Thursday, May 27, 2010

aku mahu space

Baik diam dari banyak suara. Aku malas nak cakap dengan kau. Syukur kita dah habis. Dah habis. Aku rasa kau bukan kawan aku. Ok macam nie la, nak sedapkan bunyi ayat tu sikit, aku rasa aku bukan kawan kau. No more. No more. No more. Cakap la apa nak cakap. Kata la apapun. Kau dan aku… biasa-biasa jer.

Aku tau kau baik. Aku tau kau bagus. Aku tau tu. Tapi, aku mahu space. Space. Jangan hubungi aku. Jangan friend. I still call you as a friend.

Aku tak tau kenapa dan kenapa aku hilang percaya pada kau. Aku tak tau. Aku harap aku silap. Tapi sekarang aku tak mau dengar apa-apa.

Mungkin jugak keinginan aku yang tak tercapai or matlamat kita tak sama. Jom focus dengan praktikal. Good luck.

Monday, May 24, 2010

karma

Aku pernah berada di situasi konflik.

Aku tidak suka menilai hanya setelah mendengar kau. Aku akan menilai setelah mendengar semua. Setelah aku tau punca. Setelah aku cuba untuk faham dimana ia bermula.

Manusia. Hanya mencari kesalahan dan sentiasa mahu disokong dalam semua perkara. Tapi wahai manasia, hidup nie umpama roda tauuu. Kau buat, kau dapat.

sejam lebih dengan Beten

Malam tadi menyembang panjang dengan Beten. Adik angkat BAKSIS kg. Kinapulidan. Budak tue memang kelakar jugak. Tak berkesempatan menyembang panjang masa kat sana hari tue.

Masa on call dengan Beten, dia tengah jaga kedai sebab mak angkat sedang bermesyuarat. Sejam lebih bercakap dengan Beten, macam-macam cerita terkeluar.

Ada sekali tu masa becakap dengan mak angkat, aku diberitahu yang si Beten nie takut keluar sorang-sorang. So malam tadi sempat jugak mengusik Beten. Aku tanya, 'Kenapa takut keluar sendiri-sendiri?'. Beten jawab, 'Tidak berani nieh. Mana tau kena culik.' Spontan aku tegelak.

Bila Beten dapat tau aku ada menyembang pasal dia dengan mak angkat, bukan main lagi dia sibuk nak tau. Aku just jawab, 'Adalaa, mana boleh bagitauuu.'

Seronok menyembang dengan Beten nie. Sebenarnya kalau boleh nak menyembang dengan semua adik-adik Tari Kirana. Tapi tak sempat.

persiapan praktikal


This week mempersiapkan diri dengan hari praktikal yang bakal menjengah. Menghabiskan RM109.60 membeli buku rujukan berkaitan IT. Nilai yang mencecah angka 100 tu mungkin agak mahal but hakikatnya aku dapat beli 6 buah buku! Berbaloi-baloi.

Menunggu buku rujukan yang tengah atas laut lagi kot sekarang nie agak lambat. Dengar –dengar paling awal sebulan dan paling lambat tiga bulan. Agak tak sabar menunggu ketibaan dua buah kotak tu coz ada banyak barang-barang berharga pemberian kawan-kawan. Sentimental value gitu.

Register nama as member kat Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Tawau. For the first time selama aku hidup di Tawau nie. Dan yang kecewanya aku terjumpa beberapa buah buku psikologi dengan harapan nak baca kat rumah tetapi sayangnya tertulis pada muka surat pertama ‘Untuk bacaan di Perpustakaan SAHAJA’. Ok. Berita faham. Kenapa mesti macam tu system nya. Eleh. Macam la mahal sangat. Kata nak share knowledge.

Anyway bersyukur sedikit sebab dapat tahu library nie ada WiFi! Like this!

Lagi nak buattt, recheck semua dokumen yang penting sebelum melangkah ke pejabat Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah. Tempat aku praktikal. Ewah.

Ya Allah, permudahkan la urusanku. Amin.

