Baksis semakin dekat. Suara semakin hilang. Batuk selesema yang teruk bila malam. Terbaik. =)
Pagi nie bangun dengan kerajinan yang berganda. Membasuh baju dua baldi. Tapi guna machine. Ngeee. =p. Sapu bilik. Basuh pinggan. Bersihkan sawang. Cuci bilik. Eh. Tipu jer. Bersihkan sawang and cuci bilik tue, rasanya bukan kerja aku.
Apapun, lega sebab barang-barang dah 70% siap masuk kotak. Tak sangka aku akan kemas jugak barang-barang aku nie. Terima kasih kepada Yaya. Why? Korang patut tengok cara aku kemas barang. Bak kata Yaya kepada roommatenya Nini, 'Kita kemas barang pun takda la macam nie kan Ni?' Wah ikhlas menyindir ea. Aku pun main campak masuk jer barang-barang dalam kotak. Then Yaya tengok, 'Kak Yul...saya kemas barang dalam kotak, dengan Nini sekali muat masuk.' Macam tu la lebih kurang ayat dia sebab aku paling clear masa dia cakap Nini pun ada space dalam kotak barang dia. Ceh kunun.
Maka beramal la Yaya dengan menyusun buku-buku aku secara teratur di dalam kotak tue. Hahaha. Memang terbaik. Tapi korang patut tengok jugak aku kena bebel sebab serabut sangat time tengah mengemas tue. Yelah-yelah. Awak la yang terbaik Yaya.
Setelah dikemas dan diwakafkan mana yang patut, maka kesimpulannya, hanya dua kotak sahaja yang akan dipos.
Aku akan rindu pada kamu semua. Yaya, Diah, Yani dan semua adik JPM.
Yang bermula akan berakhir. Yang bertemu akan berpisah. But, jauh mana jarak kita, lama mana pun tak jumpa...kita tetap lihat BULAN yang sama! Renung-renungkan....dan selamat beramal. Eceh.
No comments:
Post a Comment