(ditulis pada 14 Mei)
Semuanya dah berlalu macam tu jer. Macam tu? No. I mean, dah habis dah? Untuk seminggu yang aku rancang selama 6 bulan dah berakhir. Syukur. Rasa terharu yang amat. Thanks semua.
Thanks Kak Fina. Thanks Cuya. Thanks Kak Dayah. Thanks Dolly. Thanks semua AJK. Thanks semua orang kampung. We did it! Kak Nana, we did it!
Pagi semalam sebelum check out dari Summer Lodge, aku dapat berita dari mak. Atuk meninggal. After tue aku diam sekejap. Cuba bagitau diri sendiri, tak perlu menangis. Tak perlu dan jangan yul. But, aku tewas dengan perasaan. Cuba nak sembunyi dari semua AJK. Tapi dah ter-cakap kat Amy dan Kak Feddy masa nak call cousin.
Rasa terkilan dengan semua nie. Aku sepatutnya berada disini semalam. Aku sepatutnya ada disini. Tapi tanggungjawab sebagai ketua belum dinokhtakan. Perlu dibereskan jugak. So yang hanya perlu adalah mengawal emosi. Yang pergi takkan kembali.
Stop cerita pasal tu.
Masa kat airport semalam. Aku dah rasa lain macam. Aku dah rasa macam nak nangis bila tengok satu persatu AJK akan balik ke kampung masing-masing. Mereka yang selama ini dalam kerisauan aku dah nak balik.
Start dengan Kak Fina. Ya Allah sedihnya. Ingat kata-kata Kak Fina, ‘Thanks sebab bawak diorang ke kampung saya.’ Aku pun cakap thanks jugak and sorry also. Sebab kadang-kadang aku rasa aku terabai ex-oficio. Ter-ignore. Padahal Kak Fina tu la tulang belakang. Tengok jer la kalau kat mana-mana. Dia akan duduk kat site belakang. ‘Tulang belakang’ la kata kan.
Then. Amy. Sedih gila. Tak tau kenapa. Entah berapa kali kami berpelukan sebelum dia masuk kat balai pelepasan. After tu Cuya ajak pergi surau solat untuk tenangkan perasaan. Tiba giliran group Nadie plak. Lagi bertambah bengkak mata aku nie.
Selesai buat lambaian terakhir untuk diorang aku pun duduk menenangkan perasaan. Mesej Kak Fina and Kak Dayah.
Banyak benda nak cakap kat Kak Fina sebenarnya. Cuma macam Kak Fina cakap, ‘Nanti ada jugak yang berdrama di airport’. Lebih dari sekadar ucapan terima kasih. Memang sepatutnya lebih.
To Cuya and Kak Dayah pun sama. Both of you yang banyak dengan saya. Setiap masalah hampir semua kamu tahu dan mahu sama-sama melaluinya.
Maaf sebab ada rahsia yang di simpan. Kamu layak untuk bertanya tapi aku memilih untuk memegang janji. Sorry Ira. Sorry Nadia.
Dan terima kasih semua.
No comments:
Post a Comment