Wednesday, March 10, 2010

Busy plus tension equal to yulie’s life


Dah lama tak update. Aku busy. Busy. Busy. Busy. This simple word yang dorang selalu guna untuk perli aku. ‘Kalau nak jumpa dengan yul, kena buat apoiment dulu…’. Ok guys. Whatever la. Tapi aku bukan sapa-sapa pun. Cuba ganti tempat aku untuk seminggu. Kalau setahun dua nie masih tak mampu buat you all kenal siapa yulie nurafnie yang sebenar, sila take over tempat aku hanya seminggu itu. Ok.

Banyak aktiviti. 28 hb Feb, pergi Gua Kelam dengan Kak Dayah, Kak Fina, Trex, Dolly, Yaya, Yani, Diah, Teh and Ninie. Pergi dengan dua kereta. Aku join kereta Yaya. Yaya driver yang cekap. Rasa selamat dengan dia. Ceh ceh. Bangga la tue orang puji.

Sampai Gua Kelam dengan niat nak mandi. Kunun. Tapi air ada masalah. Maklumlah Kedah tengah panas sekarang. So, tukar plan ke Kaki Bukit. Owh yah, sebelum tue nak cerita dulu, Diah gayattt! Sepanjang dalam Gua Kelam tue, Diah asyik bekepit dengan Yani. Persoalannya disini, kenapa exco Biro Sukan dan Rekreasi selalu ada masalah dengan aktiviti yang bersangkut paut dengan sukan dan rekreasi erk?? Kalau imbas kembali mantan BSR, Emelia Zamuddin, alah dengan air sungai. Sekarang nie, Diah plak ada masalah dengan ketinggian. Mari gelakkan. Hellooooooo. Takda manusia yang sempurna k. Cah!

Sampai kat Kaki Bukit, tetiba aku takda selera nak mandi. Padahal, gian nak mandi. So, aku, Yaya, Diah, Ninie and Kak Fina just menghabiskan masa tengok yang tak disebutkan namanya mandi.

After tue, bala tentera yang join kereta Yaya ke stesen yang seterusnyaa. Padang Besar. Yang join kereta Kak Fina, ke stesen lain. Balik DPP. Hee.

Habis satu Padang Besar kami tawaf. Nak tau..Yaya beli apa?? Betul nie nak tau? Pegi tanya dia sendiri. Hahaha. Kami pun beli barang gak tapi malasla nak mention kat sini. Masa on the way balik DPP, singgah makan kat warung dekat Taman U. Pastu, singgah kat bilik JPM. Excited nak try baju batik. Siap sarung nak pegi café mak Ngah. Ambik kau. Semua orang usha. Macam boria. Malu seh.

Malam tue, kami meting perarakan. Practice selawat. After meeting, boring. Yaya jual baju kurung. Kaya dah budak tue. Then, aku tengok white board sebesar-besar alam nieh. Terus dapat idea main regu. Aku buat gaya and Yani teka. Sengal tak? After tue, Yani plak soal-soal kitorang. Tak bleh blah cara dia bagi clue. Lagi sengal. Tapi yang excited duk meneka tue pun bertambah-tambah la sengal. Korang patut tengok muka kitorang yang bersemangat nak tau jawapan regu dari Yani. Funny. Lagi funny, bila jawapan tue sebenarnya entah ape-ape!

Malam tue, Yani and Diah tidur bilik aku. First tue, dorang makan malam dulu. Kesian. Dah nak tengah malam baru ada masa nak dinner. Duduk la budak bedua tue makan sambil borak-borak. After tue, Bib datang nak key-in SIRA pasal program sambutan Ulang Tahun SME.

Ntah pukul berapa, Yani tertidur. Korang pun patut tengok gaya dan aksi Yani tidur. Nak marah pun, boleh hilang nak marah tengok dia tidur. Diah ntah sibuk buat ape kat meja sebelah. Aku ambik peluang study and buat proposal memandangkan aku dah kesuntukan masa dengan aktiviti lain.

