Wednesday, May 19, 2010

dedikasi buat peserta BAKSIS

Kat mana nak start nieh? Nak story pasal yang mana dulu nieh? Pasal BAKSIS lagi kot. Sebab ada banyak cerita dan banyak yang terindah.

Aku nak start dengan minggu-minggu last sebelum kami berangkat. Minggu-minggu dimana aku teruji. Minggu-minggu dimana kami hampir tidak ber-BAKSIS di Kampung Kinapulidan. Minggu dimana Kak Fina dengan mesej nya. Minggu yang buat aku sedar, mungkin aku dah buat salah.

Tiada siapa yang tahu apa yang aku rahsia kan. Sudah berkali aku menyatakan rasa bangga dengan komitmen kamu. Namun aku tidak pernah puas menyuarakan itu. Dan tidak pernah akan terbayar.

Menghabiskan masa meeting dengan Kak Dayah dan Cuya. Menghabiskan berjam-jam ber-YM dengan Kak Fina.

Start dengan pergerakan pada pukul 3 pm ke Lapangan Terbang Penang. Tangisan Yani yang masih dalam ingatan. Sampai jer kat Lapangan Terbang, flight delayed. Terima kasih Air Asia. KeranaMu kami tersadai disitu. Tak henti-henti hantar report kat Dolly and Kak Fina yang menunggu di perhentian masing-masing. Dolly tunggu kat Airport. Kak Fina tunggu kat rumah merangkap destinasi BAKSIS kami.

Sampai kat Airport, bas dah siap menunggu di hujung jalan. After kami call dia pun move betul-betul dihadapan kami sedang berkumpul dengan lagage-lagage. Dalam bas kami di kenalkan dengan pemandu bas tu. Lebih mesra panggil abang Man. Muda lagi orangnya. Abang Mizi as pegawai pengiring said, ‘bujang lagi tuh..’ Tak kesah la nak kata bujang ker tak but yang bagi respon tue.. well girls. Ok. Memang korang suka main-main but hakikatnya aku kurang senang.

Makan malam kat Anjung. Dekat dengan pantai. Bukan nak mengutuk ker apa. Korang patut tau berapa lama kami tunggu makanan sampai. Nasib baik aku tak pesan makanan.

Naik bas menuju ke Universiti Malaysia Sabah. Menginap satu malam kat sana. Dalam bas got message from Kak Fina.

Pesan dkt diorg tlg jg kshtn, kalo bleh xnak skt sbb semua peranan pnting2. Jaga kslmtn masing2, naik bas trn bas bc doa slmt. Hehe

After BAKSIS, aku rasa mesej dia nie sesuai untuk dia kot coz tengok jer la sape yang tetiba jatuh sakit time BAKSIS. Ehem-ehem. Ikhlas menyindir. =p.

Pagi tue agak kalut sedikit mencari cenderahati yang nak diserahkan kepada pihak UMS but clear jugak akhirnya. Singgah breakfirst kat satu restoran nie. Lupa plak apa namanya. Mengalas perut sebelum meneruskan perjalanan selama lebih kurang 3 jam kata Kak Fina.

Paling kelakar bila Kak Fina call tanya kami dah kat mana. And aku direct tanya Abang Mizi coz aku memang tak tahu menahu jalan kat situ walaupun saya anak Sabahan. Ada sekali terdengar jugak bunyi gelak Kak Fina. Memang kelakar kot.

Jalan menuju ke Ranau memang bengkang-bengkok. Aku dah ready dengan minyak cap Kapak. Pening giler. Ingat lagi masa first sampai kat depan dewan. Orang lain sibuk beramah mesra dengan penduduk kampung, yang aku sibuk nak stand-by muntah kat tepi longkang depan dewan tu. Cuba tarik nafas dalam-dalam dan cuba menenangkan diri sebab aku sedar tugas sedang menanti. Fuh. Lepas tu baru la follow Kak Fina masuk dewan dan diperkenalkan dengan En Harimin dalam nada berbisik antara kami. =). Mengangguk la aku tanda mengerti kunun.

Majlis penyerahan anak angkat yang dimulakan dengan ucapan En Harimin dan seterusnya aku. Sumpah aku tak berapa nak ready. Maklumlah masih dalam ala-ala pening dan terkejut. Ntah apa la yang aku merapu masa berucap tu. Redah jer la yul.

Majlis dipengerusikan oleh ayah Kak Fina, En Mohd Aslie bin Kassim. Ada unsur kelakar. Aku yang duduk disebelah Kak Fina tergelak.

Semua pun balik ke rumah keluarga angkat masing-masing.

