Wednesday, May 12, 2010

BAKSIS

Aku tengah kat atas katil Kak Fina. On line kat bilik Summer Lodge di Kota Kinabalu. Macam yang selalu diwar-war kan, program BAKSIS telah pun berlangsug dengan jayanya di Kampung Kinapulidan, merangkap kampung ex-oficio kami Hasnie Falina = Kak Fina = Kak Nana. =).

Aku nak cerita segalanya. Segalanya dari awal hingga la ke detik ini. Tapi tak tau nak start kat mana. Cuma yang dapat aku simpulkan, semuanya berjalan dengan baik. Sangat baik!
Aku tak sangka bumi kelahiran aku nie teramat la indah. Korang patut tengok gambar-gambar yang kami ambil. Kinabalu yang jelas kelihatan. Bukit bukau yang...wah! Terbaik.

But tak kisah la. Hati aku lebih nal bercerita tentang BAKSIS di sini. Tentang flight kami yang delay ke 9.20 pm dan sampai di Kota Kinabalu 12 am.
Tentang layanan keluarga angkat yang serba-serbi tip top. Last time aku pergi BAKSIS Pahang tapi aku tak nangis masa nak balik. But last day, aku nangis. Terharu dengan layanan diorang.
Tentang komitmen Kak Fina sepanjang di Kinapulidan. Kepenatan Kak Fina mendengar setiap aduan dan keinginan kami. If i can say...you among the best. Kalau aku ditempat AJK, aku mungkin akan kata ex-oficio buat kerja ape eark. Tapi korang patut tau, Kak Fina tulang belakang saya di Kinapulidan sana. Serba serbi dia tolong. Korang pun patut tau, kami berbincang hampir tiap-tiap malam setiap inci berkenaan BAKSIS via YM. So, siapa yang nak kondem ex-oficio saya, korang patut tau, korang akan berdepan dengan aku terlebih dahulu. Ceh. Acah jer tue.

Tentang rasa terkilan sebab Kak Fina tak join kami kat SMK Ranau sebab terpaksa tolong arange pasal makanan kat rumah. Rasa kesal sebab tak dapat luangkan banyak masa untuk berborak dengan budak-budak Tari Kirana padahal aku dapat tau diorang excited mendengar berita kunjungan kami ke sana.

Mungkin jugak aku ingin menyuarakan rasa bangga aku dengan komitmen Kak Dayah, Cuya, Hani dan Amy dan yang lain-lain.

Dan kamu patut tau aku tidak begitu stress dengan urusan BAKSIS sepanjang tempoh 7 Mei hingga 12 Mei hari ini.

Cumanyaa, aku rasa macam aku gagal sedikit dari konsep BAKSIS itu sendiri. Ntah. Mungkin aku dapat buat semua AJK rasa happy dan puas hati dengan segalanya but hey guys kita ke sini kerana BAKSIS. Aku senang buat kamu rasa happy. Aku senang buat kamu tersenyum puas. Tapi aku rasa kurang dan masih mahu berada di Kinapulidan sana atas nama BAKSIS itu sendiri. Seperti apa yang aku mahu kan. Seperti apa yang aku janjikan dalam kertas kerja. Seperti itu kawan-kawan.

Tapi apa pun, macam yang Cuya cakap, semua dah lepas. Yah semua dah lepas.

Last night pergi makan kat Menara Tun Mustapha. Ada dinner kejutan untuk semua AJK. Tapi aku tak terkejut pun sebab aku la orang pertama yang tau idea tu dan diminta untuk rahsiakan. Duduk semeja dengan Kak Fina, Cuya dan Khalid. Menyembang sikit-sikit dengan diorang and ter-perasan macam Kak Fina tak sihat. Dalam hati, 'Sebab BAKSIS ker....?' Ok. Whatever is...kamu semua dibawah tanggungjawab saya. Seperti yang dikatakan oleh En Harimin merangkap ayah angkat aku dalam ucapannya pada Majlis Penutupan, 'Saya serahkan kembali pelajar UUM kepada ketua rombongan.'

.....................................

Nak cerita lagi but later aku sambung coz kejap lagi ada postmoterm. Sekian dulu.

No comments:

Post a Comment