Pagi isnin claz start pukul 10 pagi. Erghh. Rasa hilang mood duk dalam claz tu bila lecturer cakap minggu nie kena buat presentation untuk web. Aku dengar Nadie dah start membebel. Mood Nadie memang tak berapa elok coz beg largage dia hilang masa on the way balik dari KL. Memang kene laa. Before claz finish, ada kuiz. Terbaik. Jawab dengan penuh tak confident.
Then after claz, aku ngan Nadie singgah makan kat Botani Cafe. Makan roti Arab. Apesal semenjak dua menjak nie aku banyak sangat implement benda-benda Arab nie? Last week belajar bahasa Arab dari Yaya. Yaya tunjuk paper exam bahasa Arab dia. Then aku dengan Trexx ajuk dialog dari filem Pendekar Bujang Lapok. ‘Macam mane nak baca nie?’ Tanya ku bingung. Then aku dengan Trexx pun sambung lagi, 'Tumpuk-tumpuk taik unta..’. After tue Diah pun menyampuk, ‘Jin mata tiga..’. Remember skrip tue? Kalau tak ingat cuba tengok balik cerita tue. Sure korang akan faham apa yang aku cakap tadi.
Ok back to before. Aku ngan Nadie balik DPP. Tengahari tu aku setelkan beberapa benda penting. Macam biasa la, aku akan ke hulu ke hilir untuk menyetel semua benda and lepak kat bilik JPM sorang-sorang. Bukan lepak sebenarnya. Ada benda yang perlu diselesaikan lagi.
Actually aku perlukan rest coz aku dah bajet akan stay up untuk buat Network Security Project. Part aku bahagian documentation. Aku la orang yang akan bertanggungjawab buat User Manual untuk presentation. But got some problem dimana our teammate still tak dapat nak run code yang ada. God! Sekali lagi Nadie bengang. But apa yang penting, solution! Yah the only thing is SOLUTION. Ini bukan lagi masanya untuk bertanya kenapa dan kenapa boleh jadi macam nie. Tapi ini adalah masa untuk fikir bagaimana dan bagaimana nak solve.
Masa aku dapat tau sad news tue, aku dengan Yaya tengah on-line kat bilik JPM. Sambil mengumpat plus gelak-gelak. And aku chatting dengan Wong Sze Sze sambil sibuk interframe kat dalam webcame Yaya. Poyo la.
Dapat call dari Lukman, dia cakap nak datang DPP kami. Dengar jer Lukman nak datang aku pun kelam kabut balik bilik tukar seluar yang lebih senonoh coz al-maklum Lukman si budak Thailand nie ala-ala alim la jugak. Honestly, aku pun sembur perfurme coz aku tak mandi lagi and dah takda masa nak bermandi-manda.
Malam tue, Nadie macam stress. Tambah-tambah plak si Monir budak Arab tue taknak dengar arahan dari dia. And….aku terpaksa la berkomunikasi dengan budak Arab sorang nie dengan selembut-lembut bahasa yang aku boleh untuk elakkan ketegangan ke tahap yang maksimum.
Explanation by explanation, aku dengan si Monir nie pun solve the prolem untuk guna sistem security. Satu kerjasama yang bagus. And Nadie said, ‘Kau sorang jer yang boleh buat dia faham.’ Aku pun balas, ‘Actually dia boleh bagi kerjasama if kita dapat jelaskan tugas dia. See? He did very well for documentation. Siap edit guna fotoshop lagi.’
Discusion tue habis dalam pukul 3 pagi! Presentation plak pukul 8 pagi. Aku rasa macam terhuyung-hayang masa jalan balik ke bilik. Risau jugak dengan Lukman and Monir yang naik motosikal nak balik DPP dorang. How if pak guard tahan diorang kat gate? Tapi syukur, selamat jugak budak bedua tue.
Aku mengaku pada malam kejadian, aku telah membenarkan Lukman dan Monir masuk ke bilik JPM untuk discusion. Dan aku jugak telah bersedia untuk berdepan dengan risiko kalau hal nie dipersoalkan. Aku bersalah dengan budak-budak JPM coz tak mintak permision. Yes. Saya salah tapi saya perlu untuk melakukan kesalahan ini bagi menyiapkan project kami.
Malam keesokannya, aku cerita kat Na. And Na said takpa dan dia faham. Adalah lebih baik mengaku dari bibir kita sendiri daripada mereka dapat tahu dari orang lain.
Now…bebanan dah semakin kurang untuk project claz.
No comments:
Post a Comment