Thursday, January 28, 2010

excuse me?


Semalam pergi maen futsal lagi. Even dua-dua lutut rasa lebam, but still bersemangat nak main lagi. Then ikut perjanjian, semua kumpul jam 5 petang kat gelanggang. And macam biasa lah, aku yang jadi orang pertama tercanguk kat gelanggang tue sorang-sorang. After 15 minit, Zaza and Zila datang. Kami menyembang sambil begelak ketawa. Tak lama pastu, Amy plak menyusul. Then Nadie. Disebabkan cahaya matahari yang masih terik, kami pun lepak sebelah pintu belakang blok A sementara menunggu yang lain.

Kami menyembang pasal assignment. Dan entah macam mana telinga aku rasa macam panas when some of them said pasal class project. Sounds like aku terhegeh-hegeh nak jadi group partner dia. Excuse me??? Satu semester aku melarikan diri rupanya masih tak cukup untuk sedarkan kau eak? If I really enjoy with your company…. Owh. Kalau nak menyentuh pasal carry mark, bukan kita selevel kah?

Well, almost forget she memang paranoid. But whatever is… Diam lebih baik dari nak betelagah macam budak kecik kot. Jujur, dia memang komited but itu bukan kriteria utama yang aku perlu untuk bersama kau. Maaf. Rasa macam menyesal plak jadi partner dia once bila dengar dia cakap macam tue. Like she’s the best. Owh ok. LIC.

After dengar dia cakap macam tue, aku mula rasa bengang sikit and aku rasa aku cakap something yang cuba membalas serangan psiko dia. Something yang aku rasa melukakan dan mengguris maybe. But, hati jahat aku kata….PUAS!

Masa tengah maen tue, kami lain-lain team. Soooo. Aku pun buat perangai. Mengganas secara tiba-tiba. Rasa macam berkesan bila ada teammate dia yang cuba mengawal pergerakan aku. I thought dorang dah FAHAM.

Lepas penat bermaen, aku, Dolly, Trex, Yani and Amy pergi mall beli minuman. Dolly and Amy pesan butter rice. Then, kami singgah melepak kat bilik Cuya. Tefikir untuk mengenakan Mai via message. But malas nak story.

Then balik bilik and fikir matang. Aku tak patut cakap benda yang tak matang sebelum maen tadi. So, aku call la diaaa. Said sorry. But she said, never mind. ‘aku tahu kau nie kadang-kadang suka merapu jer…’ Rasa lega lepas tue.

Moralnya disini. Yang pertama, siapa pun kita dalam dunia nie, jangan rasa bangga diri. Just show don’t say. Yang kedua, berfikirlah secara matang apabila mendengar perkataan yang mengguris hati. Yang ketiga, tiada manusia yang sempurna dan kita akan saling memerlukan. Jadi jangan sesekali rasa diri kita diperlukan tapi anggaplah diri kita yang memerlukan. Dan yang keempat, baik buruk seseorang itu, dia tetap kawan kita. Jika kita sibuk menanti yang baik-baik belaka sahaja, sampai bila-bila pun kita akan keseorangan sebab manusia ada sifat pro and contra. Yang paling penting ialah keserasiaan dan dalam hati ada pengertian.

Wednesday, January 27, 2010

semalam yang bercalar

Sekarang aku kat foyer FTM. Tengah menyiapkan tugasan untuk present esok. Argh! Tak suka. But terpaksa tabahkan hati. Kelas tadi pun agak boring. Bukan agak tapi memang tersangant dan teramat memboringkan. Sabar jer la aku menunggu sampai pukul dua.