Wednesday, May 19, 2010

dedikasi buat peserta BAKSIS

Kat mana nak start nieh? Nak story pasal yang mana dulu nieh? Pasal BAKSIS lagi kot. Sebab ada banyak cerita dan banyak yang terindah.

Aku nak start dengan minggu-minggu last sebelum kami berangkat. Minggu-minggu dimana aku teruji. Minggu-minggu dimana kami hampir tidak ber-BAKSIS di Kampung Kinapulidan. Minggu dimana Kak Fina dengan mesej nya. Minggu yang buat aku sedar, mungkin aku dah buat salah.

Tiada siapa yang tahu apa yang aku rahsia kan. Sudah berkali aku menyatakan rasa bangga dengan komitmen kamu. Namun aku tidak pernah puas menyuarakan itu. Dan tidak pernah akan terbayar.

Menghabiskan masa meeting dengan Kak Dayah dan Cuya. Menghabiskan berjam-jam ber-YM dengan Kak Fina.

Start dengan pergerakan pada pukul 3 pm ke Lapangan Terbang Penang. Tangisan Yani yang masih dalam ingatan. Sampai jer kat Lapangan Terbang, flight delayed. Terima kasih Air Asia. KeranaMu kami tersadai disitu. Tak henti-henti hantar report kat Dolly and Kak Fina yang menunggu di perhentian masing-masing. Dolly tunggu kat Airport. Kak Fina tunggu kat rumah merangkap destinasi BAKSIS kami.

Sampai kat Airport, bas dah siap menunggu di hujung jalan. After kami call dia pun move betul-betul dihadapan kami sedang berkumpul dengan lagage-lagage. Dalam bas kami di kenalkan dengan pemandu bas tu. Lebih mesra panggil abang Man. Muda lagi orangnya. Abang Mizi as pegawai pengiring said, ‘bujang lagi tuh..’ Tak kesah la nak kata bujang ker tak but yang bagi respon tue.. well girls. Ok. Memang korang suka main-main but hakikatnya aku kurang senang.

Makan malam kat Anjung. Dekat dengan pantai. Bukan nak mengutuk ker apa. Korang patut tau berapa lama kami tunggu makanan sampai. Nasib baik aku tak pesan makanan.

Naik bas menuju ke Universiti Malaysia Sabah. Menginap satu malam kat sana. Dalam bas got message from Kak Fina.

Pesan dkt diorg tlg jg kshtn, kalo bleh xnak skt sbb semua peranan pnting2. Jaga kslmtn masing2, naik bas trn bas bc doa slmt. Hehe

After BAKSIS, aku rasa mesej dia nie sesuai untuk dia kot coz tengok jer la sape yang tetiba jatuh sakit time BAKSIS. Ehem-ehem. Ikhlas menyindir. =p.

Pagi tue agak kalut sedikit mencari cenderahati yang nak diserahkan kepada pihak UMS but clear jugak akhirnya. Singgah breakfirst kat satu restoran nie. Lupa plak apa namanya. Mengalas perut sebelum meneruskan perjalanan selama lebih kurang 3 jam kata Kak Fina.

Paling kelakar bila Kak Fina call tanya kami dah kat mana. And aku direct tanya Abang Mizi coz aku memang tak tahu menahu jalan kat situ walaupun saya anak Sabahan. Ada sekali terdengar jugak bunyi gelak Kak Fina. Memang kelakar kot.

Jalan menuju ke Ranau memang bengkang-bengkok. Aku dah ready dengan minyak cap Kapak. Pening giler. Ingat lagi masa first sampai kat depan dewan. Orang lain sibuk beramah mesra dengan penduduk kampung, yang aku sibuk nak stand-by muntah kat tepi longkang depan dewan tu. Cuba tarik nafas dalam-dalam dan cuba menenangkan diri sebab aku sedar tugas sedang menanti. Fuh. Lepas tu baru la follow Kak Fina masuk dewan dan diperkenalkan dengan En Harimin dalam nada berbisik antara kami. =). Mengangguk la aku tanda mengerti kunun.

