Tuesday, February 2, 2010

damn it!


Semalam adalah hari dimana aku kembali menunjukkan perangai baranku yang ku sangka telah ku tinggalkan di Sabah sana. Kesabaran teruji dengan sikap teman yang mungkin terlalu menyangka aku adalah si yulie yang lembut hatinya dan mampu bertolak ansur pada semua perkara. Aku membuktikan mereka silap. Sekali aku dah marah, bermacam maki hamun akan ku luah. Geram sebab rasa diri diperbodohkan. Mungkin mereka tiada niat itu tapi pada aku once kau dah buat means akan jadi habit.

Hanya Athina seorang yang berani berdepan dengan aku petang tue. Bertanyakan samada aku ok atau tak. Kalau ikutkan panas hati yang masih membara, aku tak mahu berdepan dengan sesiapa. Tapi bila fikir rasional, Athina takda kena-mengena. So, be mature. Then aku dengan Athina menyembang sambil meredakan rasa geram pada ‘malaun-malaun’ yang dah buat aku bengang. ‘Malaun-malaun’! Yes. Itu gelaran yang dorang dapat dari aku. Selain tue jugak aku cakap dorang tue ‘Hantu’ and ‘Stupid Idiot’. Sorry kalau rasa bengang tapi kalau nak cakap pasal bengang, aku rasa aku yang lebih layak berhujah tentang makna BENGANG.

Bukan dorang tak mintak maaf tapi aku rasa sampai satu masa pernyataan ‘aku dah maafkan kau tidak lagi sesuai untuk menginsafkan that ‘Stupid Idiot’. Owh yah, sebelum ada yang membaca entri ni dan mula terasa hati, semua gelaran dan pangkat yang aku dah nyatakan tadi hanya special to those yang berjanji. Bodoh la. Mereka-mereka yang bertanya pukul berapa and mendapat mesej 5.30 PETANG.

Malam tue, ada meeting dengan Athina pasal projek dia. And kat situ aku jumpa Dolly. Dolly tanya kenapa aku merajuk. Excuse me? Sesedap hati jer Malaun-malaun tu bagitau Dolly yang aku merajuk. Setahu aku merajuk hanya pada yang sayang. Tak kuasa aku nak merajuk dengan Hantu. Then after selesai bincang-bincang pasal projek Athina, aku dengan Dolly minum kat café sambil explain perkara yang sebenarnya. Melalui Dolly aku dapat tahu Lian turun jugak petang tue kat gelanggang futsal. Rasa guilty dengan Lian sebab aku mesej dia ajak maen but Lian tak bagi respon so aku expect dia tak datang dan automatic tak tergolong dalam pangkat-pangkat di atas. Sama jugak dengan Kak Dayah. Aku sendiri terkejut sekejap bila tengok Kak Dayah muncul time aku on the way nak balik bilik. Dengan cara yang agak kurang ajar, aku baling bola pada Kak Dayah dan say something yang memang sah-sah tunjuk aku tengah marah. Kak Dayah panggil but aku tak toleh langsung dan terus blah macam tue jer. SORRY kak.

Soooo. After this jangan ada sesiapa yang berani-berani maen bab MASA dengan aku. Pesanan untuk semua pelapis pemimpin negara, tak yah la duk kalut nak fikir macam mana nak manage negara kalau nak manage time sendiri pun dah FAIL!

No comments:

Post a Comment