Sunday, September 27, 2009

messages


Dua tahun lalu. Aku ada satu kisah. Aku ada satu cerita. Dimana aku…dan dia…kini dalam ingatan. Abadi dalam kenangan. Terasa ingin ku kongsi disini. Sebab masih ku simpan sejak malam itu. Dua tahu lalu. Messages...

As’kum..mf klu sy mengganggu awk..yul sy nk mnta mf atas apa yg brlaku..sy akui pe yg trjadi brpnca dr sy..mgkin da xde ruang lg tuk sy di hati awk..cume pe yg sy nk awk mfkan kslhan yg sy lkukan trhdp awk..sy brsyukur krn dpt brkwn gn awk dlu..wlupun skjap, ia ttap mmbri ksan yg byk dlm hdup sy…kdg2 sy trluke atas tndakan sy sndri..tp bg sy, itu lbih baik dr melukekn hati org laen..sy brhrp sgt agar awk mmaafkan kslahan sy..moga awk brjumpe dgn lelaki yg sesuai dgn awk. Takecare yul.

Aku miliki separuh hati berbentuk cinta namanya..walau kau jauh..aku sentiasa mencintai mu..ingin aku imbas kembali memory..walau kau jauh..aku berjanji terus merindu..walau dipisah lautan biru..aku mahu kau tau aku mencintai mu..seperti cinta ini yang terbuku..you don’t know how I love you, I want tell you, I need you..and tell you I’m sorry..i tell you secret..and now you can ask me a question..and lets go back to the star..please tell me you love me..come back and hold me..you know I love you so…

At this time, aku membaca mesej ini mungkin bukan dengan perasaan seperti apa yang dia sedang rasakan ketika dia menulis itu. Still ingat lagi, waktu nie aku dah baring kat atas katil. Tengah mengantuk. And yes, masa nie.. hati aku dah terubat sedikit atas apa yang dah jadi antara aku dengan dia. Dan ketika itu, aku tidak lagi mengharap apa-apa. Mungkin sebab aku sedar, aku tidak yakin..aku takut. Dan aku membiar ia berlalu. Aku membiar tangan yang menghulur itu tidak bersambut. Dan mesej darinya lagi..

Kau datang bagaikan mimpi..kau hadir tak kusedari..sekian lama ku nanti kau disisi..mungkin kehendak Illahi..segalanya ku jalani..biar lelap tidurku di pelukmu..

Aku kah yang buta atau memang bukan jodoh kita??? Aku kah yang salah atau Tuhan hanya menguji dan kita tewas dengan takdir yang sepatutnya berakhir dihujung usaha kita? Aku melukakan..yah aku. Tapi sebenarnya aku melukakan hati kita. Dan kau tidak pernah tahu itu sebab aku tidak mampu membuat kau mengerti. I was miss you like crazy.

Aku ada dia. Tapi aku bukan milik dia. Aku ingin dia. Tapi aku tahu aku takkan mampu. Aku mencintai seseorang bukan kerana diri orang yang dicintai itu tapi kerana bagaimana dia membuat aku merasa dicintai.

Kita akan dapat memberi tanpa mencintai tapi kita takkan sesekali dapat menyintai tanpa memberi.

Aku pernah dengar satu cerita bagaimana seorang kekasih menghukum hati si gadis dengan menggantungnya tidak bertali dengan alasan mahukan si gadis mencari yang lebih baik dari dirinya. Yah. Si gadis terluka pilu. Namun separuh hatinya berkata, dia bangga dengan keputusan lelaki itu kerana dia berkorban demi kepentingan si gadis. Dan hari demi hari, masa itu berlalu. Menghapus sisa kenangan lama dengan memori baru yang kian tumbuh bercambah di hati si gadis.

Jika si gadis pernah berasa bangga dengan keputusan kekasih lama nya, kenapa dia sendiri tidak mampu membuat kekasihnya bangga dengan membuktikan dia juga boleh berkorban dengan mengenepikan semua yang menjadi sangkaan kekasihnya??? Adakah kerana yang sedang mekar itu kian membunga dihati? Tapi yakin kah kau wahai si gadis, ianya akan kekal memberi harum?

