Wednesday, July 7, 2010

...because I never know

Happy Bestday Emellia

First nak nyanyi dulu. Dengar eak. Dengar eak.

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Emellia
Allah selamatkan kamu

Semoga panjang umur dan yang baik berterusan.

Sepanjang 3 tahun kat UUM, aku tak pernah nak ingat tarikh 3 Julai tu. Aku tau tarikh harijadi kau tapi tak pernah ingat tepat pada saatnya untuk wish. Kalau wish pun, mesti ada orang yang ingatkan. Apalagi untuk jadi orang pertama yang wish. Never.

Tapi kau tak pernah lupa 10 September aku. My bad. Pardon me.

Amy, aku takda kek harijadi untuk kau. Aku takda hadiah untuk kau. Seperti tahun-tahun yang sudah. Takda. Tapi aku rasa aku ada cerita tentang kita. Our friendship sejak semester satu. Kita ada Kak Long dan Dik Ija. Kita pernah ada Syikin. Dah terlalu banyak kita lakar memori.

Kalau diingat-ingat balik, aku ada ramai kawan. Kawan rapat. Datang dan pergi. Datang dan menyakiti. Datang dan aku mula membenci.

Kita? Terkadang aku melukai. Terkadang aku pula yang disakiti. Tapi kita memilih untuk buat tak endah. Membiarkan masa menyambung cerita. Kalau dingin punnnn, lama-lama ok balik macam tak pernah jadi.

Komitmen kau pada aku. Kau sepatutnya aku letak ditempat yang paling hampir dengan kepentingan aku. Kalau saja ada waktu untuk kita ulang lagi, aku janji akan bagi peluang tu pada kita.

Banyak lagi aku nak cakap. Sikap kau yang selalu menimbulkan tanda soal. Perkara-perkara yang terjadi yang melibatkan kau dan hubungan persahabatan antara kita dengan yang lain. Terkadang perkara sebegitu memaksa aku menutup telinga.

Jika kau dipihak yang benar, aku harap aku ada satu keyakinan untuk membela kau. Tapi sekiranya masih perlu keadilan untuk aku menyedarkan kau atas dasar teguran sesama teman, aku akan lakukan itu seadilnya dengan pertimbangan akal rasionalku.

Aku percaya hati kau tidak sekeras mana. Kedegilan kau masih berpaut pada ranting hati seorang gadis yang ampuh. Itu hakikat. Jangan cuba menafikan.

Ok. Sekian cerita di atas. (n_n)

Bila aku bukak blog. aku tersedar something. Dengan sinis aku ketawa mengejek pada dia. Seorang perempuan yang rupa-rupanya masih membaca blog ini. Heh! Kau yang bernama perempuan talam dua tiga muka. Jangan kau harap ada namamu disini. Terlalu ramai insan yang kujadikan teman, ternyata kau kaca yang paling tidak bernilai. Mulut macam L-O-N-G-K-A-N-G. Longkang.

Kau manusia yang pernah menikam aku dari belakang dengan kata nista mu. Sungguh. Ketika aku mula sedar itu, kau sudah jauh ku buang. Andai aku perlu senaraikan perkara terburuk yang paling aku kesali sepanjang riwayat ini, pasti MENGENALIMU yang kutulis paling atas.

Sampai sekarang aku rasa, aku teramat bodoh sebab membiarkan kau dan aku pernah berkawan akrab. BODOH.

....sebab aku tak pernah tahu.


No comments:

Post a Comment