Aku tak faham kenapa aku benci pada kenangan-kenangan yang sakit yang selalu muncul dalam fikiran aku kebelakangan ni. Dia dah mintak maaf. Dia menangis meluahkan perasaan. Dia senyum dan sudah memahami apa yang aku telah lalui. Pokok pangkalnya, sudah. Semua sudah.
Masih teringat saat-saat kena condemn. Saat-saat manusia yang tak faham tue, cuba belagak pandai macam tau serba-serbi. Manusia yang selalu mengutamakan professional dalam setiap perkara. Heh! Konon. Padahal dia la yang tak pernah professional dalam berbahasa. Tambah-tambah lagi bila tak puas hati. Sepatutnya, kau utamakan professional tu dalam setiap perkara yah.
Aku berdendam kah? Rasanya tidak. Aku membenci kah? Tidak jugak. Aku makan hati kah? Ehmmm. Mungkinnn. Aku tak hipokrit sebab aku akui pepatah nie, ‘You can close your eyes to things you don’t want to see but you cant close your heart to things you don’t want to feel.’
Walaupun kita dah boleh bercakap. Walaupun kau dah ok dengan aku. Dan andai kata kita masih di UUM sana. Aku sangat berharap Tuhan tidak pernah takdirkan kita untuk berkawan.
Itu satu.
Tapi kedua.
Aku harap aku masih ada peluang untuk keluar makan-makan kat Changlun tengah-tengah malam buta dengan Kak Dayah, Kak Fina, Amy, Cuya dan Trexx. Aku tak pernah ada peluang untuk cakap ini bila dengan kamu. Yalah sekarang mau cakap. Kamu dunia kecil aku. Walaupun mungkin ada perkara yang kita kurang setuju. Walaupun mungkin aku tersasar sedikit dari landasan cara kamu. Walaupun mungkin ada satu-satu perkara buat aku tidak senang. Hakikatnya, aku ada hati yang selalu ingat kamu. Sumpah geli tulis nie. (*.^)
Dan ketiga.
Rindu saat keluar dengan adik-adik junior. Tak banyak memori tapi padat dengan detik-detik manis. Paling kelakar bila ingat aku takda hati nak kenal kamu dengan lebih rapat masa KPO kat Kem Paya Pahlawan. Aku tekankan takda hati. Even muka korang pun, aku tak berapa nak cam kecuali yang ada ciri-ciri kelainan. Hah! Agak kejam penggunaan bahasa disitu. =p.
Dan akhirnya, kita pun cipta la jugak kenangan last minute kat Padang Besar and Bukit Wang. Mujur saja gambar kita agak kurang sopan waktu mandi-mandi tue. Kalau tak, gatal jugak tangan nie nak upload. (p/s Yani, awak patut tengok gambar awak dengan kain batik yang Diah dah edit.)
Kamu ajar aku simbolik ‘ily’ yang aku lembap nak loading maknanya. Kita cipta bahasa sendiri yang kita dengar, ‘sarang hayo’ yang entah betul entah tidak ejaannya. Takkan lupa jugak symbol nie ‘<3’.
Lastly. Aku mahu ingat yang kedua dan yang ketiga. Yang pertama tue, rasanya aku ada dua perkataan untuk kau dan konco-konco kau. Rimas dan bosan!

No comments:
Post a Comment