Minggu nie rasa happy coz paperwork aku untuk BAKSIS Ranau dah lulus! Orang yang pertama aku bagitau of course la Dolly. Sebab kami berdua la yang pulun benda tue akhir sem lepas. Tension giler-giler kami berdua disebabkan system SIRA yang problem kat sana and kat sini and besepah-sepah kat mana-mana. Aku rasa kalau aku sorang yang buat, mungkin aku dah give-up. Tapi Dolly yang besemangat dan dia bersama-sama aku mengharungi detik-detik yang memberi ketegangan tue. Dahla time tue minggu final exam. Syukur, semuanya lancar setakat nie.
Lepas bagitau Dolly, aku terus mesej Nadia. Sebab dah janji dengan dia hari tue. Aku rasa aku berjaya tunaikan janji aku. Then, mesej plak Kak Fina sebab dia ex-oficio proram nie. Aku rasa pilihan aku dan Dolly melantik Kak Fina sebagai ex-oficio nie memang tepat coz memang banyak urusan yang melibatkan Kak Fina sebagai kabel untuk menjayakan program nie kat kampung dia tue.
Lepas mesej Kak Fina, aku mesej Kak Dayah and Amy. Sebab mereka adalah insan-insan yang follow perkembangan paperwork. Kak Dayah tolong mintak sign kat En. Mus dan Amy tolong hantar kami pergi COLGIS untuk submit paperwork kat Kak Ila.
Nama lain yang tidak disebut diatas seperti Cuya, Ira dan Intan bukan bererti aku lupa tapi sebab dah pasti kamu dah tau dari mereka yang terdekat.
Macam tak percaya paperwork tu boleh diluluskan tanpa ada sesi ‘perdebatan’ dengan PNC. Thanks prof!
No comments:
Post a Comment