Majlis penyerahan anak angkat yang dimulakan dengan ucapan En Harimin dan seterusnya aku. Sumpah aku tak berapa nak ready. Maklumlah masih dalam ala-ala pening dan terkejut. Ntah apa la yang aku merapu masa berucap tu. Redah jer la yul.

Majlis dipengerusikan oleh ayah Kak Fina, En Mohd Aslie bin Kassim. Ada unsur kelakar. Aku yang duduk disebelah Kak Fina tergelak.

Semua pun balik ke rumah keluarga angkat masing-masing.

Petang tu aktiviti lawatan ke rumah anak yatim Rumah Putera Harapan start dalam pukul 2 petang. Sepatutnya la but biasala, mesti akan ambik masa nak kumpul semua AJK. Tak perlu nak salahkan sesiapa sebab benda ni aku sendiri pernah alami kat BAKSIS Pahang hari tu. So, normal.

Agak terkejut melihat hamper yang disediakan oleh Kak Fina. Tingginya hampir mencecah bumbung. Ceh. Nasib baik la Rumah Putera Harapan tu dekat jer, kalau tak, mau tak terbelah dua hamper tue. Ape pun, thanks a lot to Kak Fina. You did it so well!

Malam hari pertama sepatutnya ada aktiviti Malam Tautan Mesra but ada masalah yang tak dapat dielakkan. Macam nak pecah kepala fikirkan solution. Terima kasih to Kak Dayah yang bersedia mendengar masalah saya petang tue and once again to Kak Fina. Memang suka sangat kerjasama korang. Tak banyak kompromi and lebih mahu fikirkan solution. Why aku cakap macam nie? Coz aku kecewa dengan komitmen seseorang. But nevermind la. Just forget it.

Pendekkan cerita malam tu kami buat latihan sempena malam kebudayaan. Agak letih sebenarnya. Cuya, kau memang perasan muka aku time tue. Thanks sebab tegur. Tak tension but penat. Then suddenly aku tengok Kak Fina datang lenggang kangkung macam biasa. Kak Fina jangan marah baca nie. Think positive. =) No smile. Eh, ada kot but sikit jer then aku sempat la jugak tanya. Jawapan dia pun sama macam aku. Penat sikit sebab pagi tu bangun awal. Rasa guilty jugak and that thing yang buat aku rasa nak keep strong and jangan pengsan.

Hani, dedikasi nie pun untuk awak. Mungkin awak tak baca tapi akak bangga dengan kerja awak. Also to Amy and Intan. To Zetty yang dah banyak preasure, I’m so sorry.

To Cuya. Terima kasih yang amat atas komitmen kau. Tak pernah sekalipun aku dengar rungutan dari kau. Yang selalu hanya la ungkapan, ‘Baik yul…’. Kesetiaan kau dambaan semua pemimpin diluar sana. To Kak Dayah. Harap-harap kepenatan Kak Dayah terbayar dengan rasa puas hati. Dah banyak susahkan Kak Dayah. Hantar saya kesana-kesini dengan motor. Akan dikenang sampai bila-bila.

Untuk Kak Fina. Saya takkan lupa segalanya. Mesej mengejut dari Kak Fina masih disimpan dalam inbox saya. Terima kasih sebab mahu bertahan bersama-sama saya. Terima kasih atas keprihatinan setiap inci dari Kak Fina. You deserve untuk berkecil hati dengan segalanya. Kak Fina berhak untuk semua perasaan-perasaan sensitive yang lahir dari dalam hati. Kalau saja saya tidak rasional, mungkin akan ada rasa kecewa. Tapi dengan keperitan yang Kak Fina lalui saat-saat saya juga sedang memerlukan bantuan Kak Fina, dalam-dalam hati saya ada rasa kagum. Dalam-dalam hati saya ada rasa bangga. Dalam-dalam hati saya ada satu kesedaran, penilaian orang lain tidak perlu mempengaruhi penilaian kita terhadap seseorang. Mungkin saja yang lain tidak mengerti itu dan untuk apa jugak mereka tahu andai mereka hanya akan menilai diminda kelabu mereka. Terima kasih sebab tak pengsan masa BAKSIS. =)

To mereka-mereka yang mengharapkan kesempurnaan daripada BAKSIS kali nie, mungkin aku nak menyatakan yang kamu tidak bersedia dengan segala kekurangan. Atau, simply say, kamu tidak bersama-sama saya dari awal hinggalah ke titik nokhtah BAKSIS ini. Jadi, penilaian negative kamu tidak begitu membuat saya or kami berkecil hati. Sebab kamu tahu apa yang kamu nampak. Tapi kami lebih tahu apa yang kami dah lalui dan sedang hadapi.

Setiap ketidaksempuraan itu janganlah di anggap satu kegagalan yang besar. Kadang-kadang kita mahu mencari kesalahan orang lain dan tidak melihat kekurangan diri. Belajar la untuk bersedia. Aku merancang untuk kejayaan kita semua tapi Tuhan takdirkan sedikit kecacatan. Untuk apa? Untuk kita sedar dalam kealpaan dan menguji kekuatan kita untuk satu lagi penambahbaikan. InsyaAllah.

hatiku tertinggal di Kinapulidan. ceh


(ditulis pada 14 Mei)

Semuanya dah berlalu macam tu jer. Macam tu? No. I mean, dah habis dah? Untuk seminggu yang aku rancang selama 6 bulan dah berakhir. Syukur. Rasa terharu yang amat. Thanks semua.

Thanks Kak Fina. Thanks Cuya. Thanks Kak Dayah. Thanks Dolly. Thanks semua AJK. Thanks semua orang kampung. We did it! Kak Nana, we did it!

Pagi semalam sebelum check out dari Summer Lodge, aku dapat berita dari mak. Atuk meninggal. After tue aku diam sekejap. Cuba bagitau diri sendiri, tak perlu menangis. Tak perlu dan jangan yul. But, aku tewas dengan perasaan. Cuba nak sembunyi dari semua AJK. Tapi dah ter-cakap kat Amy dan Kak Feddy masa nak call cousin.

Rasa terkilan dengan semua nie. Aku sepatutnya berada disini semalam. Aku sepatutnya ada disini. Tapi tanggungjawab sebagai ketua belum dinokhtakan. Perlu dibereskan jugak. So yang hanya perlu adalah mengawal emosi. Yang pergi takkan kembali.

Stop cerita pasal tu.

Masa kat airport semalam. Aku dah rasa lain macam. Aku dah rasa macam nak nangis bila tengok satu persatu AJK akan balik ke kampung masing-masing. Mereka yang selama ini dalam kerisauan aku dah nak balik.

Start dengan Kak Fina. Ya Allah sedihnya. Ingat kata-kata Kak Fina, ‘Thanks sebab bawak diorang ke kampung saya.’ Aku pun cakap thanks jugak and sorry also. Sebab kadang-kadang aku rasa aku terabai ex-oficio. Ter-ignore. Padahal Kak Fina tu la tulang belakang. Tengok jer la kalau kat mana-mana. Dia akan duduk kat site belakang. ‘Tulang belakang’ la kata kan.

Then. Amy. Sedih gila. Tak tau kenapa. Entah berapa kali kami berpelukan sebelum dia masuk kat balai pelepasan. After tu Cuya ajak pergi surau solat untuk tenangkan perasaan. Tiba giliran group Nadie plak. Lagi bertambah bengkak mata aku nie.

Selesai buat lambaian terakhir untuk diorang aku pun duduk menenangkan perasaan. Mesej Kak Fina and Kak Dayah.

Banyak benda nak cakap kat Kak Fina sebenarnya. Cuma macam Kak Fina cakap, ‘Nanti ada jugak yang berdrama di airport’. Lebih dari sekadar ucapan terima kasih. Memang sepatutnya lebih.

To Cuya and Kak Dayah pun sama. Both of you yang banyak dengan saya. Setiap masalah hampir semua kamu tahu dan mahu sama-sama melaluinya.

Maaf sebab ada rahsia yang di simpan. Kamu layak untuk bertanya tapi aku memilih untuk memegang janji. Sorry Ira. Sorry Nadia.

Dan terima kasih semua.

Tuesday, May 18, 2010

kat CC

Aku kat CC sekarang nie. Sepatutnya ada tiga entri yang nak di upload kat sini but got some problem with my pendrive. Sakit hati woo. Sempat menjenguk blog wajib-baca and terkejut dalam ketawa tengok entri Kak Fina. Why? Malam tadi aku susun gambar BAKSIS dari awal persiapan sebelum berangkat ke KK sampaila tamat program. The idea...sama! Kalau blogger tu blogger jugak la kan. Tak heran la kalau idea tiba-tiba macam sama nieh.


Wednesday, May 12, 2010

BAKSIS

Aku tengah kat atas katil Kak Fina. On line kat bilik Summer Lodge di Kota Kinabalu. Macam yang selalu diwar-war kan, program BAKSIS telah pun berlangsug dengan jayanya di Kampung Kinapulidan, merangkap kampung ex-oficio kami Hasnie Falina = Kak Fina = Kak Nana. =).

Aku nak cerita segalanya. Segalanya dari awal hingga la ke detik ini. Tapi tak tau nak start kat mana. Cuma yang dapat aku simpulkan, semuanya berjalan dengan baik. Sangat baik!
Aku tak sangka bumi kelahiran aku nie teramat la indah. Korang patut tengok gambar-gambar yang kami ambil. Kinabalu yang jelas kelihatan. Bukit bukau yang...wah! Terbaik.

But tak kisah la. Hati aku lebih nal bercerita tentang BAKSIS di sini. Tentang flight kami yang delay ke 9.20 pm dan sampai di Kota Kinabalu 12 am.
Tentang layanan keluarga angkat yang serba-serbi tip top. Last time aku pergi BAKSIS Pahang tapi aku tak nangis masa nak balik. But last day, aku nangis. Terharu dengan layanan diorang.
Tentang komitmen Kak Fina sepanjang di Kinapulidan. Kepenatan Kak Fina mendengar setiap aduan dan keinginan kami. If i can say...you among the best. Kalau aku ditempat AJK, aku mungkin akan kata ex-oficio buat kerja ape eark. Tapi korang patut tau, Kak Fina tulang belakang saya di Kinapulidan sana. Serba serbi dia tolong. Korang pun patut tau, kami berbincang hampir tiap-tiap malam setiap inci berkenaan BAKSIS via YM. So, siapa yang nak kondem ex-oficio saya, korang patut tau, korang akan berdepan dengan aku terlebih dahulu. Ceh. Acah jer tue.

Tentang rasa terkilan sebab Kak Fina tak join kami kat SMK Ranau sebab terpaksa tolong arange pasal makanan kat rumah. Rasa kesal sebab tak dapat luangkan banyak masa untuk berborak dengan budak-budak Tari Kirana padahal aku dapat tau diorang excited mendengar berita kunjungan kami ke sana.

Mungkin jugak aku ingin menyuarakan rasa bangga aku dengan komitmen Kak Dayah, Cuya, Hani dan Amy dan yang lain-lain.

Dan kamu patut tau aku tidak begitu stress dengan urusan BAKSIS sepanjang tempoh 7 Mei hingga 12 Mei hari ini.

Cumanyaa, aku rasa macam aku gagal sedikit dari konsep BAKSIS itu sendiri. Ntah. Mungkin aku dapat buat semua AJK rasa happy dan puas hati dengan segalanya but hey guys kita ke sini kerana BAKSIS. Aku senang buat kamu rasa happy. Aku senang buat kamu tersenyum puas. Tapi aku rasa kurang dan masih mahu berada di Kinapulidan sana atas nama BAKSIS itu sendiri. Seperti apa yang aku mahu kan. Seperti apa yang aku janjikan dalam kertas kerja. Seperti itu kawan-kawan.

Tapi apa pun, macam yang Cuya cakap, semua dah lepas. Yah semua dah lepas.

Last night pergi makan kat Menara Tun Mustapha. Ada dinner kejutan untuk semua AJK. Tapi aku tak terkejut pun sebab aku la orang pertama yang tau idea tu dan diminta untuk rahsiakan. Duduk semeja dengan Kak Fina, Cuya dan Khalid. Menyembang sikit-sikit dengan diorang and ter-perasan macam Kak Fina tak sihat. Dalam hati, 'Sebab BAKSIS ker....?' Ok. Whatever is...kamu semua dibawah tanggungjawab saya. Seperti yang dikatakan oleh En Harimin merangkap ayah angkat aku dalam ucapannya pada Majlis Penutupan, 'Saya serahkan kembali pelajar UUM kepada ketua rombongan.'

.....................................

Nak cerita lagi but later aku sambung coz kejap lagi ada postmoterm. Sekian dulu.

Tuesday, May 4, 2010

seuntai kata untuk dirasa

Teman,
Adakalanya persahabatan itu tercipta tanpa kita sendiri sedari…bermula dengan satu punca menjadikan kita saling mengenali. Detik perkenalan bertunas menjadi bibit indah yang payah untuk diungkap dengan bait kata…namun jelas padaku ia tetap punya makna yang tersendiri. Terlalu manis untuk dikenang. Terlalu sayu untuk ditinggalkan.

Di sini kita bersapa, tersenyum, dan ketawa. Kita mula merangkak mencari keserasian yang mungkin ada. Kegusaran timbul saat hati mula bermimpi sebuah jalinan ukhwah yang tulus dan putih. Kita punya ragam berbeza. Sesungguhnya aku adalah aku dan kau adalah kau. Dua insan yang bersama dalam watak dan perwatakan yang berlainan. Namun kita insan biasa yang saling diperlukan dan memerlukan seseorang bergelar kawan. Dan aku ditakdirkan menjadi salah seorang temanmu. Lalu aku menerimanya dengan penuh curiga.

Kita mula berkawan dalam erti kata rutin. Biasa atas keadaan yang lazim. Hari-hari berlalu dengan musim yang bersilih ganti. Tidak luntur tapi tidak juga bercambah. Kita tetap mengait ukhwah dalam benteng yang sama. Memberi yang perlu dan menerima yang harus.

Hukumnya alam, matahari tidak bersinar sentiasa. Mendung dan kelabu bisa hadir tidak kira tempat dan masa. Kita saling bertelingkah dan menuding jari. Masing-masing lupa batasan diri. Sama-sama kepingin menjadi pemenang dalam pertandingan pidato yang tidak rasmi. Tanpa diduga, rupa-rupanya terselit hikmah yang tersembunyi disebalik topeng kepuraan. Tika itu, aku mula belajar mengenali dan mengecami warnamu yang sebenarnya.

Akhirnya, kita bisa saling berkongsi. Kita bercakap tentang hidup, impian, cinta, kegembiraan, dan kesedihan. Saling menyokong dan disokong. Dikritik dan mengkritik. Aku mendapat semangat dan pengalaman baru. Diam-diam aku menjadi terlalu serasi denganmu. Dan aku sedikit leka dengan masa yang senggang. Tanpa sedar waktu terus berlari….