Well. Ramai yang bercinta bertahun-tahun, putus juga. Dan aku… yang selalu menjadi teka-teki mereka. Ok. what if this message said..

Saya rindu awak yul…

Dan aku membalas

Tolong berhenti berharap..

Dia..

Kenape mesti macam nie? Dah tiga tahun..

Aku..

Kalau cinta itu pilihan, saya akan pilih awak. Tapi cinta itu ketentuan. Dan hati saya kata tidak untuk awak.

Dia..

Saya memang tak boleh menang kalau nak dibandingkan dengan dia.

Aku..

Itu bukan soalnye

Dia..

Saya tetap tunggu lagi

Ok, itu mesej dari si Mr. S.

Ini mesej malam raya tahun lepas. Dari si Mr.A.

Ok..syg..cne da ok ke dmam tue?

Ok. Cukup. Itu yang paling simple yang berani dipublishkan. Yang lain, hee. =0. Biar aku sorang yang baca dalam inbox messages.

And about this message. Terharu dengan mesej macam nie.

Ingin ku kirim bunga.. bunga kan layu.
Ingin ku kirim salam.. takut yang disana tak rindu.
Ingin ku kirim sayang..bimbang hati keliru.
Ingin ku kata I luv u.. ku tahu disana takkan mahu.
Ingin ku curi hatinya.. ku mengerti ada insan yang lebih dulu.
Ingin ku menumpang sayang.. Namun dia bukan seperti itu.
Ingin ku gubah puisi.. yang ada namanya dalam lagu.
Ingin ku.. Ingin ku.. Teringin aku.. Beritahu..
Hati ini sudah lama jadi milikmu.
Ingin ku.. Ingin ku.. Teringin aku.. Berlalu..
Buang kau jauh dalam mimpiku.
Kerana anganku cuma anganku.
Kerana dirimu ada dirinya.
Bukan inginku..bukan anganku..
Maafkan hati ini.. ampunkan perasaan ini.. ku tidak rela.. ia jadi begini..

Hemhh. Yah. Aku mahu seorang yang bijak berpujangga. Tapi, mungkin bukan kau wahai si pujangga.

its not like that

Beberapa hari sebelum nie, kitorang jumpa. Mungkin dah lama tak macam nie. Tanya khabar and elses. Rasa kekok plak. Aku try sebaik mungkin buat situasi lebih selesa. And suddenly, dia tanya pasal orang lain. Pelik. Apa yang dia fikir tentang aku dengan dia? Mungkin kah sebab dia ternampak hari tu dia ada dengan aku. Mungkin kah ada gambar lama kami yang ditayang kat internet? Dan kau tidak mahu mendengar penjelasan dari aku?

Rasanya tak perlu jugak kot. Yah. What for. Bukan dah putus asa. Cuma, biarlah. Mungkin kau bahagia sekarang. Dan hanya aku yang masih menangis bila hati merindui mu.

Hati nak jumpa tapi dengar suaranya pun aku dah rasa macam nak lari jauh-jauh. Hati kata tidak, tapi bila ingat saat hepi kita, aku tak nafikan aku masih sayang. Betul la kata orang ‘semakin bibir kita menjerit menyebut benci, semakin hati kita berkata masih sayang’.

Masa jumpa tue, kitorang tak banyak cakap. Apa lagi nak berborak mesra. Ker…kita tak patut jumpa sebenarnya? And lagi sekali tanya pasal dia, I said ‘aku tak tau la…’ owh. Why tanya orang lain nie? orang yang kat depan mata nie taknak tanya ker???

I just tahu, dia jatuh sakit hari tue. Patut la masa cakap, suara macam lain. Nak tanya, tapi muka macam ketat. Ok. I just want to say… I worry about you, I care about you. Did you get me??? Faham tak?

You know something… try to remember everything coz you said aku dah lupa everything. Aku dah tak macam dulu. Kenapa complicated sangat nie? Lemas nye.

Boleh tak kalau muka tue jangan ketat sangat? Cakap tue elok-elok sikit.. Bunyi macam merajuk. Tapi pe sal plak? Asyik nak ajuk cakap orang jer. K fine. Take your time. Give you space.

