Aku rasa sebelum nie aku pernah bagitau yang aku akan ‘tercuit’ setiap kali dengar nama Adam betul?
Tahun lepas, boleh dikatakan satu Malaya mengikuti drama bersiri Nur Kasih. Aku suka jalan cerita yang berbentuk Islamic disamping menggunakan nama Adam yang berperwatakan ala-ala maskulin dan gentleman.
Tapi tu tak kesah lagi. After tu banyak jugak drama yang guna nama Adam sebagai watak dalam cerita. Kebanyakkannya pegang watak hero lagi plus hensem-hensem. Owh memang la. Yang bernama Adam jarang yang tak hensem. Ahaks.
Dalam tahun nie, satu lagi drama bersiri bertajuk AdaMaya disiarkan menerusi TV3 jam 6.30 petang sampai 7.30 petang. Aku tak ikut cerita nie dari episode awal. Masa sedar ada cerita tu pun, seingat aku time tu tengah lepak kat bilik JPM. Then, ikut la jugak cerita tu walaupun kadang-kadang ter-mis beberapa episod sebab kesibukan exam dan urusan BAKSIS pada waktu kejadian. (Tetibe plak guna perkataan ‘waktu-kejadian’. Sengal.)
Ingat lagi, si Diah siap ambik cerita tu kat YouTube kalau ada episode yang dia terlepas. Walaupun aku suka cerita tu, tapi takda la excited sampai macam tu sekali. Eh jap. Bukan tak excited cuma malas nak ber-KauTiub. (Pinjam perkataan YouTube yang telah dibahasa dusunkan oleh Kak Fina). Jadinya aku selalu dengar Diah cerita kat aku perkembangan cerita tu. Aku tolong tadah telinga jer.
Apa yang penting, watak Adam kat dalam cerita tu memang perfect! Cukup serba-serbi untuk dijadikan seorang suami.
Sebenarnya nak bagitau nie, ada satu hari tu, aku godek-godek labtop adik aku. Pastu terjumpa cerita AdaMaya nie dari episode 1 sampai la episode 23. Jadi apalagi, aku pun laju la transfer ke labtop aku dan menonton dengan penuh semangatnya. Ambik masa beberapa hari jugak untuk habiskan tengok cerita tu.
Paling sedih time episode kecurangan Maya dalam cerita tu dan ketabahan Adam mengharungi gelora rumah tangganya. Ada sekali tu, rasa sebab plak tengok cerita tu. Ini memang kes menghayati sangattt nie.
Alahai beruntungnya la kalau ada lelaki yang betul-betul macam tu. Yang sanggup butakan mata melihat kecurangan isteri. Kalau tak dapat Adam macam kat AdaMaya, dapat Adam Hasan dalam cerita Nur Kasih pun ok jugak.Tapi tak sanggupla kot nak digantung tak bertali dan dimadukan tanpa sedar. Dan aku rasa aku bukan la Nur Amina yang tabah.
Masih aku tersenyum dengan nama itu. Adam. Nama awak ada dimana-mana. Tapi aku masih senyum sebab kita teman yang setia dengan cerita lama.
No comments:
Post a Comment