This week beban rasa teralih sedikit. Terasa ikhlas untuk ketawa tanpa fikir ape-ape. Mungkin sebab aku dah lepaskan rasa marah pada mereka yang tak reti-reti nak faham bahasa. Bila aku cakap dengan lemah-lembut, disangka aku memberi muka. Dah sampai tahap kemuncak dimana aku rasa aku perlu bertegas dengan keputusan aku. Lantak kau la nak fikir apa.
Malam tadi aku, Kak Dayah, Cuya, Amy and Nadia masuk pejabat untuk buat sijil dan tag nama. Thanks sebab tolong. And Kak Fina datang, ayat dia yang first sekali kalau tak silap, 'Beroperasi senyap-senyap...' Aku pun jawab, 'Ada orang bagitau Kak Fina takda so tak bagitau.' Dengan harapan Kak Fina akan faham yang aku tak pernah lupakan ex-oficio aku. Ada satu lagi ayat Kak Fina, 'Kenapa yulie buat semua nie..?' Maksud pertanyaan Kak Fina ialah kenapa aku yang sibuk-sibuk buat tag nama sedangkan ada biro lain yang sepatutnya buat semua tue.
Ok. Aku pun jawab Erra sibuk kerja kat cafe Mak Ngah. Lagipun aku tak kisah untuk semua nie. Lagi kata Kak Fina, 'Kalau ada orang tanya kenapa yulie suka buat kerja sorang-sorang, apa yang akan yulie jawab?' Sumpah, aku memang pernah tefikir soalan nie dan of course dari cara Kak Fina bertanya, must be something went wrong.
Aku pun tanya, 'Mesti ada orang yang mempertikaikan benda nie kan kak?' Then adalah ayat aku yang menjurus kepada orang-orang tertentu. Kak Fina said, 'No komen.' Kalau takda angin, pokok takkan bergoyang. Aku memang selalu dapat merasa apa yang sedang berlaku walaupun bibir-bibir itu bisu tak besuara.
Terima kasih Kak Fina. Selalu saja cara Kak Fina berkomunikasi dengan aku membuatkan aku senang menerima. Cara dia untuk membuat aku faham.
Dan bila isu 'suka-buat-kerja-sorang-sorang' dipertikaikan nanti, jawapan aku;
- Aku jenis yang straight dan aku tidak akan mengeluh untuk setiap kepenatan yang aku pilih. Jadi kau tak perlu risau atau menggelabah tak tentu pasal.
- Kalau kau rasa kau ada niat untuk menolong, kau patut selalu tanya, 'Ada apa-apa lagi kerja yang tak setel?'. Tak perlulah aku nak mention setiap inci sebab aku rasa kau patut ambil tahu bukam mengharap untuk diberitahu selalu.
- Bak kata Trexx, 'Memang style yulie bekerja dengan muka dia yang macam tue...bukan bermakna dia marah.' Thanks Athirah..:)
- Ada bunyi 'nyamuk' yang aku kurang gemar. Sebab aku tau 'nyamuk-nyamuk' tu bukan jer membingitkan telinga malah menghisap darah. So aku malas nak tergaru-garu kemudian. Aku pilih untuk ambil risiko yang mampu aku tangani. Tq.
Teman, aku menulis bukan kerna nama. Aku jadi pengarah juga bukan kerna nama. Sebab aku menghargai dan terlalu menghargai persahabatan ini. Tidak mahu ada benci, tidak mahu ada dendam. Jadi aku pilih untuk refresh kan kemarahan ini menjadi yang se-neutral boleh sehingga aku yakin dan benar-benar yakin, tidak pernah ada sengketa antara kita.
Maaf untuk ketegasan ini. Maaf untuk kedegilan ini. Maaf kerna aku selalu begini.
No comments:
Post a Comment