Time’s up. Bye. Dia said ‘take care.’ Hati aku kata, ‘ikhlas kerrr?’. Nak jer aku cakap, !@#$%^?. Ok. I said ‘Take care too. Jangan lupa makan.’ Dalam hati, ‘I gonna miss you there.’

And right know.. I miss you like crazy. Tell me why.. don’t ask anymore. Coz its not like that. Aku + dia ≠ aku + kau.

demam lagi

Sem nie dah banyak kali aku kene demam and sakit kepala. Mungkin sebab tue. Sejak sem lepas lagi. Erghhh. Sangat rasa tak selesa. Nak makan pun takda selera. Dan aku paling tak suka bila rasa sakit kepala tu datang. Rasa macam nak pecah. Mula la muka aku nampak ketat semacam. Time tengah malam, rasa macam loya. Automatic aku lari ke toilet. Mungkin roommate aku pun dah naik pelik tengok aku.

Perubahan suhu mendadak buat aku mudah rasa pitam. Nampak gelap. Ingat lagi ada sekali tue, aku rasa dunia nie tengah berputar dan aku cuba mencari keseimbangan. Sedar-sedar dah kat atas katil. Malunyaaa. Sejak dari hari tue, beg kene ada ubat itu dan ini. Ada koyok, bam, minyak kayu putih and elses. Rasa segan bila aku berada dalam ramai and ada yang sound ‘sape pakai minyak angin nie?’. Laju jer kaki aku undur setapak and bertapak-tapak. Well, tak semua orang suka bau ubat rite?

Demam selesema. Sangat tak suka. Bila tak tahan sangat, aku akan nangis. How much I need you by my side. Really need you. But, it can’t be.

And yang aku paling tak suka bila kaki krem tengah tidur. Memang sakit yang teramattt. Bila dah krem, mula la kaki rasa kebas and jalan pun slow. Erghhh! But, remember. Tuhan takkan uji kalau aku tak mampu!

Hidung berair. Arhghh! Ingat lagi masa cuti sem lepas. Almost a month aku sakit. Batuk sampai termuntah. And bagi yang pernah cakap aku nampak kurus like Amy and sedara mara aku kat KL. Yes. Sebab aku jatuh sakit masa cuti sem empat hari tue. Sebab tue sebenarnya. Sebab aku hilang selera makan.

Habis jer sakit, tetibe dapat berita pakcik aku meninggal. And time tu Din dengan masalah dia. Dia mintak advice aku. Sedangkan aku sendiri dalam preasure. I need someone to tell. And bad thing happened. Aku nangis sorang-sorang kat bilik. Pastu dapat tau aku kene incharge bahagian logistic untuk minggu orientasi. I take that challenge but nobody know, macam mana aku berusaha bertahan untuk jadi yang sebaik mungkin. Nak prove I can do it. Yes I can. But if and only at that time… argh. Forget it. Cakap pun takkan faham. Explain pun rasanya tak payah la.

Ingat lagi, time tu gak gigi bongsu aku nak tumbuh. Sakit gilerrr. Pinerkiler and ponstern satu-satunya harapan aku. Satu papan pil-pil tu habis dalam tiga hari! Tu tak kira dengan panadol lagi coz sakit gigi yang nak tumbuh tu buat aku demam. Malam first day sebelum orientasi tue aku nangis kat kerusi bilik JPMDPP. Aku tutup muka dengan bantal. Terdengar suara en.Khairi dari luar bilik JPMDPP, aku buat dono jer. Memang tak tahan sangat-sangat. Yang aku tau, pagi keesokannya aku ada tugas berat. Harapan aku semoga sakit tu kurang menjelang pagi. Dan Alhamdulillah, pagi esoknya aku ok sikit. Tapi tengah hari tue, sakit datang lagi. Aku terus pegi bilik aku ambik ponstern and letak bonjela yang Ika bagi. Pastu baring kejap and keluar pegi depan pejabat stanby nak bawak budak-budak sem satu masuk Dewan MAS. Still remember saat-saat yang penuh cabaran tue. Saat-saat perit tu. Semuanya terasa masih baru… Thanks to Allah. Segalanya dah berlalu.

