Thursday, January 28, 2010

excuse me?


Semalam pergi maen futsal lagi. Even dua-dua lutut rasa lebam, but still bersemangat nak main lagi. Then ikut perjanjian, semua kumpul jam 5 petang kat gelanggang. And macam biasa lah, aku yang jadi orang pertama tercanguk kat gelanggang tue sorang-sorang. After 15 minit, Zaza and Zila datang. Kami menyembang sambil begelak ketawa. Tak lama pastu, Amy plak menyusul. Then Nadie. Disebabkan cahaya matahari yang masih terik, kami pun lepak sebelah pintu belakang blok A sementara menunggu yang lain.

Kami menyembang pasal assignment. Dan entah macam mana telinga aku rasa macam panas when some of them said pasal class project. Sounds like aku terhegeh-hegeh nak jadi group partner dia. Excuse me??? Satu semester aku melarikan diri rupanya masih tak cukup untuk sedarkan kau eak? If I really enjoy with your company…. Owh. Kalau nak menyentuh pasal carry mark, bukan kita selevel kah?

Well, almost forget she memang paranoid. But whatever is… Diam lebih baik dari nak betelagah macam budak kecik kot. Jujur, dia memang komited but itu bukan kriteria utama yang aku perlu untuk bersama kau. Maaf. Rasa macam menyesal plak jadi partner dia once bila dengar dia cakap macam tue. Like she’s the best. Owh ok. LIC.

After dengar dia cakap macam tue, aku mula rasa bengang sikit and aku rasa aku cakap something yang cuba membalas serangan psiko dia. Something yang aku rasa melukakan dan mengguris maybe. But, hati jahat aku kata….PUAS!

Masa tengah maen tue, kami lain-lain team. Soooo. Aku pun buat perangai. Mengganas secara tiba-tiba. Rasa macam berkesan bila ada teammate dia yang cuba mengawal pergerakan aku. I thought dorang dah FAHAM.

Lepas penat bermaen, aku, Dolly, Trex, Yani and Amy pergi mall beli minuman. Dolly and Amy pesan butter rice. Then, kami singgah melepak kat bilik Cuya. Tefikir untuk mengenakan Mai via message. But malas nak story.

Then balik bilik and fikir matang. Aku tak patut cakap benda yang tak matang sebelum maen tadi. So, aku call la diaaa. Said sorry. But she said, never mind. ‘aku tahu kau nie kadang-kadang suka merapu jer…’ Rasa lega lepas tue.

Moralnya disini. Yang pertama, siapa pun kita dalam dunia nie, jangan rasa bangga diri. Just show don’t say. Yang kedua, berfikirlah secara matang apabila mendengar perkataan yang mengguris hati. Yang ketiga, tiada manusia yang sempurna dan kita akan saling memerlukan. Jadi jangan sesekali rasa diri kita diperlukan tapi anggaplah diri kita yang memerlukan. Dan yang keempat, baik buruk seseorang itu, dia tetap kawan kita. Jika kita sibuk menanti yang baik-baik belaka sahaja, sampai bila-bila pun kita akan keseorangan sebab manusia ada sifat pro and contra. Yang paling penting ialah keserasiaan dan dalam hati ada pengertian.

No comments:

Post a Comment