Tuesday, June 29, 2010
29 Jun 10 - Office JPKN
Friday, June 25, 2010
i just...melalut kali nie
Thursday, June 24, 2010
ok tension ok
Tuesday, June 22, 2010
22 Jun 10 - Office JPKN
Monday, June 21, 2010
21 Jun 10 - Office JPKN
Friday, June 18, 2010
selamat bekerjasama
Thursday, June 17, 2010
latihan industri
Wednesday, June 16, 2010
masa silam bukan clue untuk masa depan
Semalam aku tengok result. Dalam keadaan gementar tahap dewa. Macam yang aku agak, aku bukan the best dalam bidang IT. Pointer setakat lepas 3 sahaja. Wadi, stop judge aku lebih-lebih. Aku bukan Yulie yang dulu. Dik Ija, jangan sesekali kata akak pandai. Memang tak bodoh. Tapi akak bukan seperti yang Ija bayangkan. Bukannnn. Kalian semua, dengar sini. Aku bukan pelajar excellent. BUKAN. Aku bukan pelajar pilihan. BUKAN.
Yani, meh sini akak nak piat telinga awak. Result awak jauh lebih bagus dari akak. Awak memang bijak cuma malas sikit. Makan ape ntah awak ni sampai boleh dapat result camtu padahal malas nak pegi kelas, assignment last minute and baca buku pun last minute. Akak rasa awak nie ada penyakit keturunan kot. Tu yang bijak lain macam. Kalau awak rajin sikit, senang-senang jer awak boleh say babai kat si Suan tue. Jadi, moral nya di sini, bersyukurla dan tingkatkan prestasi.
Tapi hati sape tak jeles bila dapat tau ada kawan dapat dekan kan? Rasa cam tercabar la kan. Pastu mula la menyesal sikit sebab tak study betul-betul. Baru la nak ter-sedar yang diri tak pandai. Dah terlambat dah. Ambik jer la apa yang kau dapat.
Rasa macam tak tenteram emosi. Need someone untuk sesi kaunseling. Iye sangat sesi kaunseling. Tapi serius, aku bercakap dengan seseorang pasal kerisauan dan kebimbangan nie. Ok la. Nama orang tu, Cik F bukan nama sebenar.
Baca rakaman perbualan kami. Tapi dah cut sikit. Bukan sikit tapi banyak. Aku publish yang penting sahaja. =)
Cik F:
Mau dgar crita pndek?
Aku:
Ok. Panjang pun sy dgar
Cik F:
Ada budak ni. glgn elite d sklh rndh. Sklh rndah yee..Bapa dia guru besar. Dlm kelas ramai peminat. Lepas tu, pljr ksygn smua ckgu2. Aktif lagi. Ada subjek yang dia sorang ja konker, sllau yg terbaik. Mcm bhsa inggris n mtmtk. UPSR dpt 5A. Naik sklh mngah pun aktif, ramaiiii peminat, smua org envy, smua org nak rapat. Sklh mngah sllau masuk kelas terbaik. Thennnnn.. dpt masuk u. Then skrg, stop.
Aku:
kenapa stop?
Cik F:
stop n smbung pjj.
Aku:
sy mau tau apa yg buat budak tu jd macam tu. I mean from brilliant and tiba2 hilang focus.
Cik F:
there's smthing, but secretlah kot bg dia. hehe.. so yulie, kalo kita tgok kan, byk lagi yg nasib dia tak baik mcm kita.
Ok guys. Kamu takkan faham apa yang aku rasa bila dapat tau sapa orang yang dimaksudkan. Aku meneka dan ternyata tekaan aku tepat sekali bila mengatakan budak elite tu ialah Cik F. Kalau kamu nak tau lagi, Cik F ni memang dia tak show off. Dia diam walaupun dia tahu orang hanya memandang dia sebelah mata pasal akademik dia kat U. Mungkin ada yang tak pandang punnn. Padahal dia boleh saja menyuarakan siapa dia sebelum itu untuk membuat mata yang memandang sebelah mata tu jadi juling bila tau kebenaran.
Dan ternyata Tuhan anugerahkan aku satu naluri yang istimewa. Tidak menilai kerana penilaian orang lain. Aku percaya apa yang aku rasa cuma aku takda point sebab aku tak tau apa yang tersirat.
Guys yang baca nie. Aku tak mau mendedahkan siapa pemilik gerangan. Clue dah ada kalau kamu bijak meneka macam aku. Sudah terlewat untuk aku sedarkan mereka yang lelap. Tapi aku masih punya waktu untuk memberi kamu pengajaran disini.
Cik F mungkin tidak bertuah seperti kita. Masa lampau Cik F bukanlah clue untuk masa depan dia. Begitu jugak dengan kita semua. Kita bijak pandai hari ini. Tapi esok lusa, semua belum pasti. Bila-bila masa saja Tuhan akan tarik nikmat yang Dia bagi. Tak lambat walau sedetik dan takkan cepat walau sesaat pun. Terpulang la pada kita untuk pilih apa yang kita nak jadi. Apa yang mempengaruhi kita dan bagaimana kita menang dalam gelora keadaan, semuanya terletak pada cara kita. Tuhan takkan bebankan kita pada sesuatu yang tak mampu digalas oleh kita.
