Saturday, January 2, 2010

aku dan tahun baru

Hari nie 1 hb Januari 2010. Tahun yang ku tunggu. Tahun penghabisan untuk aku di UUM nie. InsyaAllah. Azam baru tahun nie pastinya ada harapan baru yang ingin di gapai. Nak jadi lebih matang dan lebih proaktif dalam semua benda. Harap-harapla.Justify Full

Petang tadi mengemas bilik. Baru nak kemas ker??? Hek eleh. Relek la, datang kolej 27 hb tapi takkan tak kemas lagi kan. Jangan tak tau roommate aku dah pindah bilik. Masih kat blok H nie jugak and masih paras yang sama gak cuma wing yang satu lagi. Bawak betenang sume. Kami tak gaduh sebab dia sendiri pun sebenarnya terpaksa tolong kawan dia. Kawan dia tu nak pindah bilik paras bawah tapi orang pejabat tak benarkan kalau dia pindah sorang-sorang so terpaksa la roommate aku jadi partner dia.

So, tadi aku pun mengemas barang-barang aku yang agak padat di ‘area’ aku ke ‘area’ roommate aku. Eh silap, ex-roommate aku. Hee.

Duduk sorang-sorang memang rasa bebas sikit contohnya bila nak salin baju. Itu kah contoh yang paling sesuai?

Lepas kemas-kemas, aku pun tidur. Termimpi something. Taknak mention nama tapi clue nya is ‘her’. Dalam mimpi tu dia datang kat bilik memberi sesuatu yang tak jelas. Pelik. Adakah….? Arghhh. Boleh blah la kau!

Pastu, sebelum maghrib tadi aku lepak kat bilik depan. Menyembang sikit. Then masuk bilik coz nak mandi sebelum solat and singgah menjenguk handphone. Dapat mesej dari mak. Bunyinyer,
‘Mekum slmt tahun baru bina azam baru dpt kwn baru jgn lpa kwn lama ingat asal dr mana!!.’

Aku terkedu. Apa yang cuba mak aku sampaikan nie? ‘dpt kwn baru jgn lpa kwn lama ingat asal dr mana!!.’ Rasanya cuti lepas aku tak crita apa-apa pasal kawan aku kat sini tapi kenapa bunyinya macam dia tau something. Benarkah naluri seorang ibu sekuat itu??

Bukankah aku dah ‘belakon’ dengan baik cuti baru-baru nie? Tak bekesan eak lakonan aku? Memang tak ‘box-office’ la nieee.

Macam nak reply jer mesej mak tu tanya pehal tapi malas la. Nanti panjang lebar dan berbelit-belit plak jadinya. So, aku ignore jer laa.

Apapun, aku dah tak mau pikir pasal benda-benda yang mengarut macam sem lepas-lepas. Sem nie nak pikir pasal benda yang lebih penting. Yang penting-penting jer. Since aku dan si dia dah semakin cloze dan saling mengerti sekarang so aku rasa lebih tenang. Setakat nie la. Tapi Tuhan lebih mengetahui.

Semoga yang baik berterusan! Cau cincau.


No comments:

Post a Comment