Petang tu aktiviti lawatan ke rumah anak yatim Rumah Putera Harapan start dalam pukul 2 petang. Sepatutnya la but biasala, mesti akan ambik masa nak kumpul semua AJK. Tak perlu nak salahkan sesiapa sebab benda ni aku sendiri pernah alami kat BAKSIS Pahang hari tu. So, normal.

Agak terkejut melihat hamper yang disediakan oleh Kak Fina. Tingginya hampir mencecah bumbung. Ceh. Nasib baik la Rumah Putera Harapan tu dekat jer, kalau tak, mau tak terbelah dua hamper tue. Ape pun, thanks a lot to Kak Fina. You did it so well!

Malam hari pertama sepatutnya ada aktiviti Malam Tautan Mesra but ada masalah yang tak dapat dielakkan. Macam nak pecah kepala fikirkan solution. Terima kasih to Kak Dayah yang bersedia mendengar masalah saya petang tue and once again to Kak Fina. Memang suka sangat kerjasama korang. Tak banyak kompromi and lebih mahu fikirkan solution. Why aku cakap macam nie? Coz aku kecewa dengan komitmen seseorang. But nevermind la. Just forget it.

Pendekkan cerita malam tu kami buat latihan sempena malam kebudayaan. Agak letih sebenarnya. Cuya, kau memang perasan muka aku time tue. Thanks sebab tegur. Tak tension but penat. Then suddenly aku tengok Kak Fina datang lenggang kangkung macam biasa. Kak Fina jangan marah baca nie. Think positive. =) No smile. Eh, ada kot but sikit jer then aku sempat la jugak tanya. Jawapan dia pun sama macam aku. Penat sikit sebab pagi tu bangun awal. Rasa guilty jugak and that thing yang buat aku rasa nak keep strong and jangan pengsan.

Hani, dedikasi nie pun untuk awak. Mungkin awak tak baca tapi akak bangga dengan kerja awak. Also to Amy and Intan. To Zetty yang dah banyak preasure, I’m so sorry.

To Cuya. Terima kasih yang amat atas komitmen kau. Tak pernah sekalipun aku dengar rungutan dari kau. Yang selalu hanya la ungkapan, ‘Baik yul…’. Kesetiaan kau dambaan semua pemimpin diluar sana. To Kak Dayah. Harap-harap kepenatan Kak Dayah terbayar dengan rasa puas hati. Dah banyak susahkan Kak Dayah. Hantar saya kesana-kesini dengan motor. Akan dikenang sampai bila-bila.

Untuk Kak Fina. Saya takkan lupa segalanya. Mesej mengejut dari Kak Fina masih disimpan dalam inbox saya. Terima kasih sebab mahu bertahan bersama-sama saya. Terima kasih atas keprihatinan setiap inci dari Kak Fina. You deserve untuk berkecil hati dengan segalanya. Kak Fina berhak untuk semua perasaan-perasaan sensitive yang lahir dari dalam hati. Kalau saja saya tidak rasional, mungkin akan ada rasa kecewa. Tapi dengan keperitan yang Kak Fina lalui saat-saat saya juga sedang memerlukan bantuan Kak Fina, dalam-dalam hati saya ada rasa kagum. Dalam-dalam hati saya ada rasa bangga. Dalam-dalam hati saya ada satu kesedaran, penilaian orang lain tidak perlu mempengaruhi penilaian kita terhadap seseorang. Mungkin saja yang lain tidak mengerti itu dan untuk apa jugak mereka tahu andai mereka hanya akan menilai diminda kelabu mereka. Terima kasih sebab tak pengsan masa BAKSIS. =)

To mereka-mereka yang mengharapkan kesempurnaan daripada BAKSIS kali nie, mungkin aku nak menyatakan yang kamu tidak bersedia dengan segala kekurangan. Atau, simply say, kamu tidak bersama-sama saya dari awal hinggalah ke titik nokhtah BAKSIS ini. Jadi, penilaian negative kamu tidak begitu membuat saya or kami berkecil hati. Sebab kamu tahu apa yang kamu nampak. Tapi kami lebih tahu apa yang kami dah lalui dan sedang hadapi.

Setiap ketidaksempuraan itu janganlah di anggap satu kegagalan yang besar. Kadang-kadang kita mahu mencari kesalahan orang lain dan tidak melihat kekurangan diri. Belajar la untuk bersedia. Aku merancang untuk kejayaan kita semua tapi Tuhan takdirkan sedikit kecacatan. Untuk apa? Untuk kita sedar dalam kealpaan dan menguji kekuatan kita untuk satu lagi penambahbaikan. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment