Wednesday, January 27, 2010

together with me

Ok. Dah lama tak update blog nie. Rindu plak. Actually nak tulis tapi takda kesempatan. Ok lah, terus cerita pasal apa kejadian yang telah berlaku. Kunun. Dalam dua minggu nie memang agak busy mengurus program BAKSIS ke Ranau Sabah. Dan yes, sebagai kepala dalam program nie memang kena kuat kat mental. Kene monitor 32 orang under aku tolak kak Fina selaku ex-oficio coz pangkat dia kat atas pangkat aku. Hee. Dan sekali lagi yes, mental aku teruji mendengar rungutan kat sana, rungutan kat sini. Tak puas hati itu la, tak puas hati ini la. Keje aku banyak la, keje aku sikit la. Semuaaa lah.

Aku pernah berada di bawah dimana aku mengkritik ketua yang pangkatnya atas aku. So, bila roda dah bertukar tempat aku merasa apa itu makna di kritik. Tak salahkan sesiapa sebab mungkin kalau aku ditempat mereka, mungkin aku juga akan mudah melatah. Tapi dari awal lagi aku dah siapkan mental. Yah sejak dari proses mendapatkan kelulusan paperwork lagi dimana tika itu hanya aku dan Dolly yang merasa tertekan. Pernah sekali aku cakap kat Dolly, ‘Dolly, jangan heran la kalau time kita jalankan projek nie, saya dengan kamu akan begaduh.’. Time tue tengah makan kat mall.

Sepanjang aktiviti pelaksanaan program nie, hanya Dolly tempat aku melepaskan rasa tak puas hati, rasa confius or sometime bler-bler nak buat keputusan. Dolly timbalan ku yang setia. Latest meeting hari tue, aku suruh Dolly yang handle part nak mention pasal tiket. Memang itu strategi aku untuk buat sume ahli hilang tension dengan sikap tegas aku time meeting. Coz aku percaya Dolly si sengal tue mampu hilangkan sedikit ketegangan. Dan yes, memang menjadi bila dia melawak spontan. Suasana bertukar ceria. Ada ketawa. Ada senyuman. Itu yang aku mahu. Aku mahu mereka tahu mungkin as a leader aku agak tegas but dorang sume mesti kenal sikap pro and kontra antara aku dengan Dolly. Supaya semua sedar, program nie bukan idea aku semata-mata. Tapi sebenarnya original dari Dolly. Dan kami sama-sama kembangkan idea tue sehinggalah ke tahap sekarang nie.

Aku mahu yang lain sedar kewujudan Dolly. Sebab Dolly selalu senyap time meeting padahal semua keputusan datang dari kami para MT. Jadi, arahan tidak hanya dari aku. Owh yaa. Menyebut tentang MT, dengar-dengar ada MT yang terasa hati. Benarkah? Mungkin perasaan itu patut tapi duhai MT-MT yang ku sayang, bukan begitu maksud dihati. Mungkin aku perlu clearkan hal nie. Sebab aku rasa mereka masih tidak mengerti cara aku. Bak kata Athina, ‘Never mind la… yang penting Tuhan faham.’

So, InsyaAllah. Semua nie akan clear masa meeting MT malam esok k. Cuma satu yang aku perlu kamu tahu, setiap MT ku amat penting nak-nak lagi Kak Fina. Sape kata kerja ex-oficio just duduk memantau? Kat program BAKSIS kali nie, Kak Fina la ‘kabel’ kami. Tapi, mungkin tugas dia slow lagi setakat nie. Belum ke tahap yang kritikal. Cehhh, macam betul.

Support dari Kak Dayah and Cuya memang cukup kuat. Gabungan Ira dan Nadia menjadi pelengkap. Kombinasi kami bertujuh ku lihat cukup hebat. Setiap satu umpama anggota yang takkan sempurna tanpa salah satunya. Aku bangga punya mereka. Aku bangga punya supporter yang kukuh.

Aku akui kelemahan aku sebagai ketua yang cetek pengalaman. Dan kelebihan aku adalah mereka yang disekeliling ku. Aku la ‘Otak’ dan mereka ibarat ‘Otot’.

Kepada mereka yang masih memendam rasa, apa kata beranikan diri untuk face-to-face dengan aku directly? Rasanya, aku tak pernah berniat nak makan orang dan sekali lagi rasanya, kalau meluah kat belakang takda apa-apa yang berubah kecuali jumlah dosa yang akan meningkat kot.
‘Bekerjalah bersama-sama saya bukan bekerja untuk saya.’ Peaaaaceee. Y.


No comments:

Post a Comment