Kini, usia pengajian hampir menginjak 3 tahun dan hidup sebagai pelajar bakal dinoktahkan. Saat tirai berlabuh semakin dekat. Dan aku sering sahaja menghitung detik itu. Sesuatu pertemuan yang wajib berakhir dengan satu perpisahan membangkitkan gejolak yang pelbagai dalam diri ini. Sesungguhnya aku bersyukur punya teman sepertimu. Dan ingatlah saat hatimu mula dipagut sepi dan sunyi…aku merindui kenangan bersamamu. Pastinya semua kisah kita bakal tinggal kenangan dan sejarah yang bermakna dalam hidupku……

Terima kasih teman kerana pernah hadir dalam diari hidupku..
Terima kasih teman atas segala kenangan manis darimu..

p/s dari temanku kepada aku kepada kamu.

Monday, May 3, 2010

03 Mei 2010

Sedar tak sedar hari nie dah 3 hb Mei. Siang tadi pergi jumpa supervisor practicum. Dr Kang Eng Thye. Bak kata Cuya dan member-member lain yang pernah diajar oleh beliau, Dr Kang lecturer yang agak 'gila'. Why? Korang boleh bayang tak macam mana muka korang bila ketuk bilik lecturer and masuk-masuk jer tengok dia dengan seluar pendek tengah duduk layan labtop atas katil? Katil wei. Agak-agak la kan. Aku macam nak tegelak membayangkan katil dia dipungah masuk kat dalam bilik dia tue. Then sebelah pintu ada peti ais. Peti ais kau. Jangan main-main. Pastu kan, baju dia bergantung kat sana sini. Pendek cerita, macam rumah laa.

Itu baru jumpa nak tunjuk muka. Nie aku tak tau macam mana nak send report and present system kat dia bila dah habis praktikal nanti. BTW, enam bulan lagi. So tak mau pikir sekarang. Tak pasal-pasal aku pun boleh jadi 'kurang waras'.

Aktiviti hari nie ;
  • Teman Cuya pegi jumpa Kak Hasni untuk setelkan check sponsor. Satu perkataan untuk menggambarkan perasaan di hati ini, 'leceh-nya!'.
  • Berbincang sedikit dengan Kak Feddy pasal project Baksis. Terbaik la nasihat Kak Feddy. Sambil membincangkan isu tak-puas-hati. Kesimpulan dari perbincangan, 'Lantak-kau-la-nak-fikir-ape? Nyamuk!'
  • Menghabiskan waktu dengan Yaya kot...? (ada unsur ketidakpastian di situ) Masing-masing buat kerja masing-masing cuma dalam bilik yang sama iaitu Bilik JPM bersama roomatenya, Nini. Try tolong nak design baju untuk orientasi. Ada problem sikit nak letak logo UUM. Malas nak story.
  • Tengok cerita Adamaya kat TV3. Jalan cerita...ok laaaa. Bo-OOleh laa.
Sekarang waktu rest dari study. Then tadi dalam pukul 9.17 pm, got message from Diah, 'Until now lum jwb exam. terbaik!' Aku bler. ??? Bukan exam malam start jam 8.30 ker? Apa yang terjadi? Kenapa dan kenapa? Untuk keterangan lanjut, tunggu Diah balik exam nanti. :p

Cau cincau. =)

Sunday, May 2, 2010

hampir pergi

Baru balik dari bilik JPM. Niat dihati nak buat exercise untuk soalan Web Application. But...nanti jap la. Selesai mengagihkan t-shirt merah untuk para peserta Baksis. Belum diagihkan lagi. Baru separate untuk memudahkan urusan. Syukur sebab persiapan semakin selesai.

Lately ada beberapa kali berhubung dengan Kak Fina via YM. Sangat memanfaatkan teknologi. Berkesan! Last malam tu bincang hampir 3 jam. Pergh. Semua benda nak clearkan.

Kak Long ngan Dik Ija dah balik rumah masing-masing. Rindu. Tiga tahun. Hemh. Terlalu banyak yang kita dah kongsi. Smile and tears. Sangat bermakna.

Rasa macam baru semalam aku mengusung beg ke blok H107. Still ingat lagi time tue. Abang Mizi yang bagi kunci. Kak Izzati yang hantar. Kak Izzati salah seorang JPMK time tue. Aku pakai baju kurung kedah color kuning. Ya Allah. Dah 3 tahun dah?!

Aku akan merindui waktu bangun pagi ke kelas. Berebut nak naik bas. Kesibukan dengan assignment dan project class. Saat stress setiap kali quiz, midsem dan final exam. Kebengangan mengurus paperwork. Rajuk dan kecil hati teman-teman. Semuanyaa.

Yaya, Diah dan Yani. Kamu tidak terkecuali. JPM. Owh. Separuh hatiku disitu.


Saturday, May 1, 2010

if i were

If I were a memory I’d hold you there forever
Reminding you of the good times we shared together

If I were a smile on your face I would stay
Never to let sadness chase me too far away

If I were a teardrop I’d roll gently down from your eyes
Not to burn much but to mend your sweet cries

If I were a hand I’d want you to hold me in your own
Carry me through life .. even when I’m grown

If I were feet I would stay inline with you
So I could be with you in all that you do

If I were a shadow I would always follow
We’d face things together in all the tomorrows

If I were pain I’d stay far away from the start
To make sure you never felt me or I never broke your heart

If I were a song I’d be a sweet sound to your ears
To keep up your hopes and carry you through the years

If I were strength I’d give you my all
I’d hold you high and never let your fall

If I were your heart I’d be steady and true
I’d be there in every beat; staying strong for you

If I were the sun I’d shine down upon your face
Illuminate your smile and radiate through your grace

If I were a star I’d sparkle like your eyes
I would look upon your life and never stop my shine

I don’t know how good at those things I could be
I’m not any of them but this I want you to see

If I were a friend I couldn’t let you down
I’d never let you fall or walk away from me with a frown

If I were a friend I would hold your hand
I would be with you always, I hope you understand

If I were a friend I would give you my all
And though it’s not much, I’ll be there when you call

If I were a friend I’d be in every memory too
When you laughed, when you cried, I’d be with you

I CAN be these things, it’s not impossible to be a friend
I CAN be your best and I’ll be here till the end

If I were forever, you would be too
Together forever – me and you…

kemas barang

Baksis semakin dekat. Suara semakin hilang. Batuk selesema yang teruk bila malam. Terbaik. =)

Pagi nie bangun dengan kerajinan yang berganda. Membasuh baju dua baldi. Tapi guna machine. Ngeee. =p. Sapu bilik. Basuh pinggan. Bersihkan sawang. Cuci bilik. Eh. Tipu jer. Bersihkan sawang and cuci bilik tue, rasanya bukan kerja aku.

Apapun, lega sebab barang-barang dah 70% siap masuk kotak. Tak sangka aku akan kemas jugak barang-barang aku nie. Terima kasih kepada Yaya. Why? Korang patut tengok cara aku kemas barang. Bak kata Yaya kepada roommatenya Nini, 'Kita kemas barang pun takda la macam nie kan Ni?' Wah ikhlas menyindir ea. Aku pun main campak masuk jer barang-barang dalam kotak. Then Yaya tengok, 'Kak Yul...saya kemas barang dalam kotak, dengan Nini sekali muat masuk.' Macam tu la lebih kurang ayat dia sebab aku paling clear masa dia cakap Nini pun ada space dalam kotak barang dia. Ceh kunun.

Maka beramal la Yaya dengan menyusun buku-buku aku secara teratur di dalam kotak tue. Hahaha. Memang terbaik. Tapi korang patut tengok jugak aku kena bebel sebab serabut sangat time tengah mengemas tue. Yelah-yelah. Awak la yang terbaik Yaya.

Setelah dikemas dan diwakafkan mana yang patut, maka kesimpulannya, hanya dua kotak sahaja yang akan dipos.

Aku akan rindu pada kamu semua. Yaya, Diah, Yani dan semua adik JPM.

Yang bermula akan berakhir. Yang bertemu akan berpisah. But, jauh mana jarak kita, lama mana pun tak jumpa...kita tetap lihat BULAN yang sama! Renung-renungkan....dan selamat beramal. Eceh.