Sedar tak sedar hari nie dah 3 hb Mei. Siang tadi pergi jumpa supervisor practicum. Dr Kang Eng Thye. Bak kata Cuya dan member-member lain yang pernah diajar oleh beliau, Dr Kang lecturer yang agak 'gila'. Why? Korang boleh bayang tak macam mana muka korang bila ketuk bilik lecturer and masuk-masuk jer tengok dia dengan seluar pendek tengah duduk layan labtop atas katil? Katil wei. Agak-agak la kan. Aku macam nak tegelak membayangkan katil dia dipungah masuk kat dalam bilik dia tue. Then sebelah pintu ada peti ais. Peti ais kau. Jangan main-main. Pastu kan, baju dia bergantung kat sana sini. Pendek cerita, macam rumah laa.
Itu baru jumpa nak tunjuk muka. Nie aku tak tau macam mana nak send report and present system kat dia bila dah habis praktikal nanti. BTW, enam bulan lagi. So tak mau pikir sekarang. Tak pasal-pasal aku pun boleh jadi 'kurang waras'.
Aktiviti hari nie ;
- Teman Cuya pegi jumpa Kak Hasni untuk setelkan check sponsor. Satu perkataan untuk menggambarkan perasaan di hati ini, 'leceh-nya!'.
- Berbincang sedikit dengan Kak Feddy pasal project Baksis. Terbaik la nasihat Kak Feddy. Sambil membincangkan isu tak-puas-hati. Kesimpulan dari perbincangan, 'Lantak-kau-la-nak-fikir-ape? Nyamuk!'
- Menghabiskan waktu dengan Yaya kot...? (ada unsur ketidakpastian di situ) Masing-masing buat kerja masing-masing cuma dalam bilik yang sama iaitu Bilik JPM bersama roomatenya, Nini. Try tolong nak design baju untuk orientasi. Ada problem sikit nak letak logo UUM. Malas nak story.
- Tengok cerita Adamaya kat TV3. Jalan cerita...ok laaaa. Bo-OOleh laa.
Sekarang waktu rest dari study. Then tadi dalam pukul 9.17 pm, got message from Diah, 'Until now lum jwb exam. terbaik!' Aku bler. ??? Bukan exam malam start jam 8.30 ker? Apa yang terjadi? Kenapa dan kenapa? Untuk keterangan lanjut, tunggu Diah balik exam nanti. :p
Cau cincau. =)
No comments:
Post a Comment