Ok forget it. Ni aku nak cerita pasal hal semalam. Dah setahun berehat dari maen futsal, sem nie kami kembali dengan semangat baru. Mungkin sejak aku pegang jawatan as JPMDPP, aku dah takda masa nak turun gelanggang. So, semalam Amy ambik bola kat ofis. Petang tu ajak Yani and geng-geng JPM junior untuk beat dengan kitorang. Pelawaan yang berbaur ugutan kata Yani si presiden muda kami. But, masa maen tue, cuma ada Yani, Yaya and Mai wakil bagi JPM junior. Mula-mula rasa macam dorang terpaksa jer join maen coz aku cakap, 'Kalau takda wakil JPM baru, jangan harap kami nak jejak kat bilik JPM lagi and jangan contact kami lagi.' Lebih kurang macam tu bunyi ugutan to Yani.

Apapun, masa maen aku rasa aku dah takde stamina. Rasa macam Yani and Mai yang bertenaga sangat. Sambil gelak-gelak kejar bola. Memang enjoy. Masa tue aku satu team dengan Trexx, Yani, Yaya and Mai. Pendekkan cerita, kami kalah! Tapi menang gelak. Masa tue memang nampak perangai sengal setiap orang. Paling tak boleh lupa masa Yaya jadi goal keeper and Yani jadi defend, aku sibuk nak jadi striker tapi budak bedua tue menari-nari kat belakang sambil menunggu bola sampai. Tak jadi strategi aku tengok kesengalan dorang. Aku spontan tegelak.

Then, after maen kami terus pergi cafe. Tengah on da way nak pegi cafe, sempat lagi mengutuk orang yang tengah exercise + dating. Memang nakal.

Tengah makan, kami menyembang. Time tue hanya pasukan aku. Yang lain dah blah awal-awal sebelum pegi cafe. Kami menyembang pasal JPMDPP. Pasal leadership Yani. Kami advice Yani. Tapi aku rasa dia preasure. Dan aku plak hampir terlepas cakap. Mungkin aku hampir lukakan hati Yani tapi nasib baik aku control. Memang aku tak patut sentuh hal yang takda bukti. Memang tak patut. Godddd. Bodohnya aku!

Balik bilik lepas tue, aku mandi but masa mandi rasa macam guilty dengan Yani. Rasa macam stupid sangat. Rasa macam dah mengguris hati gadis kecil itu. Siap jer mandi and dalam keadaan masih berkemban, aku capai phone and call Yani. Yani said dia kat bilik and baru habis solat. Aku pun stret to da point mintak maaf. But kenapa aku dengar suara Yani macam lain? Macam??? Owh plizzzz. Yani don't cry.

Yani said dia tak pape. Sempat lagi dia guna alasan, 'Biasala kak, lepas sembahyang memang nangis.' Yah, maybe. But IDTS.

Rasa macam nak stret cari Yani time tue but dia ada meting budak Law jam 9 dan aku plak kene jumpa Ustaz Naim jam 10. So, yang paling termampu waktu tu hanya la advice dan pujuk Yani to keep strong. Hampir 10 minit becakap, aku rasa Yani dah tenang sikit. Badan aku pun dah rasa kering dari air mandian tadi.

Lepas cakap dengan Yani, baru rasa lega. Baru rasa bersalah tu hilang. Tuhan. Apa yang aku dah buat. Langsung tak pro! Stupid.

To Yani, nothing to think yang bukan-bukan. Pesan akak, be a good leader coz you deserve for it. Jangan biarkan Yani tewas dengan keadaan tapi Yani la yang perlu tewaskan keadaan.
I will always be with you. Promise!

together with me

Ok. Dah lama tak update blog nie. Rindu plak. Actually nak tulis tapi takda kesempatan. Ok lah, terus cerita pasal apa kejadian yang telah berlaku. Kunun. Dalam dua minggu nie memang agak busy mengurus program BAKSIS ke Ranau Sabah. Dan yes, sebagai kepala dalam program nie memang kena kuat kat mental. Kene monitor 32 orang under aku tolak kak Fina selaku ex-oficio coz pangkat dia kat atas pangkat aku. Hee. Dan sekali lagi yes, mental aku teruji mendengar rungutan kat sana, rungutan kat sini. Tak puas hati itu la, tak puas hati ini la. Keje aku banyak la, keje aku sikit la. Semuaaa lah.

