn apa yg aku rasa... sangat2 sedih bila kawan yg kita syg giler2 nieh dh tak macam dulu... kene plak time tengah tension dgn benda lain...lg la kita rasa kita perlukan dia tp saat kita dh sedia berkongsi, dia plak dah tak ada lg kat side...
Pd aku, cinta dn sahabat tue macam sepasang sayap yg mampu buat aku fly... tp bila sayap kiri dh tak sudi nak kepakkan sayap...aku pun dah tak mampu terbang dgn sempurna...
Mybe akan ada yg perasan why kitorg dh tak nampak go on tghter dh... tp aku hrap sgt2 dan teramat sgt supaya takde sorang pun yg tanye coz aku takde jwpan...
Rasa tersiksa bila terpksa bdepan dgan dia tp xde benda boleh ckp coz cara dia pndang and treat aku pun mcm aku dh buat satu dosa besar yg aku tak tau...
Hampir setiap hari rsa air mata nie jatuh bila ingat sume tue... lg sakit bila kita terpksa tanggung rindu kat org yg depan mata... dh sah2 depan mata tp tak mampu nak show apa yg kita rasa semata2 nk puaskn hati dia... just follow...

hari ini bukan semalam

salam perkenalan buat sume para bloger semalaya...
nama yang mak ayah aku bagi masa aku lahir, kat dalam surat lahir, kat dalam ic, and bakal terukir kat batu nisan satu hari nanti adalah Yulie Nurafnie Abd Majid...
Hari nie aku start renew balik blog aku. Sebelum nie, ada gak wat blog ngan member...tp ntah macam mana ntah boleh lupa kat password... mybe itu gak la tanda2.... tieetttt!!!! "(cannot explain here)
sekarang nie dah pukul 3.00 pagi. Dalam lebih kurang 4 jam lagi, aku akan gerak p sedim.. ada kem modal insan... tp gues wat? satu ape pun aku tak packing lg... hahaha....
ngantuk laa..