Monday, June 7, 2010

sekadar pendapat dari pengalaman


Ok. Sebenarnya aku agak berapa takda idea mau update blog nie even sebenarnya aku mahu bercerita pasal praktikal. Aku mahu bercerita pasal apa yang aku rasa pasal dunia IT. Semua tu aku mau kongsi tapi jari nie rasa macam malas nak menaip.

Tapi seseorang tu dah buat aku mahu mengulas tentang sedikit liku hidup yang sedang dilaluinya.

Cakap macam pandai. Kalau kena badan sendiri, baru la rasa kan. Menasihat orang macam tau jak segala-galanya.

Bukan. Bukan. Bukan berlagak pandai. Aku pun tak pandai. Cakap ikut sedap hati. Tapi, betul lah kan. Jangan biarkan tanggapan orang lain mengawal hidup kita. Susah macam mana pun mau berdepan dengan keadaan dan tekanan, just berdepan sajalah.

Bila kita berubah kerana pandangan negatif orang, maknanya kita membiarkan diri kita dibentuk dengan acuan yang negatif jugak lah. Hari ni orang tu yang mengata, esok lusa sekutu yang lain pulak. Semua tu akan kekal macam begitu lah. Tapi ingat, kita pun ada pengaruh kita. Kita pun boleh kawal semua keadaan. Pokok pangkalnya, diri kita. Yes, hakikatnya kita tak dapat lari dari hidup di bawah bayangan orang lain.

Tak mau fikir, tapi terfikir-fikir. Ada suku kata ‘ter’ disitu, maknanya benda tu tak sengaja dan kita tak minta. Percaya lah, aku pernah. Rasanya bukan aku seorang tapi orang lain pun kan. Sampai ke tahap gaban kerisauan kita tue dek kerana memikirkan orang lain. Lagi-lagi orang lain. Nampak sangat orang Malaysia nie suka jaga tepi kain orang kan.

Macam nie la. Bagi aku, semua tu normal. Normal dan simple jugak mungkin. Orang ‘memberi’ tak bererti kita perlu ‘ambil’. Aduh. Faham kah kamu apa yang sedang aku sampaikan nie? Buat-buat faham jak la yah.

Kalau mau diajak berbicara soal hati dan perasaan, nah sampai bila-bila pun takkan pernah selesai. Sampai satu tahap kita akan rasa penat. Rasa bosan. Rasa tertekan. Rasa mau lari dari dunia nie. Mengaharapkan situasi baru dan environment baru yang masih fresh.

Tak boleh la macam tue. Tak boleh. Tak boleh. Jangan sesekali menghukum diri kerana ketidakadilan orang lain.

Semua yang terjadi bersebab. Sudah berapa kali aku cakap, Tuhan takkan uji kalau kita tak mampu. Tolong dalami maknanya. Tolong.

Aku nak tanya korang la. If aku tau aku tak dapat dengar jawapan dari hati korang, tapi jawab jak lah.

Begini situasinya.

Pernah tak kamu rasa macam menyesal berkawan dengan seseorang? Dia cloze dengan kamu. Kamu nampak serasi dimata semua. Bila kamu ada tanpa dia, orang akan bertanya. Semua yang bersangkut paut pasal dia, kamu la antara orang pertama yang dicari. Pernah?

Then dugaan demi dugaan yang datang hampir meluluhkan kekuatan yang ada. Dalam hati ada nama si teman itu untuk dibawa berbicara dan meluah rasa. Mengharap ada sokongan untuk berpaut. Ada kepercayaan dengan kata lain, hanya kau dan aku yang tahu.

Dan mentari tidak selalu memberi sinar. Kepercayaan yang diberi dikhianati dengan rasa tanpa bersalah. Seolah tiada apa maknanya.

Sekali lagi kamu goyah. Kamu berperang dengan emosi. Konflik diri yang rumit. Serabut.

Bermula dari saat itu, kamu sudah tidak ikhlas menghulur persahabatan. Ada kelakuan yang seolah dibuat-buat dengan alasan masih mahu menjaga ukhuwah. Menahan sabar dengan tabah hati. Senyuman kamu pada si teman tidak lagi seperti dulu. Sudah mula merasa ketidakserasian. Rasa terseksa bila perlu berlakon didepan semua untuk tunjukkan, Kami-still-bestfriend. Bila berdua, kamu sudah mula berasa kekok untuk berbicara walaupun sekadar untuk berbasa-basi. Hanya akan berkomunikasi, bila terdesak dan perlu. Itupun untuk hal-hal yang berkaitan urusan kerja yang selain urusan peribadi antara kamu berdua. Itupun dengan eye contact yang penuh dengan ketidakpastian.

Jika dulu, kamu berkongsi kanvas untuk sama-sama mencorakkannya, tapi kini jari dan tangan seolah hilang seninya untuk berkreatif dalam lukisan persahabatan kamu. Bahkan, ada satu-satu masa kamu rasa kamu sudah tidak kenal dia.

Kamu menghabiskan baki hari yang ada dengan memendam rasa. Mula berdoa supaya kamu tidak lagi perlu bersua muka. Harapan kamu, semoga semua berakhir cepat tapi bukan dengan membuka atau terbukanya tirai permusuhan.

Apa jawapan korang? Pernah rasa? Pernah? Pernah menangis untuk itu? Pernah bertanya dan menyalahkan takdir?
Aku jawab, yah! Aku lah orang tu. Akuuuu.

Pernah pening dengan entri aku sebelum nie? Kalau korang nak tau kenapa. Yesss. Sebab aku rasa itu. Aku rasa kesakitan itu.

Sebenarnya dan yang sebenar-benarnya, entri nie ditulis dengan harapan ‘seseorang’ tu tau, dia bukan keseorangan diuji dengan cara yang sebegitu. Kita berkongsi rasa cuma dibabak cerita yang lain.

Paling penting, cara kita untuk mengatasinya. Cara kita untuk mengawalnya. Fikirla sebaiknya. Yang terbaik untuk semua walau apa sekalipun penghujungnya. Walaupun penghujungnya bukan seperti apa yang kita pernah harapkan.

Kalau hidup ini sinonim dengan istilah perjuangan. Aku nak bagitau orang tue, perjuangan jugak sinonim dengan istilah pengorbanan. Pengorbanan bermaksud melepaskan sesuatu yang kita sayanggg.

Arghhh. Orang tu mesti lebih tau pilihan mana yang terbaik yang dia perlu buat, cuma mungkin bila dalam situasi tu, kita mahu pendapat orang. Kita mahu ada keyakinan untuk terus mengorak langkah.

Sebab seorang doctor pun tak bermakna dia takkan mati tanpa penyakit. Seorang tukang gunting rambut pun takkan mampu menggunting rambutnya sendiri. Pakat psikatri pun tak dijamin hidup tanpa sebarang tekanan.

Kesimpulannya, siapa pun kita, bila berada dalam kebingungan dan konflik dalaman, kita mesti mahu cari seseorang untuk tolong dengar dan tolong bagi pendapat. Walaupun orang tu mungkin seorang kaunselor!

Terima kasih sebab kembali berblog. Dan yang paling pentingggg, welcome home!

Watchaaaa!

No comments:

Post a Comment