Tekak nie rasa panas and pahit. Yah, symptom biasa yang aku rasa bila nak demam. Pasni, aku sure akan batuk tengah-tengah malam. Kesian la dengan romate aku. Tapi nasib baik ada bantal peluk SNOOPY. Boleh tutup mulut cover sound.

Malam tadi masa dalam bas on the way balik DPP, memang rasa sejuk gilerrr. Hidung memang berair habis. Sesak nafas. Shit! Ubat dalam beg baju. Tak dapat nak ambik. Tengok Mira dengan Zie tidur lena. Malas nak kejut. Mata aku pun berair coz rasa sejuk yang teramattt! Rasa macam nak gulung jer badan nie supaya rasa warm sikit. Ntah macam mana, tak sedar aku terlena gak. And bila bukak mata, sedar-sedar dah kat Jitra. Tengok jam baru pukul 5! Laju ker bas nie? Rasa macam biasa jer. Tapi its better coz aku memang tak sabar nak tarik selimut kat dalam bilik.

Hampir 5.30 pagi, kitorang sampai SME Bank. Thanks pakcik bas! Terus masuk bilik. SMS mak bagitau dah sampai. And mak call. Biasala mak aku tue, mesej sikit terus kol padahal tanye benda yang dah inform gak. Hee. Sayanggg makkk!

Time to sleep. Arghhh! Hidung sumbat. Letak kepala tinggi sikit kat bantal. Petua orang dulu-dulu. Rasa ok sikit tapi sesekali batuk. Nasib baik roommate tak balik lagi. Takla rasa mengganggu.

Sedar-sedar dah pukul 11.30 pagi. Teringat kat janji aku dengan Dolly nak makan keropok lekor yang aku beli kat Terengganu. Eh silap, bukan aku beli. Aku ngan Mira pesan Zie tolong belikan. Mesej Dolly, tanya dia dah sampai or belum. But, no respon. Haiii Dolly nie, kata jual topup tapi kredit pun takde ker? Nie nak menghabiskan kredit aku la suruh call nie. Ok, aku call. Dolly cakap dia baru sampai kul11 pagi tadi. And dia pun setuju nak datang bilik aku untuk sama-sama menyantap keropok lekor tu.

Pukul 12 lebih baru dia datang. Masuk la si Dolly tu dengan muka innocent nya. ‘Kenapa suara kamu lain? Demam lagi?’. ‘ya. Selesema.’ Jawabku ringkas. ‘Aiyaa. Kamu nie, asal pergi jalan, sakit. Asal jalan, sakit.’ Arghh. Dah start dah dia nie. Malas aku nak menjawab. Layan jer la. Kitorang pun sembang-sembang pasal cuti. Dolly cakap dia ikut boyfriend dia pergi camping kat hutan Mersing. And dia cakap Hujan kamu tau. Sampai hanyut periuk kami. Berteriak-teriak lagi tuh. Aku gelak membayangkan situasi lucu itu. Hahaha. =). Pukul 1 Dolly pun nak balik bersiap untuk pergi ko-k. Sebelum balik dia cakap, ‘Thanks yul, nanti ada makanan sedap-sedap, panggil saya lagi.’ Poyo punyer budak. Ehm yer laa. Ok Daa.
……………………………………………………………………

Sekali sekala ada rindu datang tiba-tiba. Tak mungkin kerana sayang. Tapi bila sendiri, kenangan itu temani aku dalam lamunan yang panjang. Dalam mimpi yang lena. Dalam diam yang terlalu sepi. Aku tahu perasaan sering mengelirukan kita tapi hati tak boleh menipu. Dan aku tahu hati ini kata, aku rindu kamu.

Thursday, September 17, 2009

salam lebaran

27 ramadhan. Dan sekarang aku kat bilik. Yes, just wake up. Almost 1.30 pm. Memang serabai sikit perangai aku. Tapi, jangan beri gelaran ‘anak dara #@%!’. Coz malam tadi aku tak tidur pun. Dalam kira-kira nak pukul 12.00 tengah malam, aku ngan Amy tengok cerita ORPHAN. Pergh. Cerita tu sangat mencemaskan. Amy sampai terjerit-jerit. Yang aku plak tutup muka dengan bantal pastu mata terintai-intai kat skrin. Can you imagine that. Tak nak tengok balik cerita tue. After tengok cerita tue, main game kat labtop Amy. And jawab kuiz kat facebook. Sengal la.

