Wednesday, August 12, 2009

12 ogos 2009

Menggigil tubuh ini melihat Din kaku diatas pembaringan dalam keadaan koma. Wayer dan pelbagai jenis tiub disumbat masuk kat dalam badan dia. Aku… tahan air mata depan ayah dia. Awal-awal lagi, Wadi dah pesan supaya aku jangan nangis. Well, I just angguk. But itu bukan as a promise.
‘Tuhan takkan uji kalau aku tak mampu!’. Itu words aku. Words yang aku penah bagi kat Zetty, kat Din…kat semua yang aku sayang bila dorang tengah down. Tapi hari nie, aku rasa words tu macam takde meaning. Atau mungkin aku sendiri yang dah semakin lemah sampai dah tak mampu mendalami words tu betul-betul.
Bibir mudah menyebut sabar. Tapi hati ini terlalu rapuh dan penuh debar. Dan bila emosi menguasai akal waras… syaitan akan bertepuk keriangan melihat anak Adam jatuh dalam kekalahan iman.
Saat ini…aku tak mahu bersendiri. Aku perlu dalam ramai. Walau aku tak mampu untuk ketawa tapi cukuplah jika aku mampu melihat sekuntum senyum dari setiap sang teman sebagai penghibur lara ku.
Kat kolej… aku selalu akan pastikan aku akan buat something. Tak kira la apa pun. Janji aku tak duduk diam. Aku tahu muka aku nampak macam hyper tension. Ramai yang tanya but aku tak larat nak meluah. Aku just bagitau pada orang yang perlu. Macam Dolly. Coz aku memang cooperate dengan dia pasal kiosk.
Sory to Zetty coz tak bagitau and dapat tau dari orang lain. Malam tu, Zetty ada tanya ‘napa tak bagitau aku?’. Well, aku tau masing-masing busy. Dan aku sendiri tak tau nak share dengan sape sume nie. So, aku decide diam and cakap just untuk buat orang faham keadaan aku.
Thanks untuk OSL (bukan nama sebenar) and also to kak Fina yang suruh be strong. InsyaAllah, I will. Thanks jugak untuk Dolly yang faham keadaan aku and secara tak langsung take over part aku kat kiosk.
Dan sekarang aku nak bagitau semua kawan-kawan yang aku sayang… jaga diri baik-baik. Pliz don’t make me cry for next time. Betapa aku sedar aku terlalu sayang kamu. Betapa aku sedar aku mahu mengalah untuk biarkan kita terus ketawa bersama. Betapa aku mahu dan perlu kamu. Betapa aku tidak dapat mencari perkataan yang lebih baik untuk menggantikan perkataan ‘terlalu sayang’ itu buat kamu, supaya kamu mengerti.
Cukup. Dan cukup setakat ini.
Petang esok, nak join program BAKSIS Pahang. Rasa macam nak tarik diri. Tambah-tambah lagi aku rasa #%@$&*!..... Tapi tanggungjawab is tanggungjawab.
So… kene tabah sikit jer lagi.
To my brother Din. Wait for me. Lepas jer balik dari BAKSIS, I’ll be there k. So, makesure Din dah sedar time tu and give me a cutest smile.

2 comments:

  1. kita pohom kekuatan,tuhan beri kita kesulitan untuk jdkn kita kuat,kita pohonketeguhan hati,tuhan beri kitamasalah untuk diatasi,kita pohon keimanan, tuhan beri kita ujian,untuk memantapkn iman.kadangkala kita tak dpt apa yg dihajati,namun kita sentiasa dpt apa yg kita perlukan,..........be strong.

    ReplyDelete
  2. pada jalan yang berliku moga Allah luruskan langkahmu,
    tika langit dunia runtuh moga Allah teguhkan aqidahmu,
    Jika kesusahan yang mendatang moga Allah kuatkan hatimu,
    pada hati yang gelisahmoga Allah menenangkanmu...
    Allah tidak akan menduga hamba yang tidak Dia kasihi...
    Moga Adiku Yulie.. Allah kurniakan hati yang secekal dan setabah Siti Khatijah untuk menjalani episod baru ceritamu...
    Sahabat dan teman setia berdiri bersama mengharungi lembaran baru..
    maka jangan adikku Yulie lupa akan kekuatanmu ini..
    Kami sentiasa disampingmu bila tika saat bersama..

    ReplyDelete