Berdirinya aku dipentas kehidupan ini bukanlah supaya aku mengambil peluang untuk mendabik dada. Bermanis kata dengan penuh helah. Takkan sesekali aku mampu menari dengan langkah yang teratur kemas jika tidak bermula dengan merangkaknya aku untuk bergerak. Sumbangnya melodi itu, bukan kerana bait liriknya. Tapi, paluan iramanya tidak selari dengan alunan rentak hati.
Terluka dan terkasar bahasa. Maaf juga yang terluah.
Duhai disana, bacalah dalam bahasaku. Kerana aku terlalu yakin kau menafsir kisahku dalam iramamu. Kau terlupa pada prosa yang perlu seiring dengan rima.
Duhai disana, bacalah dalam bahasaku. Kerana aku pasti untaian kata bukan hanya bicara rasa. Tetapi ianya perkongsian cerita dan kita akan mencipta lagenda. Jika kau watak dalam cerita, jangan beraksi tanpa suara. Lontarkan nada. Kerana yang melihat tidak mengenal siapa tapi yang mendengar ingin tahu ia bagaimana.
Walau tangan ini mampu mencapai awan. Pelangi itu takkan mampu berubah warna. Jadi berfikirla secara reality. Keluar dari ilusi. Kerana itu hanya imaginasi. Dunia yang kau reka kerana takut pada diri.
Bacalah dalam bahasku. Mengerti aku. Percaya aku. Kerana aku sentiasa belajar mencari makna dalam setiap untaian bahasamu dan tidak ku tafsir mengikut melodi hatiku!

mind blasthing! ur wors is really something, and i understand it well.......
ReplyDelete