And dah tak tau nak wat ape. Cuba untuk tidur tapi tak dapat lena. Pukul 5 lebih, kak Fina suh bangun sahur. Sebenarnya rasa kenyang lagi and malas nak sahur tapi fikir-fikir balik, first, takut Kak Fina kecik hati coz dia dah besusah payah beli nasi and masak lauk. Second, Kak Fina dah nak balik Sabah pagi nie and bertolak pegi airport lepas subuh. And third, this is our last sahur together as a UUM student.

Kak Fina terus ambik tuala pegi mandi lepas dia selesai makan. Aku ngan Amy sedaya upaya menghabiskan lauk sardin masak dengan sayur kobis yang Kak Fina masak. And sembang-sembang pasal family. Then, tiba la saat untuk Kak Fina pergi. Ceh! Ayat macam suspen jer. Babai Kak Fina… Selamat Hari Raya!

Aku pun balik bilik kumpul kain baju dalam baldi untuk basuh machine. After that, baru try tidur. Kira-kira dalam kul 7.15 am. So, tak heran la kan kalau aku bangun tengah hari buta.

Malam nie, giliran aku plak meninggalkan bilik aku nie. I gonna mis my bantal peluk a lot! Rasa macam nak bawak. Tapi, agak-agak la kan. buat malu kaum kerabat jer.

So, start from 18 September sampai la 25 September, tiada entri yang akan di post. Doakan aku selamat pergi dan balik k.Aku akan merindui insan-insan yang sentiasa dalam tangkai ingatan ini.

Maaf ku tak bisa katakan, maaf ku tak bisa lafazkan. Maaf ku tak bisa sebutkan. Aku sayang kamu.

Kamu tidak bersuara, tapi aku dengar kamu. Kamu tidak sentuh, tapi aku rasa kamu. Kamu tidak pandang, tapi aku lihat mata mu. Kamu sayang aku.

Selamat Hari Raya Dear.

Wednesday, September 16, 2009

aku sedar

Baru balik dari pasar malam changlun terus berlari pegi cari toilet. Perut terasa sakit sangat. Lama giler aku duk mencangkung kat toilet tue. Saat aku taip entri nie, tangan teketar-ketar. Maybe sebab penat ‘membuang’. Hahahaha. Pastu Amy datang ambik makanan yang dia pesan kat kitorang tadi. Kitorang means aku ngan Kak Long. Then, dia bagi kad Raya dari Kak Fina. Rasa pelik coz kad Raya dia macam berat. Sekali aku bukak, ehmm…patutla. Kak Fina siap tampal duit syiling 20 sen, 10 sen and 5 sen. Kononya duit raya. Hee. Ok, aku nak share ucapan dia kat sini.

Assalamualaikum..
yulie oh yulie. Hehe.
  • First, of course kenalah ucap dulu: SELAMAT HARI RAYA! =)
  • Second, mustilah kena mintak maaf, kalau ada berdosa pd yulie. Termarah, tertinggi suara, dan segalanya yang ter-ter.0-0 ya.
  • Semoga yulie terus tabah menghadapi dugaan hidup. Suatu hari, semuanya akan berbaloi juga.
  • Blog musti update! Hee..
  • Banyak lagi nak cakap, but right now, this is it.
  • Take care!

Aku suka ayat nie ‘Semoga yulie terus tabah menghadapi dugaan hidup. Suatu hari, semuanya akan berbaloi juga.’ Why? Coz, I feel something yang cuba disampaikan. Macam ada maksud yang mendalam. Dan hanya orang yang membaca maksud hatiku sahaja yang akan mampu mengungkapkan itu. Wah gitu!

