Something to say. But nothing to say. Kalau marah, marah la. Kalau nak terasa, silakan terasa. Tolong untuk terasa. Sama-sama ada hati, sama-sama ingin memiliki.
Ponstern owh ponstern…aku sakit kepala. Ingatan owh ingatan…aku harap aku accident dan aku hilang ingatan.
Perjalanan yang berliku akan aku lalui. Pasti akan aku lalui. Hati owh hati…tabahlah kau walau letih perit disakiti. Perasaan owh perasaan, jangan hanyut kerana emosi.
Aku adalah angin namun tak mampu mendamaikan hati mu.
Aku adalah mentari namun tak mampu menghangatkan mu.
Aku adalah bintang namun tak mampu menghiasi malam mu.
Aku adalah pelangi namun tak mampu mewarnai hidup mu.
Aku hanya lah aku yang tak pernah sempurna. Dan takkan pernah sempurna. Aku hanya lah aku yang akan jatuh dan bangun lagi.
Jangan merajuk duhai hati. Jangan pernah menyesal dengan dugaan Tuhan. Jangan takut pada kegelapan sebab kita perlukan kegelapan untuk melihat bintang.
Jangan membenci. Jangan. Mana janji kau pada diri??? Kau adalah kau… Jangan berharap untuk dunia ini mengerti kau, sebab kau akan kecewa dan rasa dikhianati. Berharaplah semoga semua akan faham pada jalan yang kau suluh didepan. Harap-harap yang hitam akan menjadi putih.
You can close your eyes to things you don’t want to see but you cant close your heart to things you don’t want to feel.
Kepada sesiapa yang terasa…tolong terasa.
No comments:
Post a Comment