Friday, July 30, 2010

Seminar ICT peringkat Wilayah Tawau



Bersama rakan Pelatih Industri, Rahmawati.

Jadi urusetia yang komited.


Seiusnyaaa cik camerawoman nieh.


Dari kiri Rahmawati, si cute dan Kak Diah.


Duduk bersama barisan panel penceramah kertas kerja.

orang IT golongan kaya

Selasa lepas sebelum Seminar ICT di Prominade Hotel bermula, aku menyembang dengan seorang makcik dari Jabatan Hidupan Liar Cawangan Tawau. Bila aku cakap aku ambik bidang IT, dia cakap mcam nie, 'IT dik? susahnya mau dapat kerja tu.' Dalam hati aku cakap, ' Makcik, memang la orang IT mungkin susah nak dapat kerja tapi orang dari golongan kami la yang banyak melahirkan insan-insan terkaya di atas muka Bumi Tuhan ni.'

Nasib jer kau berpangkat makcik, kalau tak, free-free jer kau dapat hujah dari aku.

Makcik lupa kah, zaman sekarang nie organisasi mana yang tak guna komputer? Organisasi mana yang tak guna sistem aplikasi? Organisasi mana makcik???

Mungkin makcik tak tau kot orang paling kaya kat dunia nie si Bill Gates tu dari orang IT tau. Kerja dia bermain dengan bahasa komputer. Setiap saat dalam hidupnya dia dapat duit sebanyak US$250 bersamaan US$ 20 juta setahun!

Makcik mesti guna Facebook jugak kan? Alah zaman sekarang sape takda facebook memang ketinggalan la kot. Ar makcik nak tau sape yang buat facebook tu? Tu la makcik, tau main jer tapi tak tau sejarah. Meh sini saya cerita. Facebook nie diasaakan oleh Mark Zuckerberg masa usia dia 23 tahun pada 2004 di Harvard University. Facebook tu sebenarnya dia buat sebagai salah satu projek tugasan dia. Tujuan Facebook tu adalah untuk memudahkan mahasiswa-mahasiswa Harvard berinteraksi satu sama lain. Harta si Mark tu pun sekarang sebanyak USD$1.5 billion! Dia kaya dalam usia saya sekarang tau makcik.

Lagi satu contoh nak bagi kat makcik. Google. Tau Google tu ape? Mesti tersengguk-sengguk makcik ni kalau aku tanya apa itu Google. Ntah ape la jawapan makcik agaknya. Aku imagine makcik ni jawab macam nie, 'alaaaa, Google tu yang kita guna kat intenet tuuuu, yang kalau kita nak cari maklumat tuuu.' Heh! Daripada 5 markah, aku bagi 2 markah jer. Google tu makcik merupakan enjin pencarian. Dua perkataan untuk 5 markah!

Ok makcik ye. Untuk pengetahuan makcik, Google ni pun dicetuskan oleh Larry Parge dan Sergey Brin pada ketika mereka sedang menuntut sebagai mahasiswa PhD di Stanford University. Nak cerita pasal kaya tak kaya nyer dorang sekarang nie, molek la kiranya makcik cari sendiri info guna Google tu ye.

So makcik. Sekarang macam mana? Dah sedar tentang kuasa orang-orang macam saya nie. Kami guna jari jer tau kat keyboard untuk kaya.

Walaupun tak minat sangat dengan dunia IT nie, tapi itu tidak bermakna ada sesiapa yang boleh mempertikaikan arah tuju orang-orang macam kami nie. Kalau PC kena virus, menggelabah jugak cari golongan kami kan. Jaga-jaga tau makcik, kami boleh hasilkan virus ringan untuk porak-perandakan sistem kat jabatan makcik nanti. Masa tu kita tengokla siapa akan cari siapa.

Jadi renung-renungkan la. Dan selamat beramal.

Wednesday, July 28, 2010

niat dihati

Sebenarnya ada niat nak memperlihatkan latar belakang iT aku kat blog nie. Tapi, tunggu la dulu. Sampai seru nanti mesti aku akan lebih serius dengan dunia blog nie. InsyaAllah.

Sejak aku mula berblog, aku lebih puas untuk menyuarakan rasa hati. Maknanya aku lebih utamakan isi entri daripada design. Jadi, dengan berpendirian begitu, aku menganggap orang yang tak jemu singgah di blog nie adalah orang yang betul-betul nak tau apa kisah aku.

Semua design tu penting jugak tapi bukan paling utama kot. Sangat kurang bersetuju dengan komen seseorang tentang blog Kak Fina. Warna-warni? Helooooo. Aku belajar web design dan satu prinsip good design ialah TAK BOLEH warna warni. Kami akan gelar web yang penuh color yang tak-match-langsung ni as BAD DESIGN. Mostly budak iT tau tu. Jadi berjaga-jaga dalam memberi komen tentang design web sebab saya akan MENILAI diri kamu.

Awas yah! Ceh. Mengugut.

Banyak idea nak bangunkan blog nie. Semua benda nak di tukar kalau boleh. Tapi tulah, tak-berapa-nak-boleh. Boleh sebenarnya cuma ilmu tu saja yang kurang.

Masih mencari idea yang terbaik dan design yang boleh puaskan hati. Memang aku susah nak berpuas hati. Tengok jer la background blog nie asyik tukar.

Kadang-kadang sekodeng blog orang untuk tengok gadget-gadget yang orang tu letak. Penting ker tak? Tu semua kena diambik kira sebenarnya. Bergantung kepada tujuan kita ber-blog.


Monday, July 26, 2010

if one day...


  • Pukul 4 petang. Esok ada seminar ICT kat Prominade Hotel.
  • Cuaca mendung kat sini. Sejuk. Tadi berlari-lari dalam hujan dengan Rahma.
  • Yaya mengadu something. I hope I can be there to listen. Just to listen. You can do it Yaya. Macam selalu. Strong enoughhh just like your mother.
Okeh la Yaya. Ni poem untuk awak;

If one day you feel like crying..Call me.
I don't promise that I will make you laugh,
But I can cry with you.

If one day you want to run away
Don't be afraid to call me.
I don't promise to ask you to stop...
But I can run with you.

If one day you don't want to listen to anyone...Call me
I promise to be there.
And I promise to be very quite.


Sweet September kan?

dengarnya...aku sombong

Kadang-kadang orang macam aku tak suka banyak cakap. Suka diam dan menyepi tiba-tiba. Ramai yang mengaku pada aku secara terang-terangan, bila aku tak senyum, bila tak cakap dan bila tengah focus baca buku atau mengadap labtop, muka aku nampak ketattt.

Aku tak suka lepaskan moody depan public. Korang mesti pernah ada kawan yang suka banyak cakap then suddenly bila dia moody dia akan tarik muka dan mengganas sikit-sikit. Pernah tak? Mostly kan. Sebab tu aku tak suka nak tarik muka depan kawan-kawan tak tentu pasal. Apa kes la kan. Nak tarik perhatian pun, helooo agak-agakla. Kalau you tak pernah penting dalam hidup I, jangan nak buang tebiat ok. I takkan pujuk. Paling jahat pun akan buat bodoh dan cakap dalam hati, ‘lantak-kau-lah!’.Cewah marah.

Dah agak melalut dah nie. Ok balik cerita tadi. Memang la aku muka seriuss. Kalau tanya 10 orang, mesti 9 orang tu akan cakap aku sombong. Gerenti. Ada jugak yang cakap aku garang. Eak? Betul lah kot.

Ada sorang budak lelaki ex-classmate form 6 aku nie tak berapa nak close dengan aku. Iyalah, no point la jugak nak tanya apasal kita tak close kan. Tak tefikir punn. Tapi aku ingat lagi aku rapat dengan Wadi dan Din. Duduk dikelilingi dengan lelaki macam Jimmy, Aswan dan Putra memang syok. Terasa diri ini umpama bidadari yang dikelilingi bidadara-bidadara kayangan Iltizam. Sila ke sinki atau longkang yang berhampiran untuk muntah.

Ada sorang nie nama dia Ridzwan. Dia la budak yang aku maksudkan tadi. Kami ada la jugak menyembang. Tapi boleh kira dengan jari kanan kita saja banyak nya. Ada jugak perasan kedinginan dia tu tapi macam yang aku cakap tadi, tak tefikir pun ada sebab. Last-last aku dapat tau dari Sha. Ada something yang Sha bagitau pasal satu peristiwa kecil sahaja tapi cukup buat aku merenung menginsafi kekhilafan diri. Ceh beriye nye. Masa Sha bagitau tu, sounds like Ridwan tak berapa masuk-tiun kalau dengan aku. Start dari hari tu, bila cakap dengan dia aku akan pastikan muka aku ikhlas seikhlas ikhlasnyaaaa. Sampai macam tu sekali aku terpaksa buat untuk fahamkan kau yang aku friendly orangnya wahai Ridzwan. Then lama-lama tu, aku rasa kami dah ok. Dia pun bila cakap dah confident dari kebiasaan sebelumnya.

Benda bila kita buat bukan pada watak sendiri takkan kekal. Nak nak lagi kalau kita aim pada satu-satu perkara sahaja. Kenapa aku cakap macam nie? Sebab naik universiti waktu sem satu, aku selalu dengan Din. Din nie pulak selalu introduce aku as adik dia dengan semua kawan-kawan dia. Termasuk kawan-kawan Palapes yang coursemate dengan kami, Gafar.

Aku ingat lagi masa kelas Basic Programming, aku, Din dan Gafar dan yang lain-lain yang tak penting pun wataknya dalam entri nie dapat group kelas yang sama. Kelas tu ada lab tapi aku dan Din tak satu kelas untuk lab class. Hari pertama lab class aku agak kepenatan mencari kelas lab tu. Maklum la budak sem satu. Time tu pulak lab class start pukul 2 pm. Dah sedikit lewat tapi masih tak jumpa kelas tu kat mana. Finallny jumpa jugak and nampak dah ramai student tunggu kat depan pintu lab class tu. Syukur student kelas before tak keluar lagi, so aku berdiri menyandar kat dinding sebab keletihan. Si Gafar ni nampak aku terus tegur, ‘Eh awak adik Din kan..?’. Dalam keadaan penat aku just mengangguk dan tak senyum pun. Remember macam mana muka aku bila tak senyum? Tak sempat nak melayan cerita panjang Gafar, aku nampak student dah berpusu-pusu masuk kelas. Aku pun apa lagi, terus blah macam tu jer.

Tak lama after kejadian tu. Din bagitau aku yang Gafar cakap kat dia macam nie, ‘Adik kau tu sombong la.’ Aku pun mengimbas balik hari kejadian dan menerangkan pada Din. Disebabkan aku rasa aku yang salah walaupun tak berniat untuk itu, aku mintak number phone Gafar dari Din tapi Din tak bagi. Apesal ntah.

Minggu yang seterusnya dalam class lab aku tengok Gafar buat dono jer dengan aku. Bila aku dekat pun dia buat-buat tak tau saja. Ish, rasa macam nak sepak pun ada mamat nie. Tapi aku diam jer. Minggu demi minggu still macam tu.

Ada sekali ni, PC yang dia guna kat dalam class lab tu problem. Tak dapat nak detect pendrive dia. Since dia duduk betul-betul depan meja aku and aku plak terdengar dia mengadu kat kawan-kawan sebelah meja dia, dengan tak semena-mena aku menjenguk dan bertanya, ‘Kenapa?’. Dia pun menjawab, ‘PC nie tak boleh detect pendrive’. Aku balas, ‘cuba refresh’. Laju jer dia jawab, ‘Dah tapi tak boleh jugak.’ Dia siap demo lagi kat aku. Memang betul-betul problem PC tu. Aku dah lupa macam mana kami solve problem tu tapi yang aku paling ingat, situasi itu la yang solve problem jumpa-buat-dono-jer antara kami.

Lepas dari situ, kami dah ok sampai sekarang walaupun takdala close sangat sebab aku dengan dia tak satu majoring. Dia dengan Din majoring IT Management.

Ada lagi banyak kes menyebabkan aku free-free jer kena cop sombong. Tapi takda sampai nak mengamuk kan. Buang masa jer. Lagipun biasa la kalau budak cute kan, selalu jer orang kata sombong bila tak kena layan. Okeh. Sila muntah lagi. :p

Aku kelakar laa. Suka buat lawak serabai. Mulut pun boleh tahan laser jugak. Nasib baik dahi aku tak cukup besar untuk aku tulis, ‘Saya tak sombong. Saya tak senyum pun, kenapa awak nak kesah.’ Huh!

Thursday, July 22, 2010

...in touch

Masih lagi dalam tempoh honeymoon di office. Server still tak ok lagi. Penyelia aku cuti. Jadi, penyelia cuti equal to server takkan ok.

Ok peoples. Tak banyak cerita nak dikongsi disini. Yang remeh temeh sahaja. Tak baca pun tak apa. (Eleh macam la orang kisah sangat pun kan.)

Ouwh adik ipar tak-rasmiku Iqtiyani Bashir, siapa Ibnu Umar? Jeng jeng jeng. Pewittt! Itu khabar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa kejap tadi. Tak kisah la dik. Kebahagian adalah hak milik setiap insan. Macam pernah dengar tag line nie, tapi dimana yaah?

Kadang-kadang aku rasa jasad aku masih tertinggal di DPP SME Bank tu. Apakah. Ada saja berita dari sana setiap minggu.

Keep in touch kata orang putih.

Baru-baru nie merancang untuk bercuti-cuti Malaysia ke Ranau atau lebih spesifik lagi Kinapulidan. Lokasi Baksis kami hari tu. Ingat lagi? Tak ingat??? Sah kau banyak makan semutt. Ihiks. =p

Sibuk la aku mengajak kaum kerabat angkat dengan girang hati lagi tuh. Malam tadi baru teringat yang aku ada janji nak join program lain pada ketetapan bulan yang sama. See. Aku pun banyak makan semut kan. Mengata dulanggg. Huh!

Seriusnya, memang la nak bertandang lagi ke sana since mak angkat pun mengalu-alukan kunjungan kami. Since rombongan cuti-cuti keluarga mak angkat yang merancang nak datang Tawau bulan lepas tak jadi sebab masalah kesihatan bapak angkat. Syukur, bapak angkat dah kembali walafiat sekarang.

Terpaksa membuat pengumuman sekali lagi, '...setelah diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia, makan dengan ini patik mengisyhtiharkan, rancangan cuti-cuti Malaysia kita telah dibatalkan.' Ulang suara. Eh teringat bila selalu buat anouncment kat kolej dulu.

Okeh Yani. Selamat pengantin baru yah. Kepada kaum kerabat angkat, Kak Dayah, Dolly, Cuya, Linda dan Yat dannnn sepupu angkat tersayang, Kak Fina (eh iya ka jugak nieh? (-_-") ), tak jadi la kot plan kita tuh. Tapi korang still boleh on jer. Dolly kan ada.

Mau pegi Milimewa dulu. Beli barang. Babai.

Wednesday, July 21, 2010

sweet stress

Selamat pagiiii teman adik disini. (Nyanyi dulu dengan nada-nada keriangan). Hari nie tak tau nak buat apa. Server still tak ok lagi. Semuanya tergendala. Tapi insyaAllah akan kembali pulih hari ini. Oh tolongla hari ni sebab aku bosan duduk online saje-saje kat sini. Kalau tak ok jugakkk, hemmm maka aku akan cuba menyiapkan final report untuk chapter tertentu.

Ada janji hari nie nak jumpa Sha. Setelah sekian lamaaa. Dia ada job untuk aku. Bagus la tu sebab aku sudah mula rindu pada KESIBUKAN. Memang betul la dengan pepatah nie 'Hidup tanpa tekanan juga merupakan satu tekanan'. Tak sabar nak jumpa Sha yang tengah pregnant sekarang nie. (-_-").

Kemarin masa on the way balik kerja nak ke stesen bas, aku rasa aku nampak Amy. Aku yakin sangat itu dia. Lagipun dia ada mention kat FB yang dia ada event kat area tu. Tapi tak berani nak jumpa. Tak tau nak cakap apa.

Perubahan yang tak mampu telus dengan penerimaan masih lagi seperti dulu. Er. Aku rasa anda tak faham maksud saya. Stress.


Monday, July 19, 2010

that day

Perasan tak, perasan tak nie entri yang ketiga untuk hari ni? Sebaaaab aku takda kerja nak buat kat ofice nie.

Okeh.

Tahun lepas masa aku sedang dalam bas dengan seorang kawan nie, kami dengar lagu yang katanya sangat menyentuh hatinya.

Setiba dipersimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula disaat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang dihati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Aku still ingat kata-kata dia. Kata-kata orang tengah kecewa. Time tu, muka dia sangat confius dengan perasaan sendiri. Aku rasa dia sendiri tak tau apa yang dia nak. Menerima tapi tak memberi bukan cinta namanya dear. Kau cuma terlalu kecewa dan mengikut perasaan.

Kau kata kau bahagia? Boleh aku tanya, apa makna bahagia mengikut fahaman kau? Boleh? Sila jawab.

Kau tak bahagia tapi kau tak rasa kau tengah derita.

Sebagai kawan, aku just boleh berdiri jauh-jauh. Antara kita kan ada gap. Lupa kah?

Aku dah tak concern cuma teringat balik sesuatu yang kalau-kalau aku boleh betulkan, rasa bersalah tu tetap menerpa.

Apapun, kita tunggu-kita lihat.




mahu tapi taknak la

First, nak senyum dulu. Hee. Baru lepas baca blog Kak Fina. Tengah makan-makan snack sambil membaca dan awal-awal dah nampak nama aku kat situuu. Terbuka luas sedikit mata nie. Let me guess Kak Fina. Mesti nak cakap pasal statement anak sulung tu eark? Kan? Kan? Betul tak? Betul kan?

Lepas aku baca blog Kak Fina, baru nampak dia link kan dekat FB. Aku senyum umpama cakap dalam hati, 'Mesti aku orang pertama yang baca entri tadi...' Harus ka? Ngeee.

Kenapa aku tak jadi macam Kak Fina dan blogger lain yang berani nak link? Aku tak berani weh. Tapi takda apa yang nak ditakutkan pun kan. Ntahla. Lately, ramai sangat yang mengaku baca blog ni. Silent readers. Dah baca, jangan mengaku tak boleh ker? Segannnn. Eleh dalam segan-segan tu, hati berbunga-bunga jugak kan bila orang puji-puji. Hiks!

Aida pernah cakap, 'keep bloging k dear, it suits u...'. I know. I know. Memang punnn. Bhaaaha.

Aku takda keyakinan macam yang Kak Fina ada. Mungkin jugak takda keistimewaan macam yang Kak Fina ada. Atauuuu mungkin matlamat kita ber-blog tak sama. Tapi kan, aku nak jugak jadi macam Kak Fina. Eh macam mana tu?

Kak Fina sihat? Bagusla kalau begitu. Saya pun sihattt. =)

... of chilhood


Zaman kanak-kanak yang penuh warna-warna ceria. Aku membesar dengan dua orang adik lelaki. Dengan tiga orang sepupu lelaki. Dulu selalu ada musim permainan. Macam-macam permainan dalam setahun. Ada musim layang-layang. Musim guli. Ingat lagi, pernah ada koleksi guli sampai satu balang besar. Kadang-kadang ada musim tangkap belalang. Semak belukar aku redah gara-gara nak cari belalang paling besar. Kelakar kan? Jangan heran kalau perwatakan aku agak kasar.

Kecik-kecik lagi dah pernah kena gossip dengan sorang budak lelaki nie. Dia jiran sebelah rumah. Kitorang satu kelas sejak darjah satu sampai darjah enam. Biasa la zaman kanak-kanak. Fazlan nama budak tu. Lucu kalau ingat. Sekarang dah tak jumpa dia lagi sebab dah pindah rumah.

Zaman kanak-kanak aku femes dengan cerita power rangers. Adik lelaki aku yang dua orang tu pilih power rangers biru dengan merah. Aku pulak berangan jadi power rangers pink. Sebab power rangers kuning selalunya kulit gelap. Tak cantik. Kalau pink, pelakon dia kulit putih. Cantik. Heh!

Aku tak suka main anak patung. Bukan tak pernah ada anak patung. For sure la mak bapak akan belikan anak patung, pinggan mangkuk mainan dan macam-macam lagi la permainan budak perempuan. Tapi lebih minat main yang kasar-kasar. Main kejar-kejar. Panjat pokok mangga orang. Baling buah kedondong. No wonder la kalau waktu kecil kulit memang rentung wooo.

Aku pernah terpijak serpihan kaca kat kaki masa tengah panjat dekat tiang bawah rumah orang. Padahnya, kaki berdarah dan luka besar.

First exam darjah satu aku dapat number corot. Teka number berapa? Ahaks. Number 35 daripada 44 orang. Sampai sekarang aku tak lupa number tu. Seingat aku, prestasi aku yang paling baik masa sekolah rendah pun dapat tempat ke-5.

Naik sekolah menengah baru la sedar diri. Baru sedar tentang ilmu. Ada sesuatu yang membakar semangat tapi aku tak ready lagi nak cerita. Sampai la aku pernah dapat tempat pertama dalam kelas. Puas hati aku.

Sekarang aku dah dewasa. Zaman kanak-kanak dah lama aku tinggalkan. Aku tengok dua orang adik perempuan aku. Ila dan Ira. Dua orang anak yang paling dimanja. Paling cloze dengan bapak aku. Dan paling banyak menghabiskan harta kat rumah. Nenek aku pernah cakap yang aku la anak perempuan bapak yang tak banyak merungut. Ambil apa yang diberi. Kalau tak diberi, aku tak kata apa. Nenek aku yang cakap ye bukan aku. Wekk.

Dilahirkan sebagai anak sulung menjadikan aku cepat matang dan ada sifat kepimpinan semulajadi. Tengok jer la kat mana-mana. Anak sulung selalunya ada perangai nak mengarah. Nak mengatur. Dan independent. Kadang-kadang keras kepala dan selalu rasa diri betul. Tak suka mengalah. Mostly la tapi TAK semua. Bergantung kepada cara dia dibentuk jugak. Betul kan para anak-anak sulung sedunia? Saya tau anda sedang mengangguk sekarang.

Baik la. Maggie sudah kambang. Babai.

Friday, July 16, 2010

nothing serious

Hari nie gatal tangan menukar Relationship Status dekat FB. Aku letak It's complicated. Pastu terus dapat komen sana-sini. Siah siap offer diri nak dengar masalah aku. Yang si Yani sibuk nak tengok gambar bf aku. Geli hati dengan respon korang.

Actually, server kena serangan virus. Aktiviti program tak dapat diteruskan. Duduk saje-saje goyang kaki kat meja. Boring dan gatal tangan klik sana, klik sini.

Ada sebab aku tukar status. Memang ADA sebab tapi tak perlula korang nak complicated kan kepala jugak. Terima kasih sebab concern tapi make it easy guys.

Thursday, July 15, 2010

(n_n)

Curi masa untuk update sebentar. Aku kan pekerja paling rajin dalam ofice nie. Tengok jer la punch card I. Takda yang merah tau.

Baru habis delete entri-entri yang buat-aku-rasa-bodoh. Kalau you all bijak, cuba la teka. Kalau bijakkk.

Aku tak tau kenapa aku rasa tak fokus nak menulis sejak kebelakangan nie. Aku ada cerita tapiiii aku raca cam takda mood sikit nak menulis. Aku tak tau kenapaa.

Kalau perasan la, tulisan aku agak membosankan kan?

See.

Tuesday, July 13, 2010

saat pertama kali kita

Malam tu ada perjumpaan antara JPM dengan penghuni blok E, G dan H. Malam tu aku termasuk dalam kalangan JPM. Sesi memperkenalkan barisan JPM baru dan perlantikan ketua blok serta ahli jawatankuasa blok. Aku berdiri betul-betul kat bawah tiang lampu gelanggang badminton membelakang dengan parkir kereta.

Aku nampak wajah-wajah yang memang aku dah sedia kenal. Macam Amy dan Afni. Then aku nampak dia dengan muka yang polos duduk kat belakang. Sebelum tu masa dia perkenalkan diri, aku rasa (eh bukan aku sorang tapi kami semua rasa) lucu. Sebab perangai dia yang spontan.

Thennn, aku dengan Yue dan yang lain-lain duduk kat kerusi batu bawah rumah Pn. Mala felo blok G. Kami menyembang. Aku argue something. Dia jawab bersahaja. Tapi cara dia tu buat semua yang ada kat meja tu rasa kelakar. Walaupun baru kenal hanya pada ketika itu, kami semua dah boleh bergelak ketawa sama-sama.

Tapi masa tuuuu, persahabatan diantara kami semua ibarat kain putih yang belum ada corak dan warna. Masa yang berlalu memerangkap kami dalam konflik yang tidak berpintu keluar. Sepanjang saat itu, masing-masing cuba mengawal apa yang sudah sedia berombak supaya tak ada yang rasa terpukul.


my table
















Ok nie meja aku kat ofice. Ada masalah system? Ada? Ok takpe. Duduk dulu. Kita bincang.

Monday, July 12, 2010

fikirkan boleh

Lagu nie sangat memberi motivasi pada aku dan pada orang lain yang tau mendalami makna setiap bait-bait liriknyaa.

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaula apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh!

Okeyh peoples. Fikirkan boleh yahh. If you not quit you'll make it!

Wednesday, July 7, 2010

...because I never know

Happy Bestday Emellia

First nak nyanyi dulu. Dengar eak. Dengar eak.

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Emellia
Allah selamatkan kamu

Semoga panjang umur dan yang baik berterusan.

Sepanjang 3 tahun kat UUM, aku tak pernah nak ingat tarikh 3 Julai tu. Aku tau tarikh harijadi kau tapi tak pernah ingat tepat pada saatnya untuk wish. Kalau wish pun, mesti ada orang yang ingatkan. Apalagi untuk jadi orang pertama yang wish. Never.

Tapi kau tak pernah lupa 10 September aku. My bad. Pardon me.

Amy, aku takda kek harijadi untuk kau. Aku takda hadiah untuk kau. Seperti tahun-tahun yang sudah. Takda. Tapi aku rasa aku ada cerita tentang kita. Our friendship sejak semester satu. Kita ada Kak Long dan Dik Ija. Kita pernah ada Syikin. Dah terlalu banyak kita lakar memori.

Kalau diingat-ingat balik, aku ada ramai kawan. Kawan rapat. Datang dan pergi. Datang dan menyakiti. Datang dan aku mula membenci.

Kita? Terkadang aku melukai. Terkadang aku pula yang disakiti. Tapi kita memilih untuk buat tak endah. Membiarkan masa menyambung cerita. Kalau dingin punnnn, lama-lama ok balik macam tak pernah jadi.

Komitmen kau pada aku. Kau sepatutnya aku letak ditempat yang paling hampir dengan kepentingan aku. Kalau saja ada waktu untuk kita ulang lagi, aku janji akan bagi peluang tu pada kita.

Banyak lagi aku nak cakap. Sikap kau yang selalu menimbulkan tanda soal. Perkara-perkara yang terjadi yang melibatkan kau dan hubungan persahabatan antara kita dengan yang lain. Terkadang perkara sebegitu memaksa aku menutup telinga.

Jika kau dipihak yang benar, aku harap aku ada satu keyakinan untuk membela kau. Tapi sekiranya masih perlu keadilan untuk aku menyedarkan kau atas dasar teguran sesama teman, aku akan lakukan itu seadilnya dengan pertimbangan akal rasionalku.

Aku percaya hati kau tidak sekeras mana. Kedegilan kau masih berpaut pada ranting hati seorang gadis yang ampuh. Itu hakikat. Jangan cuba menafikan.

Ok. Sekian cerita di atas. (n_n)

Bila aku bukak blog. aku tersedar something. Dengan sinis aku ketawa mengejek pada dia. Seorang perempuan yang rupa-rupanya masih membaca blog ini. Heh! Kau yang bernama perempuan talam dua tiga muka. Jangan kau harap ada namamu disini. Terlalu ramai insan yang kujadikan teman, ternyata kau kaca yang paling tidak bernilai. Mulut macam L-O-N-G-K-A-N-G. Longkang.

Kau manusia yang pernah menikam aku dari belakang dengan kata nista mu. Sungguh. Ketika aku mula sedar itu, kau sudah jauh ku buang. Andai aku perlu senaraikan perkara terburuk yang paling aku kesali sepanjang riwayat ini, pasti MENGENALIMU yang kutulis paling atas.

Sampai sekarang aku rasa, aku teramat bodoh sebab membiarkan kau dan aku pernah berkawan akrab. BODOH.

....sebab aku tak pernah tahu.


Tuesday, July 6, 2010

Adam was my dream


Aku rasa sebelum nie aku pernah bagitau yang aku akan ‘tercuit’ setiap kali dengar nama Adam betul?

Tahun lepas, boleh dikatakan satu Malaya mengikuti drama bersiri Nur Kasih. Aku suka jalan cerita yang berbentuk Islamic disamping menggunakan nama Adam yang berperwatakan ala-ala maskulin dan gentleman.

Tapi tu tak kesah lagi. After tu banyak jugak drama yang guna nama Adam sebagai watak dalam cerita. Kebanyakkannya pegang watak hero lagi plus hensem-hensem. Owh memang la. Yang bernama Adam jarang yang tak hensem. Ahaks.

Dalam tahun nie, satu lagi drama bersiri bertajuk AdaMaya disiarkan menerusi TV3 jam 6.30 petang sampai 7.30 petang. Aku tak ikut cerita nie dari episode awal. Masa sedar ada cerita tu pun, seingat aku time tu tengah lepak kat bilik JPM. Then, ikut la jugak cerita tu walaupun kadang-kadang ter-mis beberapa episod sebab kesibukan exam dan urusan BAKSIS pada waktu kejadian. (Tetibe plak guna perkataan ‘waktu-kejadian’. Sengal.)

Ingat lagi, si Diah siap ambik cerita tu kat YouTube kalau ada episode yang dia terlepas. Walaupun aku suka cerita tu, tapi takda la excited sampai macam tu sekali. Eh jap. Bukan tak excited cuma malas nak ber-KauTiub. (Pinjam perkataan YouTube yang telah dibahasa dusunkan oleh Kak Fina). Jadinya aku selalu dengar Diah cerita kat aku perkembangan cerita tu. Aku tolong tadah telinga jer.

Apa yang penting, watak Adam kat dalam cerita tu memang perfect! Cukup serba-serbi untuk dijadikan seorang suami.

Sebenarnya nak bagitau nie, ada satu hari tu, aku godek-godek labtop adik aku. Pastu terjumpa cerita AdaMaya nie dari episode 1 sampai la episode 23. Jadi apalagi, aku pun laju la transfer ke labtop aku dan menonton dengan penuh semangatnya. Ambik masa beberapa hari jugak untuk habiskan tengok cerita tu.

Paling sedih time episode kecurangan Maya dalam cerita tu dan ketabahan Adam mengharungi gelora rumah tangganya. Ada sekali tu, rasa sebab plak tengok cerita tu. Ini memang kes menghayati sangattt nie.

Alahai beruntungnya la kalau ada lelaki yang betul-betul macam tu. Yang sanggup butakan mata melihat kecurangan isteri. Kalau tak dapat Adam macam kat AdaMaya, dapat Adam Hasan dalam cerita Nur Kasih pun ok jugak.Tapi tak sanggupla kot nak digantung tak bertali dan dimadukan tanpa sedar. Dan aku rasa aku bukan la Nur Amina yang tabah.

Masih aku tersenyum dengan nama itu. Adam. Nama awak ada dimana-mana. Tapi aku masih senyum sebab kita teman yang setia dengan cerita lama.