And for my besday wishing… aku suka Trexx punyer. Sounds like this;

Yulie!! Happy Birthday! Huhu Moga ko sentiase kuat mghadapi dugaan hidup. Itu jak pesanku. God bless u! N im glad that I know u! haha there’s much I can learn 4rm u. All da best yulie in life, may happiness always b der 4u. N d0 pr0ud of who u r! U r someb0dy! N0t just anybody, bt s0methink in u makes u special! Just b urself!

Wah! Ok. I’m somebody. Thanks trexx! Dalam pada aku cuba melarikan diri dari kamu semua, aku sedar yang kamu mendekat. Dalam pada aku mencari yang lain, aku tahu aku tidak tersisih. Hanya kerana aku yang menjauh. Hanya aku!

Life is circle. I believe that! Whatever you do, it will come back to you. Lambat atau cepat. Ia pasti. Samada yang back itu kebahagian atau penyesalan, pastinya ia berbaloi dan setimpal dengan apa yang kita pernah buat. So, think about that.

Dan siapa yulie nurafnie hari ini, adalah seiklas yul yang kamu kenal. Jika begitu aku di mata hatimu, jadi sebanyak itu lah aku yang akan membekas dalam kotak ingatanmu.

Thanks for judges!

malam 25 ramadhan

Sekarang tepat jam 3.30 am. Sekarang kat bilik Amy and Kak Fina. Tengah cari bahan untuk assignment. Erghh. Mata dah ngantuk sebenarnya tapi si budak Amy nie beriye paksa aku stay kat bilik dia untuk siapkan assignment aku. Ok fine. Aku dah cari bahan. Sekarang boleh tidur tak??? Ar? Takleh lagi? Ok. Nak tunggu sahur plak dah.

Kak Dayah tengah tidur. And tetibe mata dia bukak suh kitorang masak nasi. Excuse me?? Tak dengar la.. Lalalala. =p. Rasa macam dah lama tak duduk menyembang dengan dorang nie. Rasa macam dah lama terperuk dalam bilik buat hal sendiri. So, nak luangkan sikit masa. Dah tak mau buat orang terasa hati and duk menyindir aku itu dan ini. Takpe la. Aku tak marah pun. My fault. Tapi bagi orang yang tak paham, and tak sudi nak paham, boleh blah! Aku tak perlu pun sekutu macam nie and takda maknenye…

Adik aku yang dua orang tue dah sampai kat Sabah untuk sambut raya. Tapi aku, pilih jalan aku. Ada yang cakap aku ada problem dengan family. Hellooo. Tolak lima markah. Anda silap, bad try! Game over. Aku anak yang baik k. Lagipun mak aku faham perangai anak sulung dia nie. And aku tersangat memegang kepercayaan dorang kat aku. Selagi apa yang aku buat tu betul, dorang on jer.

Dalam tak sedar, dah masuk 25 hari umat Islam berpuasa dan setakat nie alhamdullilah puasa aku takde lagi yang teetttt!!! Hee. Jangan jeles ye wahai semua kaum hawa…Harap-harap dapat puasa penuh.

Tak sabar nak main tepung buat kuih raya kat rumah Mira nanti. Bakar lemang. Main meriam buluh. Rindunya buat semua tue. Since aku tumbuh sebagai sumandak nie, aku dah tak pegang carbarte. Malam raya sibuk tolong mak masak itu dan ini. Gosok baju raya sambil dengar takbir.
K la. Hajat aku, selagi tak bergelar isteri orang nak main sume-sume tu untuk kali yang terakhir. Takut lupa. Nanti takleh plak nak ajar anak-anak aku main sume benda tue. Taknak la anak i ketinggalan zaman kan. Huishhh. Apa yang aku duk merapu nie. Bawak mengucap yul…

Arghh. Mata dah berat nie. Kak Fina tengah tanak nasi and prepare untuk sahur. Bleh tak kalau tak nak sahur? Ngantuk la. Ar? Takleh? Jahat la korang.
Takpela. Nak tidur jap. Daa.

Thursday, September 10, 2009

10 september

Jam dah tunjuk 2.35 am. September 10, 2009. First entri yang di post dengan angka usia ku yang baru. Harapan ku semoga yang baik berterusan. Dan jangan la Tuhan menguji aku dengan cubaan yang tak tergalas oleh ku. Semoga jalinan setiap ukhuwah ku dengan semua hambaNya yang ku sayang bertaut utuh di tangkai hati ku. Jangan biar ia kurang walau sedikit pun. Kekal kan rasa hati ini selagi ia memberi damai.