Aku pernah berada di bawah dimana aku mengkritik ketua yang pangkatnya atas aku. So, bila roda dah bertukar tempat aku merasa apa itu makna di kritik. Tak salahkan sesiapa sebab mungkin kalau aku ditempat mereka, mungkin aku juga akan mudah melatah. Tapi dari awal lagi aku dah siapkan mental. Yah sejak dari proses mendapatkan kelulusan paperwork lagi dimana tika itu hanya aku dan Dolly yang merasa tertekan. Pernah sekali aku cakap kat Dolly, ‘Dolly, jangan heran la kalau time kita jalankan projek nie, saya dengan kamu akan begaduh.’. Time tue tengah makan kat mall.

Sepanjang aktiviti pelaksanaan program nie, hanya Dolly tempat aku melepaskan rasa tak puas hati, rasa confius or sometime bler-bler nak buat keputusan. Dolly timbalan ku yang setia. Latest meeting hari tue, aku suruh Dolly yang handle part nak mention pasal tiket. Memang itu strategi aku untuk buat sume ahli hilang tension dengan sikap tegas aku time meeting. Coz aku percaya Dolly si sengal tue mampu hilangkan sedikit ketegangan. Dan yes, memang menjadi bila dia melawak spontan. Suasana bertukar ceria. Ada ketawa. Ada senyuman. Itu yang aku mahu. Aku mahu mereka tahu mungkin as a leader aku agak tegas but dorang sume mesti kenal sikap pro and kontra antara aku dengan Dolly. Supaya semua sedar, program nie bukan idea aku semata-mata. Tapi sebenarnya original dari Dolly. Dan kami sama-sama kembangkan idea tue sehinggalah ke tahap sekarang nie.

Aku mahu yang lain sedar kewujudan Dolly. Sebab Dolly selalu senyap time meeting padahal semua keputusan datang dari kami para MT. Jadi, arahan tidak hanya dari aku. Owh yaa. Menyebut tentang MT, dengar-dengar ada MT yang terasa hati. Benarkah? Mungkin perasaan itu patut tapi duhai MT-MT yang ku sayang, bukan begitu maksud dihati. Mungkin aku perlu clearkan hal nie. Sebab aku rasa mereka masih tidak mengerti cara aku. Bak kata Athina, ‘Never mind la… yang penting Tuhan faham.’

So, InsyaAllah. Semua nie akan clear masa meeting MT malam esok k. Cuma satu yang aku perlu kamu tahu, setiap MT ku amat penting nak-nak lagi Kak Fina. Sape kata kerja ex-oficio just duduk memantau? Kat program BAKSIS kali nie, Kak Fina la ‘kabel’ kami. Tapi, mungkin tugas dia slow lagi setakat nie. Belum ke tahap yang kritikal. Cehhh, macam betul.

Support dari Kak Dayah and Cuya memang cukup kuat. Gabungan Ira dan Nadia menjadi pelengkap. Kombinasi kami bertujuh ku lihat cukup hebat. Setiap satu umpama anggota yang takkan sempurna tanpa salah satunya. Aku bangga punya mereka. Aku bangga punya supporter yang kukuh.

Aku akui kelemahan aku sebagai ketua yang cetek pengalaman. Dan kelebihan aku adalah mereka yang disekeliling ku. Aku la ‘Otak’ dan mereka ibarat ‘Otot’.

Kepada mereka yang masih memendam rasa, apa kata beranikan diri untuk face-to-face dengan aku directly? Rasanya, aku tak pernah berniat nak makan orang dan sekali lagi rasanya, kalau meluah kat belakang takda apa-apa yang berubah kecuali jumlah dosa yang akan meningkat kot.
‘Bekerjalah bersama-sama saya bukan bekerja untuk saya.’ Peaaaaceee. Y.


Friday, January 15, 2010

owh ek?

