Jam dah tunjuk 12.47 pagi. Aku kat bilik JPM. Why? Nak cari bahan untuk project dan baru selesai menyiapkan report. Bila dah penat-penat, aku akan bukak FB and page yang aku minat then..... aku ter-bukak page yang sememangnya ada menyentuh pasal aku dan menyebabkan aku menulis ini.
Lately aku terasa hati dengan seorang teman. Bermula dengan sikapnya dan caranya dan kata-katanya yang mengguris hati. Aku sabarkan diri dan kuatkan iman. But, kesabaran ada tahapnya. Dan cara yulie untuk mengajar plus 'menegur' sebagai tanda protes ialah dengan bersikap dingin dan cuba untuk berfikiran positif sebab aku avoid dari bergaduh or aku terlepas cakap plus ter-kurang-ajar.
So, apa-apa jer kerja yang sepatutnya melibatkan dia aku buat-buat tak peduli. Aku cuba buat semua. Dan aku rasa dia dah sedar dengan sikap dan cara aku. Terima kasih sebab buat aku sedar yang rupanya kau pun ada perasaan ea. Sekarang rasa apa yang aku rasa. Bukan nak balas dendam cuma nak buat kau ingat, apa sahaja perkara ada limitnyaa.
Siang tadi aku suruh dia setelkan hal-hal yang bersangkut-paut dengan tugasnya. Cara aku bercakap dengan dia agak menekan apa lagi bila aku dah dapat point yang menunjukkan kau salah! Sumpah aku puas. But......ada satu part bila aku tengok dia berlari untuk menyetelkan tugasnya, aku rasa guilty yang teramattt. Perlu kah begini yul....? Then aku berlari masuk bilik JPM ambik kunci bilik and ambil detail tiket penerbangan BAKSIS.
Demi untuk tidak menyusahkan, aku padam segala contengan detail flight untuk difotostat sebelum terlambat dan sebelum kamu dipersalahkan. Dolly, cerita ini memang tentang kamu. Silap saya sebab tidak berterus terang kenapa saya berkecil hati dan kamu ada hak untuk mempertikaikan ini nanti. Cuma bukan sekarang waktunya untuk meluah. Selagi masih rasional, saya akan jadi se-profesional yang mungkin.
..................................
Dan aku juga semakin mengerti siapa yang terasa dilupakan..diabaikan..Owh. Tidak. NEVER. Macam mana nak cakap ea? Isu kecil ker, isu besar ker....its okey. Jika itu silap aku, aku patut mendapat teguran dan diberi peluang untuk membuat pembetulan.
Aku memang begini. Perlu tapi taknak mengaku. Sayang tapi taknak tunjuk.
Rasa macam nak nangis... Cover sedaya boleh coz Intan duduk kat depan sekarang nie.
No comments:
Post a Comment