Aku ingin hidup secerah mentari yang menyinar ditaman hatimu. Aku ingin seriang kicauan burung yang terdengar dijendela jiwamu. Aku ingin segala-galanya damai penuh mesra membuah ceria. Aku ingin menghapus duka dan lara melerai rindu didalam dada.

Tengah hari esok ada midsem untuk Current Issues in Network. Baru habis baca semua note. Pagi sok just nak buat final reversion. Semoga tarikh dengan number kegemaran ku mampu memberi tuah. After midsem, ada online kuiz untuk IT Project Management plak. Erghhh!

Anyway terima kasih kepada semua yang wish and bagi hadiah. Thanks! Wish me luck ye. Ok la. Need to rest. Daa.

Wednesday, September 9, 2009

antara kawan dan kekasih

Bukan dah tak sayang apalagi berubah hati. Once I said I love, its mean truly. Cuma kadang-kadang kita perlu akur dengan keadaan. Ok. Stop saying that you are getting forgotten. Itu ker yulie nurafnie yang awak kenal selama nie??? Hanya kerana satu kesilapan, dan mudahnya yang indah dilupakan.

Hidup bukan bergalas dengan hanya sekilo tanggungjawab dan komitmen. Dan hubungan yang perlu dijaga dalam hidup ini bukan hanya cinta. Someone was asked me, ‘antara cinta dan teman…kau pilih yang mana?’ Well, soalan yang simple tapi rumit untuk dijawab jika kita benar-benar tersepit diantara keduanya.

Jawapan aku, aku mahu berkorban sehabis daya ku untuk si teman yang amat ku sayang. Dan aku mahu si cinta mengerti hadirnya satu kesempurnaan bagi ku. Si teman yang mengajar aku erti ketawa lebih dulu dari si cinta. Dan bererti untuk menjalin sayang dengan si cinta bukan la dengan syarat aku perlu behenti menyayangi si teman. Di antara dua ini, aku memilih untuk membutakan hati ku. Supaya kedua-duanya terluka bersama ku. Agar kedua-duanya sedar betapa aku derita tanpa salah seorang daripadanya.

Merajuk si teman membuat aku menjauh hati. Terguris hati si cinta menjadikan aku tidak keruan.

Betapa aku menghargai kejujuran yang kau beri. Tiada yang menjadi impian selain rahmat kasihMu Tuhan. Yang terbias menyinari sekeping hati seorang insan bernama teman.

Kehadiranmu menyentuh kalbu. Menyalakan obor pengharapan. Setia ku takkan luluh dalam kesakitan. Tumbuh subur dalam doa ku.

Betapa aku mensyukuri ketulusan dalam berkasih. Cinta yang semakin kesamaran kau gilap cahaya kebahagian. Tulus keikhlasan menjadi ikatan dengan restu kasihMu Tuhan.

Kehadiranmu mendamaikan hati yang dahulu keresahan. Cinta ku takkan pudar diuji dugaan. Mengharum dalam harapan.

Jadi, tolong fahami. Ku minta di mengerti. Untuk si teman, jangan kata kau ku tinggalakan. Untuk si cinta jangan sebut kau ku abaikan. Andai kamu tidak membaca dalam bahasa hati ku, berhenti sebut sayang aku.

Ku benar-benar cinta. Ku sungguh-sunguh sayang. Ku amat-amat perlu. Kamu…. Sayap-sayap ku.

writing


Sekarang 1.38 am 7 hb September 2009. Aku still bersengkang mata depan notes. Prepare untuk midsem 8 hb and 10 hb nie. Rasa otak dah jammed and tak mampu nak process input untuk disimpan sebagai data untuk dijadikan ouput as answer for midsem paper. Prinsip aku, jangan paksa otak. Nanti boleh jadi gila. Hahaha!

Teringat kat kampung. Rindu. Teringat kat dia. Sayang. Ok. Whatever la.