Malam tue jugak aku tak dapat tidur. Sesekali memerhatikan Yani dan Diah yang tidur kat bawah. Sesekali aku suruh salah sorang tidur kat katil aku since aku pun tak dapat tidur. But dua-dua layan mimpi masing-masing. Dua-dua sebenarnya sedang mencari keselesaan sebab suhu panas la kunun.

Pagi perarakan. Memang seronok walaupun aku risau kalau-kalau aku terpengsan sebab tak tidur semalaman. But, Alhamdullilah. Semuanya selamat dan DPP SME Bank menang anugerah khas juri! Caya lah!

Balik terus singgah cafe. Makan dengan dorang. Then berbual pasal something. Aku cepat-cepat blah dengan alasan nak study untuk midsem. Actually sebab utama ialah……ehmmmm. Biarlah rahsia. Nanti jadi isu lagi.

Kat bilik aku terus kemas apa yang patut. Macam tongkang pecah dah aku rasa bilik aku tue even mungkin pada pandangan orang lain still look ok jer. Yalah-yalah, sebenarnya nak cakap aku pengemas sikit. Sikittt jer.

After kemas, Yani and Diah datang. Yani said nak lepak kat bilik aku and siap cakap lagi takkan ganggu aku study. Hek eleh. Lepak jer la adik ipar oi. Si Diah plak mintak diri nak balik tidur coz petang tue dia nak turun gelanggang untuk projek BSR, Net Ball inter-Blok. Alasan dia lagi, malam tue ada kelas malam.

Masa tengah study, aku rasa kepala aku sakit. So, aku decided baring kejap. Macam terlupa ada Yani kat bilik tue tengah on-line. Berkali-kali handphone berbunyi. Semuanya tentang projek. Lagi dan lagi about projek. Tak mengeluh dan tak menyesal. But dalam tengah aku sakit kepala, tolong tau aku rimas dengan tekanan dan cuba lari sekejap dari tanggungjawab. Aku pass handphone kat Yani. Aku cakap kalau ada panggilan cakap akak tidur. Ok. Yani yang menurut perintah.

Tapi, rasa bersalah plak. So, aku lelap tak lama. Ada sedikit masalah yang mengganggu tumpuan aku pada study. Aku terus tukar seluar and bergerak ke ofice. Kat sana ada Dolly, Athina and Suan. After bincang-bincang, Yani plak datang nak print paperwork dia. Dia pun tanya apa yang patut diprint.

Then singgah café beli pisang goreng. Yani ada aktiviti makan-makan dengan Kak Nurly. Petang tue, aku tension sebenarnya. Memang tak boleh fokus dengan study. Jadi, aku turun gelanggang tengok program Diah. Dengan harapan rasa stress tue hilang.

Pukul 6.45 petang, aku dengan Diah balik bilik masing-masing. Aku mandi and besiap nak solat maghrib. Aku takkan lupa solat maghrib hari tue. Why? Rasanya Diah tau kenapa coz dia dengan tak sengaja ter-ambush aku. But, after tue, aku rasa legaa yang amat. Terima kasih ya Allah.

Aku tension sebenarnyaa. Aku tak tipu. Cuma once kita melangkah kedepan, cuba untuk tidak tidak terfikir berundur ke belakang. Aku akan relakan diri aku untuk jatuh dan tersungkur. Tapi bukan berundur. Sebab aku sangat tau…Tuhan takkan uji aku kalau aku tak mampu. Hanya mungkin, aku tak nampak jalan penyelasaian dan aku perlu kuat untuk berperang dengan emosi.

Sedaya upaya aku akan masih senyum untuk bagitau dunia nie, masalah yang datang bukanlah jalan penghabisan.

Tq sebab baca. Tq banyak-banyak kalau dapat faham.

2 comments: