Monday, July 26, 2010

dengarnya...aku sombong

Kadang-kadang orang macam aku tak suka banyak cakap. Suka diam dan menyepi tiba-tiba. Ramai yang mengaku pada aku secara terang-terangan, bila aku tak senyum, bila tak cakap dan bila tengah focus baca buku atau mengadap labtop, muka aku nampak ketattt.

Aku tak suka lepaskan moody depan public. Korang mesti pernah ada kawan yang suka banyak cakap then suddenly bila dia moody dia akan tarik muka dan mengganas sikit-sikit. Pernah tak? Mostly kan. Sebab tu aku tak suka nak tarik muka depan kawan-kawan tak tentu pasal. Apa kes la kan. Nak tarik perhatian pun, helooo agak-agakla. Kalau you tak pernah penting dalam hidup I, jangan nak buang tebiat ok. I takkan pujuk. Paling jahat pun akan buat bodoh dan cakap dalam hati, ‘lantak-kau-lah!’.Cewah marah.

Dah agak melalut dah nie. Ok balik cerita tadi. Memang la aku muka seriuss. Kalau tanya 10 orang, mesti 9 orang tu akan cakap aku sombong. Gerenti. Ada jugak yang cakap aku garang. Eak? Betul lah kot.

Ada sorang budak lelaki ex-classmate form 6 aku nie tak berapa nak close dengan aku. Iyalah, no point la jugak nak tanya apasal kita tak close kan. Tak tefikir punn. Tapi aku ingat lagi aku rapat dengan Wadi dan Din. Duduk dikelilingi dengan lelaki macam Jimmy, Aswan dan Putra memang syok. Terasa diri ini umpama bidadari yang dikelilingi bidadara-bidadara kayangan Iltizam. Sila ke sinki atau longkang yang berhampiran untuk muntah.

Ada sorang nie nama dia Ridzwan. Dia la budak yang aku maksudkan tadi. Kami ada la jugak menyembang. Tapi boleh kira dengan jari kanan kita saja banyak nya. Ada jugak perasan kedinginan dia tu tapi macam yang aku cakap tadi, tak tefikir pun ada sebab. Last-last aku dapat tau dari Sha. Ada something yang Sha bagitau pasal satu peristiwa kecil sahaja tapi cukup buat aku merenung menginsafi kekhilafan diri. Ceh beriye nye. Masa Sha bagitau tu, sounds like Ridwan tak berapa masuk-tiun kalau dengan aku. Start dari hari tu, bila cakap dengan dia aku akan pastikan muka aku ikhlas seikhlas ikhlasnyaaaa. Sampai macam tu sekali aku terpaksa buat untuk fahamkan kau yang aku friendly orangnya wahai Ridzwan. Then lama-lama tu, aku rasa kami dah ok. Dia pun bila cakap dah confident dari kebiasaan sebelumnya.

Benda bila kita buat bukan pada watak sendiri takkan kekal. Nak nak lagi kalau kita aim pada satu-satu perkara sahaja. Kenapa aku cakap macam nie? Sebab naik universiti waktu sem satu, aku selalu dengan Din. Din nie pulak selalu introduce aku as adik dia dengan semua kawan-kawan dia. Termasuk kawan-kawan Palapes yang coursemate dengan kami, Gafar.

Aku ingat lagi masa kelas Basic Programming, aku, Din dan Gafar dan yang lain-lain yang tak penting pun wataknya dalam entri nie dapat group kelas yang sama. Kelas tu ada lab tapi aku dan Din tak satu kelas untuk lab class. Hari pertama lab class aku agak kepenatan mencari kelas lab tu. Maklum la budak sem satu. Time tu pulak lab class start pukul 2 pm. Dah sedikit lewat tapi masih tak jumpa kelas tu kat mana. Finallny jumpa jugak and nampak dah ramai student tunggu kat depan pintu lab class tu. Syukur student kelas before tak keluar lagi, so aku berdiri menyandar kat dinding sebab keletihan. Si Gafar ni nampak aku terus tegur, ‘Eh awak adik Din kan..?’. Dalam keadaan penat aku just mengangguk dan tak senyum pun. Remember macam mana muka aku bila tak senyum? Tak sempat nak melayan cerita panjang Gafar, aku nampak student dah berpusu-pusu masuk kelas. Aku pun apa lagi, terus blah macam tu jer.

Tak lama after kejadian tu. Din bagitau aku yang Gafar cakap kat dia macam nie, ‘Adik kau tu sombong la.’ Aku pun mengimbas balik hari kejadian dan menerangkan pada Din. Disebabkan aku rasa aku yang salah walaupun tak berniat untuk itu, aku mintak number phone Gafar dari Din tapi Din tak bagi. Apesal ntah.

Minggu yang seterusnya dalam class lab aku tengok Gafar buat dono jer dengan aku. Bila aku dekat pun dia buat-buat tak tau saja. Ish, rasa macam nak sepak pun ada mamat nie. Tapi aku diam jer. Minggu demi minggu still macam tu.

Ada sekali ni, PC yang dia guna kat dalam class lab tu problem. Tak dapat nak detect pendrive dia. Since dia duduk betul-betul depan meja aku and aku plak terdengar dia mengadu kat kawan-kawan sebelah meja dia, dengan tak semena-mena aku menjenguk dan bertanya, ‘Kenapa?’. Dia pun menjawab, ‘PC nie tak boleh detect pendrive’. Aku balas, ‘cuba refresh’. Laju jer dia jawab, ‘Dah tapi tak boleh jugak.’ Dia siap demo lagi kat aku. Memang betul-betul problem PC tu. Aku dah lupa macam mana kami solve problem tu tapi yang aku paling ingat, situasi itu la yang solve problem jumpa-buat-dono-jer antara kami.

Lepas dari situ, kami dah ok sampai sekarang walaupun takdala close sangat sebab aku dengan dia tak satu majoring. Dia dengan Din majoring IT Management.

Ada lagi banyak kes menyebabkan aku free-free jer kena cop sombong. Tapi takda sampai nak mengamuk kan. Buang masa jer. Lagipun biasa la kalau budak cute kan, selalu jer orang kata sombong bila tak kena layan. Okeh. Sila muntah lagi. :p

Aku kelakar laa. Suka buat lawak serabai. Mulut pun boleh tahan laser jugak. Nasib baik dahi aku tak cukup besar untuk aku tulis, ‘Saya tak sombong. Saya tak senyum pun, kenapa awak nak kesah.’ Huh!

1 comment:

  1. ramai orang kata kite sombong hakikatnya mereka belum mengenal siapa kite. bukan menyombong namun meletakkan satu halangan antara yang dikenali dan tidak dikenali agar tidak dilabelkan perempuan yang tak tahu malu. atas sifat malu la kite perempuan akan menyombong sedikit! lebih kalau hati dah berpaut malu teramat sangat2 dgn sidiakan yulie sayang.. kamu bukan sombong tp bukti kamu perempuan yg tahu malu!

    ReplyDelete