Thursday, August 6, 2009

sad of 5 august

5 Ogos yang mendukacitakan. Dalam pukul 12.00 pagi tiba-tiba hati aku rasa sebak. Air mata takyah nak cakap la kan. Laju jer meleleh-leleh. Dan untuk ringankan rasa kekusutan tue, aku call kak Yunes. Sesi meluahkan perasaan. Kak Yunes cakap, ‘ok, akak nak yulie just luahkan. Anggap akak takde kat sini. Bayangkan cakap dengann dinding’. Aku lontarkan semua. Semua yang menjadi bebanan kepala ku.
Terlalu berat. Satu keputusan yang ku ambil. Tapi biarla. Biar ia menjadi titik yang terakhir. Malam tue, terasa mata nie bengkak sangat. Tidur dalam pukul 3.00 pagi. And keesokannya, aku terpaksa bangun awal untuk jaga kiosk.
Tengah hari tue aku pegi claz. Dalam bas, tiba-tiba aku sebak. Dan aku menangis lagi. Aku try cover supaya takde yang perasan. Sangat sukar. Balik petang tu pun sama. Aku terasa sangat sedih. Sedih dan letih. Letih dan perit. Perit dan sakit.
Tak lama lepas tue, aku dapat kol. Din, abang angkat aku accident. Nak pitam rasa kepala aku dengar bila romate dia bagitau. Romate dia suh aku bertenang. Jangan risau and jangan bagitau sapa-sapa terutama mak ayah dia. Romate dia cakap lagi, aku orang yang pertama Din suh bagitau. Kesal sangat-sangat coz aku orang yang terlintas dalam kepalanya saat dia disini dalam kesakitan dan aku tidak disitu bersamanya. Sekali lagi airmata ini tumpah. Kat kolej, aku buat-buat takda apa. Malas nak becakap banyak. Terpaksa bedepan dengan eye contact yang sangat ku mengerti maknanya. Dan yang hanya diminda ku adalah tanggungjawab.
Pukul 9.00 tadi. Aku rasa free sikit. Aku dail number Din. Tapi yang jawab panggilan ialah Wadi. Wadi my bestfriend. My twin tapi tak seiras. Nada suaranya pun agak serius. Bila dia dapat tau aku orang first tau pasal accident tue, aku kene cuci skit coz tak bagitau dia. Arghh. Tapi bukan itu yang menjadi kepentingku kala itu. Aku tak peduli apa-apa. Aku just nak tau keadaan Din. My brother. Wadi cakap dia ok. Tapi paru-paru Din sedikit berlubang and tulang bahu dia patah. MasyaAllah, itu yang kau kata ok Wadi? Aku just ketap bibir. Membayangkan keperitan Din. Rupanya, segala sakit dan perit yang kulalui malam tadi tidakla sesukar takdir Din yang terpaksa dilaluinya saat ini.
Langkawi………aku terpaksa berada disana sedangkan satu-satunya abang aku sedang kesakitan disini. Baru dua hari lepas plan nak pergi kolej PERWAJA untuk jumpa dia pulangkan beg and touch light yang aku pinjam dulu. Tapi, lain pulak jadinya.
Penatnya berdepan dengan semua nie. Takda tempat pun yang best dah kat sini. Kadang-kadang, aku sendiri lupa bagaimana untuk ketawa. Tuhan. Berikan aku kekuatan lagi. Lagi. Lagi dan lagi. Hingga hujung nyawa…


No comments:

Post a Comment