Tak tahu kenapa tetiba rasa hot last day. Rasa tak suka. Rasa marah coz diorang memandai-mandai. Cukup la. Aku dah serik. Cukup yang sekali itu. And for this moment, buat je la setakat yang kau perlu buat. Tak perlu redah or explore yang lain-lain. Nanti bila penat, mula la mengungkit-ngungkit. Then hati aku jugak yang sakit. Lagipun, setakat nie semua under control. Under planning.

Bukan cuba untuk mengawal everything dengan kuasa veto but I think ada orang yang lebih layak dibawa berbincang. So, let us.

Arghh. Mesti korang pening dengan apa yang tertulis diatas kan? What ever la. But most important is, after cakap dengan Dolly baru rasa lapang coz aku mahu dia faham situasi sekarang dan situasi yang telah berlaku. Tak mahu yang kelabu terus pekat menjadi hitam. Tak mahu ada yang terasa dan merasa lagi.

Dan tekad telah ku bulatkan. Tak mahu lagi menjaga hati orang-orang yang tak reti menjaga hati orang lain. Aku mampu bersabar tapi ada tahapnya. So, after this if ada yang nak jelling-jeling aku sebagai tanda tak puas hati, I will say…’like I care!’

To Dolly, thanks coz make me lega selega-leganya. Aku rasa kau pun faham why tetiba aku hot time tue. And aku mahu kita yang merancang. Hanya kita kita yang sepatutnya. Tak mahu ada isu berbangkit kemudian hari dan kita yang akan dipersalahkan. Aku dah rasa sakitnya so I wont let u feel it. Very hurting friend. Belum sampai masanya aku perlukan mereka-mereka. Yang aku perlukan hanya kamu kamu yang telah ku pilih seiring dalam perjuangan kita. Hanya itu.

Wednesday, January 13, 2010

damai dihati


Cuti final sem lepas memang banyak benda yang telah aku refleksi. Dan macam yang aku pernah cakap, aku nak balik dengan diri yang baru. Yulie yang lebih matang dan terbuka. Dan since, Dolly menyedari tentang itu, aku gembira.

Sem nie aku dah kembali se-group dengan rakan-rakan lama untuk assignment dan projek claz. Setelah satu semester aku menjarakkan diri mencari keyakinan yang hilang, kini damai telah pun pulang.

Sem nie jugak aku nak manage projek BAKSIS yang dikepalai oleh aku sendiri. Motivasi semakin bertambah dengan kerjasama para MT macam Nadia dan Ira. Malam tadi kami bertiga sibuk mengurus jumlah peserta yang terlalu ramai gara-gara aku buat announce pada malam sebelumnya.

Tapi keutamaan aku berikan kepada AJK tetap dan para adik-adik JPM yang baru. Sebab aku nak bagi diorang belajar manage something. Pada aku, sebelum dan jadi ketua, kita kena rasa jadi anak buah terlebih dahulu. Baru la kita tau macam mana nak membentuk diri menjadi ketua yang dedikasi dan dihormati.

Owh ya, semalam aku pergi changlun coz beli sim card baru. Sem nie memang dah niat nak pakai number DiGi memandangkan orang-orang terdekat semua pakai line DiGi like Mak, bapak, Dolly, Wadi, Gja, Aida and Athina. So, lepas nie kita boleh borak lama-lama yah. =)

yeh!

Minggu nie rasa happy coz paperwork aku untuk BAKSIS Ranau dah lulus! Orang yang pertama aku bagitau of course la Dolly. Sebab kami berdua la yang pulun benda tue akhir sem lepas. Tension giler-giler kami berdua disebabkan system SIRA yang problem kat sana and kat sini and besepah-sepah kat mana-mana. Aku rasa kalau aku sorang yang buat, mungkin aku dah give-up. Tapi Dolly yang besemangat dan dia bersama-sama aku mengharungi detik-detik yang memberi ketegangan tue. Dahla time tue minggu final exam. Syukur, semuanya lancar setakat nie.