Baca note sambil dengar lagu. Tetiba lagu slow nie, rasa sayu plak. Lagu slow bukan lagu cinta cintun yer. Lagu nasyid. Jangan tak tau yang aku juga penggemar lagu-lagu dakwah. Cerita Islamic pun aku layan. Tapi tengok pengisian gak la. Nape? Tak pecaye ea? Its up to you. Do I care??

Rembulan cahayanya menawan. Menerangi kegelapan malam. Bebintang sinarnya berkedipan. Menghiasi cahaya bulan.

Sekarang nie, aktiviti miss yuyul agak pasif. Dah jarang keluar bilik. Sampai ada orang naik heran aku selalu kat bilik. Haiii, ada kat bilik salah. Takda kat bilik pun salah gak ker??? Busy tengok movie. Hahaha. Agak-agak kepala dah sewel mengadap assignment, aku pun tengok cerita dalam labtop. Tak pun aku baca komik. Tak pun, keluar jalan sorang-sorang kat area kolej ambik angin. Bila dah hilang sewel, baru sambung buat assignment balik.

Try nak menjaga hati yang dah terbiar lama. Maybe dalam tak sedar aku terignore tanpa niat. Lewat ku sedari nilai sayang mu. Maaf aku lewat. So, sekarang aku mula sedar apa yang penting. Dan berikan aku peluang untuk buktikan. Untuk mewarnai lakaran mimpi mu. Percayalah, setiap manusia boleh berubah. Mungkin aku tak mampu menjadi diri orang lain, tapi aku yakin dan lebih dari yakin bahwa aku mampu dan lebih daripada mampu untuk menjadi yang lebih baik.( Cakap apa nie yul??? ). Well, tujuan aku menulis bukan untuk membuat readers faham tapi just nak meluah. So??? Tiada bayaran dikenakan untuk membaca dan tiada cukai dikenakan jika tak sudi nak baca.

Ohw ya, siang tadi Ija tanya sikit pendapat aku berkenaan masalah dia. Tak tau macam mana nak explain kat sini walaupun tiada istilah kerahsiaan. Tapi apa yang aku boleh cakap, Ija try cari solution to avoid benda yang mengganggu dia dari focus pada study. Dalam hati ‘macam sama jer masalah kita nie…

Pada aku, manusia tak boleh lari dari halangan. So take it as a challenge. Cuma, jangan sesekali pernah tewas dengan keadaan tapi kita lah yang perlu tewaskan keadaan! Lagipun, manusia yang hidup tanpa masalah merupakan manusia yang bermasalah dan manusia yang hidup tanpa tekanan sebenarnya tertekan. Bukan laut kalau tak berombak dan bergelora. Jangan cari pelangi tika terik sinar mentari. Jangan cari bintang tika awan mendung menanggung hujan. Tapi cari la bulan… yang sinarnya satu namun cahayanya melimpah satu dunia. Dan kau akan mengerti kita berkongsi cerita. Saling melengkapkan. Saling mencorakkan…

Ehmm. By next week, penghuni kolej bukit yang cantik nie akan mula mengusung beg dan memenuhi ruang tempat menuggu bas untuk balik ke kampung. Macam yang Kak Fina pernah cakap, budak UUM nie kalau dapat cuti macam kena sawan. Hahaha!

Yang aku plak, akan ambik peluang nie untuk beraya kat Terengganu dengan Mira. Mira is my coursemate and antara orang yang cloze dengan aku kat sini. Sejak semester satu lagi dia selalu ajak aku pegi rumah dia tapi rasa macam malas. So, time ni la baru rasa macam ada mood sikit. Sepatutnya mak suruh balik Sabah or beraya kat Banting tempat uncle aku. Tapi, yul is yul. Suka mencuba. Sorry uncle. Selamat hari raya maaf zahir batin.

Kenanglah sebuah pertemuan
Kerana disitu tercipta
Kemesraan

Hargailah setiap kejujuran
Kerana disitu terjalin
Persahabatan

Hargailah segalanya
Kerana itulah nikmat
daripada Tuhan


Rasanya itu jer la watikah dari aku untuk kali nie. Need to study! Ok. Daa.