Sunday, September 27, 2009

demam lagi

Sem nie dah banyak kali aku kene demam and sakit kepala. Mungkin sebab tue. Sejak sem lepas lagi. Erghhh. Sangat rasa tak selesa. Nak makan pun takda selera. Dan aku paling tak suka bila rasa sakit kepala tu datang. Rasa macam nak pecah. Mula la muka aku nampak ketat semacam. Time tengah malam, rasa macam loya. Automatic aku lari ke toilet. Mungkin roommate aku pun dah naik pelik tengok aku.

Perubahan suhu mendadak buat aku mudah rasa pitam. Nampak gelap. Ingat lagi ada sekali tue, aku rasa dunia nie tengah berputar dan aku cuba mencari keseimbangan. Sedar-sedar dah kat atas katil. Malunyaaa. Sejak dari hari tue, beg kene ada ubat itu dan ini. Ada koyok, bam, minyak kayu putih and elses. Rasa segan bila aku berada dalam ramai and ada yang sound ‘sape pakai minyak angin nie?’. Laju jer kaki aku undur setapak and bertapak-tapak. Well, tak semua orang suka bau ubat rite?

Demam selesema. Sangat tak suka. Bila tak tahan sangat, aku akan nangis. How much I need you by my side. Really need you. But, it can’t be.

And yang aku paling tak suka bila kaki krem tengah tidur. Memang sakit yang teramattt. Bila dah krem, mula la kaki rasa kebas and jalan pun slow. Erghhh! But, remember. Tuhan takkan uji kalau aku tak mampu!

Hidung berair. Arhghh! Ingat lagi masa cuti sem lepas. Almost a month aku sakit. Batuk sampai termuntah. And bagi yang pernah cakap aku nampak kurus like Amy and sedara mara aku kat KL. Yes. Sebab aku jatuh sakit masa cuti sem empat hari tue. Sebab tue sebenarnya. Sebab aku hilang selera makan.

Habis jer sakit, tetibe dapat berita pakcik aku meninggal. And time tu Din dengan masalah dia. Dia mintak advice aku. Sedangkan aku sendiri dalam preasure. I need someone to tell. And bad thing happened. Aku nangis sorang-sorang kat bilik. Pastu dapat tau aku kene incharge bahagian logistic untuk minggu orientasi. I take that challenge but nobody know, macam mana aku berusaha bertahan untuk jadi yang sebaik mungkin. Nak prove I can do it. Yes I can. But if and only at that time… argh. Forget it. Cakap pun takkan faham. Explain pun rasanya tak payah la.

Ingat lagi, time tu gak gigi bongsu aku nak tumbuh. Sakit gilerrr. Pinerkiler and ponstern satu-satunya harapan aku. Satu papan pil-pil tu habis dalam tiga hari! Tu tak kira dengan panadol lagi coz sakit gigi yang nak tumbuh tu buat aku demam. Malam first day sebelum orientasi tue aku nangis kat kerusi bilik JPMDPP. Aku tutup muka dengan bantal. Terdengar suara en.Khairi dari luar bilik JPMDPP, aku buat dono jer. Memang tak tahan sangat-sangat. Yang aku tau, pagi keesokannya aku ada tugas berat. Harapan aku semoga sakit tu kurang menjelang pagi. Dan Alhamdulillah, pagi esoknya aku ok sikit. Tapi tengah hari tue, sakit datang lagi. Aku terus pegi bilik aku ambik ponstern and letak bonjela yang Ika bagi. Pastu baring kejap and keluar pegi depan pejabat stanby nak bawak budak-budak sem satu masuk Dewan MAS. Still remember saat-saat yang penuh cabaran tue. Saat-saat perit tu. Semuanya terasa masih baru… Thanks to Allah. Segalanya dah berlalu.

Tekak nie rasa panas and pahit. Yah, symptom biasa yang aku rasa bila nak demam. Pasni, aku sure akan batuk tengah-tengah malam. Kesian la dengan romate aku. Tapi nasib baik ada bantal peluk SNOOPY. Boleh tutup mulut cover sound.

Malam tadi masa dalam bas on the way balik DPP, memang rasa sejuk gilerrr. Hidung memang berair habis. Sesak nafas. Shit! Ubat dalam beg baju. Tak dapat nak ambik. Tengok Mira dengan Zie tidur lena. Malas nak kejut. Mata aku pun berair coz rasa sejuk yang teramattt! Rasa macam nak gulung jer badan nie supaya rasa warm sikit. Ntah macam mana, tak sedar aku terlena gak. And bila bukak mata, sedar-sedar dah kat Jitra. Tengok jam baru pukul 5! Laju ker bas nie? Rasa macam biasa jer. Tapi its better coz aku memang tak sabar nak tarik selimut kat dalam bilik.

Hampir 5.30 pagi, kitorang sampai SME Bank. Thanks pakcik bas! Terus masuk bilik. SMS mak bagitau dah sampai. And mak call. Biasala mak aku tue, mesej sikit terus kol padahal tanye benda yang dah inform gak. Hee. Sayanggg makkk!

Time to sleep. Arghhh! Hidung sumbat. Letak kepala tinggi sikit kat bantal. Petua orang dulu-dulu. Rasa ok sikit tapi sesekali batuk. Nasib baik roommate tak balik lagi. Takla rasa mengganggu.

Sedar-sedar dah pukul 11.30 pagi. Teringat kat janji aku dengan Dolly nak makan keropok lekor yang aku beli kat Terengganu. Eh silap, bukan aku beli. Aku ngan Mira pesan Zie tolong belikan. Mesej Dolly, tanya dia dah sampai or belum. But, no respon. Haiii Dolly nie, kata jual topup tapi kredit pun takde ker? Nie nak menghabiskan kredit aku la suruh call nie. Ok, aku call. Dolly cakap dia baru sampai kul11 pagi tadi. And dia pun setuju nak datang bilik aku untuk sama-sama menyantap keropok lekor tu.

Pukul 12 lebih baru dia datang. Masuk la si Dolly tu dengan muka innocent nya. ‘Kenapa suara kamu lain? Demam lagi?’. ‘ya. Selesema.’ Jawabku ringkas. ‘Aiyaa. Kamu nie, asal pergi jalan, sakit. Asal jalan, sakit.’ Arghh. Dah start dah dia nie. Malas aku nak menjawab. Layan jer la. Kitorang pun sembang-sembang pasal cuti. Dolly cakap dia ikut boyfriend dia pergi camping kat hutan Mersing. And dia cakap Hujan kamu tau. Sampai hanyut periuk kami. Berteriak-teriak lagi tuh. Aku gelak membayangkan situasi lucu itu. Hahaha. =). Pukul 1 Dolly pun nak balik bersiap untuk pergi ko-k. Sebelum balik dia cakap, ‘Thanks yul, nanti ada makanan sedap-sedap, panggil saya lagi.’ Poyo punyer budak. Ehm yer laa. Ok Daa.
……………………………………………………………………

Sekali sekala ada rindu datang tiba-tiba. Tak mungkin kerana sayang. Tapi bila sendiri, kenangan itu temani aku dalam lamunan yang panjang. Dalam mimpi yang lena. Dalam diam yang terlalu sepi. Aku tahu perasaan sering mengelirukan kita tapi hati tak boleh menipu. Dan aku tahu hati ini kata, aku rindu kamu.

No comments:

Post a Comment