Lepas bagitau Dolly, aku terus mesej Nadia. Sebab dah janji dengan dia hari tue. Aku rasa aku berjaya tunaikan janji aku. Then, mesej plak Kak Fina sebab dia ex-oficio proram nie. Aku rasa pilihan aku dan Dolly melantik Kak Fina sebagai ex-oficio nie memang tepat coz memang banyak urusan yang melibatkan Kak Fina sebagai kabel untuk menjayakan program nie kat kampung dia tue.

Lepas mesej Kak Fina, aku mesej Kak Dayah and Amy. Sebab mereka adalah insan-insan yang follow perkembangan paperwork. Kak Dayah tolong mintak sign kat En. Mus dan Amy tolong hantar kami pergi COLGIS untuk submit paperwork kat Kak Ila.

Nama lain yang tidak disebut diatas seperti Cuya, Ira dan Intan bukan bererti aku lupa tapi sebab dah pasti kamu dah tau dari mereka yang terdekat.

Macam tak percaya paperwork tu boleh diluluskan tanpa ada sesi ‘perdebatan’ dengan PNC. Thanks prof!

Saturday, January 2, 2010

aku dan tahun baru

Hari nie 1 hb Januari 2010. Tahun yang ku tunggu. Tahun penghabisan untuk aku di UUM nie. InsyaAllah. Azam baru tahun nie pastinya ada harapan baru yang ingin di gapai. Nak jadi lebih matang dan lebih proaktif dalam semua benda. Harap-harapla.Justify Full

Petang tadi mengemas bilik. Baru nak kemas ker??? Hek eleh. Relek la, datang kolej 27 hb tapi takkan tak kemas lagi kan. Jangan tak tau roommate aku dah pindah bilik. Masih kat blok H nie jugak and masih paras yang sama gak cuma wing yang satu lagi. Bawak betenang sume. Kami tak gaduh sebab dia sendiri pun sebenarnya terpaksa tolong kawan dia. Kawan dia tu nak pindah bilik paras bawah tapi orang pejabat tak benarkan kalau dia pindah sorang-sorang so terpaksa la roommate aku jadi partner dia.

So, tadi aku pun mengemas barang-barang aku yang agak padat di ‘area’ aku ke ‘area’ roommate aku. Eh silap, ex-roommate aku. Hee.

Duduk sorang-sorang memang rasa bebas sikit contohnya bila nak salin baju. Itu kah contoh yang paling sesuai?

Lepas kemas-kemas, aku pun tidur. Termimpi something. Taknak mention nama tapi clue nya is ‘her’. Dalam mimpi tu dia datang kat bilik memberi sesuatu yang tak jelas. Pelik. Adakah….? Arghhh. Boleh blah la kau!

Pastu, sebelum maghrib tadi aku lepak kat bilik depan. Menyembang sikit. Then masuk bilik coz nak mandi sebelum solat and singgah menjenguk handphone. Dapat mesej dari mak. Bunyinyer,
‘Mekum slmt tahun baru bina azam baru dpt kwn baru jgn lpa kwn lama ingat asal dr mana!!.’

Aku terkedu. Apa yang cuba mak aku sampaikan nie? ‘dpt kwn baru jgn lpa kwn lama ingat asal dr mana!!.’ Rasanya cuti lepas aku tak crita apa-apa pasal kawan aku kat sini tapi kenapa bunyinya macam dia tau something. Benarkah naluri seorang ibu sekuat itu??

Bukankah aku dah ‘belakon’ dengan baik cuti baru-baru nie? Tak bekesan eak lakonan aku? Memang tak ‘box-office’ la nieee.

Macam nak reply jer mesej mak tu tanya pehal tapi malas la. Nanti panjang lebar dan berbelit-belit plak jadinya. So, aku ignore jer laa.

Apapun, aku dah tak mau pikir pasal benda-benda yang mengarut macam sem lepas-lepas. Sem nie nak pikir pasal benda yang lebih penting. Yang penting-penting jer. Since aku dan si dia dah semakin cloze dan saling mengerti sekarang so aku rasa lebih tenang. Setakat nie la. Tapi Tuhan lebih mengetahui.

Semoga yang baik berterusan! Cau cincau.