Siapa sangka Cik F yang menjadi pelajar kesayangan semua, boleh hilang arah tuju. Macam yang dia cakap, future pun dah tunggang langgang. Bukan dia tak boleh teruskan apa yang sudah tersurat tapi mungkin itu takdir yang sudah tertulis. Dan dia menerima semuanya dengan redha. Masih mampu mengatakan itu yang terbaik untuk diri dia.
Banyak persoalan dan kebingungan aku telah pun terjawab. Aku tau aku tak bodoh. Kamu yang baca nie pun tak bodoh. Tuhan jadikan kita cukup sifat sebagai manusia yang berakal. Jadi kenapa selalu bertindak macam orang yang takda akal? Jangan bunuh diri sebab gagal. Pesal tiba-tiba buat pesanan ikhlas nie. Jap, aku pun confius ni.
Ada lagi banyak aku nak cakap. Tapi bler nak atur ayat. Masih teringat-ingat kot apa yang telah terjadi. Shock sekejap. Bagi aku masa.
Owh ya sebelum tue. Kepada yang rasa macam nak tau sangat sape Cik F tu, aku nasihat kan korang tak payah tau sebab aku sure korang menyesal bila dapat tau. Sebab apa? Sebab korang akan nampak salah satu kebodohan korang dalam menilai orang lain. Tettttt. Iklhas menyindir.
.............grrrrrrr...............
Tuesday, June 8, 2010
training game
Monday, June 7, 2010
terima kasih, tahniah and sorry
pengetua aku kawan lama pakcik aku
sekadar pendapat dari pengalaman
Wednesday, June 2, 2010
Rafiza Shaira Roslan…You just like before
Antara pelajar pandai dalam kelas kami. Dia saingan subjek English. Tapi dia tak berapa minat Math. Kami jadi kawan semenjak hari itu.
Kawan. Kawan yang senyumannya ada lesung pipit. Kadang-kadang dia banyak berdiam. Buat apa yang patut sebagai pelajar. Sebagai anak barangkali.
Kami sama-sama ada impian. Sama-sama ada keinginan. Sama-sama ada harapan untuk dikejar. Kadang-kadang kami berlumba. Beberapa kali aku tewas dibelakangnya. Ira, ingat lagi masa kita dapat anugerah pelajar cemerlang kategori Sains Kemanusiaan? Masih ingat kedudukan kau? Lupa? Takpe, meh aku ingatkan. Kau tempat kedua, dan aku jatuh dibawah kedudukan kau. Dan jangan lupa orang yang tewaskan kita. Syarifah Nuraini Salim. Sha, ok kau menang.
Kita sama-sama sampai ke Enam Iltizam. Kau dengan Sha kawan baik. Bestfriend. Dan hanya aku yang tak suka kenal apa itu bestfriend. Ingat lagi aku pernah cakap kat kau, ‘No bestfriend in this world!’.
Ingat lagi 1 April 2006? Ingat lagi tarikh permulaan yang menyebabkan Enam Iltizam hilang pelajar bernama Rafiza Syaira? Tarikh tu jugak yang menyebabkan kami tiba-tiba dikejutkan dengan berita Sha berhenti belajar dan sambung belajar kat tempat lain.
Masa aku call Sha, dia dah nak bertolak. Masa tu aku rasa macam nak nangis tapi Sha cakap itu jalan dia. Itu takdir dia. Aku ingat lagi keesokan paginya masa nak masuk kelas, aku rasa macam nak pitam. Lepas tue Lim Chew Ha cakap, muka aku nampak pucat.
Kau plakkkk, sedihnya kalau nak ingat. Kau start ponteng kelas. Kau start hilang focus. No more Ira & Sha. Kau bukan lagi saingan aku. Aku rasa aku bertanding sorang-sorang. Aku pernah buat tak layan kau sebab aku tak suka keputusan yang kau buat. Aku ingat lagi Din pernah suarakan rasa kecewa dia jugak.
Dan akhirnya tarikh STPM tu berlangsung tanpa kau dan Sha. Meja kamu berdua ada kertas soalan tapi takda penghuni dan dikira Tarik Diri.
Hari demi hari yang berlalu menjadikan kita manusia yang lain. Sha dengan jalan dia. Kau hilang entah ke mana. Dan aku tiada di Tawau dengan sebab yang semua tahu. Dengan sebab cita-cita kita dulu.
Sepanjang aku di UUM, aku masih berhubung dengan Sha. Setidak-tidaknya aku lega dengan cara baru dia. Yalah, banyak lagi cara nak berjaya dalam hidup ni kan. Bukan dengan hanya perlu menginjakkan kaki ke Universiti. Hidup ini pun tentang membuat pilihan. Dan itu pilihan Sha. Tapi aku tak tau jalan mana yang kau dah pilih.
Puas aku cari kau. Puas dan akhirnya jumpa jugak. Aku dapat tau kau menyorok dari aku. Sampai hati kau. Dan aku rasa aku pernah tulis entri tentang kau cuma tak ingat ditajuk yang mana.
Terima kasih sebab sudi berbual panjang dengan aku tempoh hari. Nasihat kau tentang kekeliruan aku pasal kerjaya dan masa depan, InsyaAllah aku akan ingat. Nasihat kau tentang pasangan hidup tu punn, hee (n_n) InsyaAllah aku akan ingat jugak.
Sekarang aku dah tau yang kau pun tengah further study. Setelah sekian lama. Setelah aku dengar macam-macam cerita. Sekarang kita boleh senyum.
Sehingga detik ini aku akui, aku masih dikedudukan belakang kau dan Sha. Kau kata aku bertuah sebab aku dapat sampai ke tahap degree. Itu kata-kata kau. Sekarang biar aku pulak yang berkata. Mungkin yah. Aku mendahului kamu berdua dari segi itu. Hanya dari segi itu. Dan kamu berdua masih mendahului aku dalam erti makna hidup. Aku belajar semua ini mungkin dari cerita kamu. Cerita kita.
Sha pun dah kawin. Dengar-dengar imej dia pun dah lain sekarang. Tak pernah lagi jumpa dia face-to-face sejak dia lepas kawin. Sama la jugak dengan kau. Tapi yang pasti, you just like before atau mungkin lebih sedikit dari yang aku kenal masa first time kau masuk kelas Tingkatan 3 Dinamik.
p/s Kepada semua pembaca. Thanks sebab baca. Ini sebahagian dari cerita aku. Part yang aku tak boleh lupa. Part yang semua budak Iltizam tahu. -----<-(@
pahit manis dalam ingatan
Masih teringat saat-saat kena condemn. Saat-saat manusia yang tak faham tue, cuba belagak pandai macam tau serba-serbi. Manusia yang selalu mengutamakan professional dalam setiap perkara. Heh! Konon. Padahal dia la yang tak pernah professional dalam berbahasa. Tambah-tambah lagi bila tak puas hati. Sepatutnya, kau utamakan professional tu dalam setiap perkara yah.
Aku berdendam kah? Rasanya tidak. Aku membenci kah? Tidak jugak. Aku makan hati kah? Ehmmm. Mungkinnn. Aku tak hipokrit sebab aku akui pepatah nie, ‘You can close your eyes to things you don’t want to see but you cant close your heart to things you don’t want to feel.’
Walaupun kita dah boleh bercakap. Walaupun kau dah ok dengan aku. Dan andai kata kita masih di UUM sana. Aku sangat berharap Tuhan tidak pernah takdirkan kita untuk berkawan.
Itu satu.
Tapi kedua.
Aku harap aku masih ada peluang untuk keluar makan-makan kat Changlun tengah-tengah malam buta dengan Kak Dayah, Kak Fina, Amy, Cuya dan Trexx. Aku tak pernah ada peluang untuk cakap ini bila dengan kamu. Yalah sekarang mau cakap. Kamu dunia kecil aku. Walaupun mungkin ada perkara yang kita kurang setuju. Walaupun mungkin aku tersasar sedikit dari landasan cara kamu. Walaupun mungkin ada satu-satu perkara buat aku tidak senang. Hakikatnya, aku ada hati yang selalu ingat kamu. Sumpah geli tulis nie. (*.^)
Dan ketiga.
Rindu saat keluar dengan adik-adik junior. Tak banyak memori tapi padat dengan detik-detik manis. Paling kelakar bila ingat aku takda hati nak kenal kamu dengan lebih rapat masa KPO kat Kem Paya Pahlawan. Aku tekankan takda hati. Even muka korang pun, aku tak berapa nak cam kecuali yang ada ciri-ciri kelainan. Hah! Agak kejam penggunaan bahasa disitu. =p.
Dan akhirnya, kita pun cipta la jugak kenangan last minute kat Padang Besar and Bukit Wang. Mujur saja gambar kita agak kurang sopan waktu mandi-mandi tue. Kalau tak, gatal jugak tangan nie nak upload. (p/s Yani, awak patut tengok gambar awak dengan kain batik yang Diah dah edit.)
Kamu ajar aku simbolik ‘ily’ yang aku lembap nak loading maknanya. Kita cipta bahasa sendiri yang kita dengar, ‘sarang hayo’ yang entah betul entah tidak ejaannya. Takkan lupa jugak symbol nie ‘<3’.
Lastly. Aku mahu ingat yang kedua dan yang ketiga. Yang pertama tue, rasanya aku ada dua perkataan untuk kau dan konco-konco kau. Rimas dan bosan!