Wednesday, June 16, 2010

masa silam bukan clue untuk masa depan

Semalam aku tengok result. Dalam keadaan gementar tahap dewa. Macam yang aku agak, aku bukan the best dalam bidang IT. Pointer setakat lepas 3 sahaja. Wadi, stop judge aku lebih-lebih. Aku bukan Yulie yang dulu. Dik Ija, jangan sesekali kata akak pandai. Memang tak bodoh. Tapi akak bukan seperti yang Ija bayangkan. Bukannnn. Kalian semua, dengar sini. Aku bukan pelajar excellent. BUKAN. Aku bukan pelajar pilihan. BUKAN.

Yani, meh sini akak nak piat telinga awak. Result awak jauh lebih bagus dari akak. Awak memang bijak cuma malas sikit. Makan ape ntah awak ni sampai boleh dapat result camtu padahal malas nak pegi kelas, assignment last minute and baca buku pun last minute. Akak rasa awak nie ada penyakit keturunan kot. Tu yang bijak lain macam. Kalau awak rajin sikit, senang-senang jer awak boleh say babai kat si Suan tue. Jadi, moral nya di sini, bersyukurla dan tingkatkan prestasi.

Tapi hati sape tak jeles bila dapat tau ada kawan dapat dekan kan? Rasa cam tercabar la kan. Pastu mula la menyesal sikit sebab tak study betul-betul. Baru la nak ter-sedar yang diri tak pandai. Dah terlambat dah. Ambik jer la apa yang kau dapat.

Rasa macam tak tenteram emosi. Need someone untuk sesi kaunseling. Iye sangat sesi kaunseling. Tapi serius, aku bercakap dengan seseorang pasal kerisauan dan kebimbangan nie. Ok la. Nama orang tu, Cik F bukan nama sebenar.

Baca rakaman perbualan kami. Tapi dah cut sikit. Bukan sikit tapi banyak. Aku publish yang penting sahaja. =)

Cik F:

Mau dgar crita pndek?

Aku:

Ok. Panjang pun sy dgar

Cik F:

Ada budak ni. glgn elite d sklh rndh. Sklh rndah yee..Bapa dia guru besar. Dlm kelas ramai peminat. Lepas tu, pljr ksygn smua ckgu2. Aktif lagi. Ada subjek yang dia sorang ja konker, sllau yg terbaik. Mcm bhsa inggris n mtmtk. UPSR dpt 5A. Naik sklh mngah pun aktif, ramaiiii peminat, smua org envy, smua org nak rapat. Sklh mngah sllau masuk kelas terbaik. Thennnnn.. dpt masuk u. Then skrg, stop.

Aku:

kenapa stop?

Cik F:

stop n smbung pjj.

Aku:

sy mau tau apa yg buat budak tu jd macam tu. I mean from brilliant and tiba2 hilang focus.

Cik F:

there's smthing, but secretlah kot bg dia. hehe.. so yulie, kalo kita tgok kan, byk lagi yg nasib dia tak baik mcm kita.

Ok guys. Kamu takkan faham apa yang aku rasa bila dapat tau sapa orang yang dimaksudkan. Aku meneka dan ternyata tekaan aku tepat sekali bila mengatakan budak elite tu ialah Cik F. Kalau kamu nak tau lagi, Cik F ni memang dia tak show off. Dia diam walaupun dia tahu orang hanya memandang dia sebelah mata pasal akademik dia kat U. Mungkin ada yang tak pandang punnn. Padahal dia boleh saja menyuarakan siapa dia sebelum itu untuk membuat mata yang memandang sebelah mata tu jadi juling bila tau kebenaran.

Dan ternyata Tuhan anugerahkan aku satu naluri yang istimewa. Tidak menilai kerana penilaian orang lain. Aku percaya apa yang aku rasa cuma aku takda point sebab aku tak tau apa yang tersirat.

Guys yang baca nie. Aku tak mau mendedahkan siapa pemilik gerangan. Clue dah ada kalau kamu bijak meneka macam aku. Sudah terlewat untuk aku sedarkan mereka yang lelap. Tapi aku masih punya waktu untuk memberi kamu pengajaran disini.

Cik F mungkin tidak bertuah seperti kita. Masa lampau Cik F bukanlah clue untuk masa depan dia. Begitu jugak dengan kita semua. Kita bijak pandai hari ini. Tapi esok lusa, semua belum pasti. Bila-bila masa saja Tuhan akan tarik nikmat yang Dia bagi. Tak lambat walau sedetik dan takkan cepat walau sesaat pun. Terpulang la pada kita untuk pilih apa yang kita nak jadi. Apa yang mempengaruhi kita dan bagaimana kita menang dalam gelora keadaan, semuanya terletak pada cara kita. Tuhan takkan bebankan kita pada sesuatu yang tak mampu digalas oleh kita.

Siapa sangka Cik F yang menjadi pelajar kesayangan semua, boleh hilang arah tuju. Macam yang dia cakap, future pun dah tunggang langgang. Bukan dia tak boleh teruskan apa yang sudah tersurat tapi mungkin itu takdir yang sudah tertulis. Dan dia menerima semuanya dengan redha. Masih mampu mengatakan itu yang terbaik untuk diri dia.

Banyak persoalan dan kebingungan aku telah pun terjawab. Aku tau aku tak bodoh. Kamu yang baca nie pun tak bodoh. Tuhan jadikan kita cukup sifat sebagai manusia yang berakal. Jadi kenapa selalu bertindak macam orang yang takda akal? Jangan bunuh diri sebab gagal. Pesal tiba-tiba buat pesanan ikhlas nie. Jap, aku pun confius ni.

Ada lagi banyak aku nak cakap. Tapi bler nak atur ayat. Masih teringat-ingat kot apa yang telah terjadi. Shock sekejap. Bagi aku masa.

Owh ya sebelum tue. Kepada yang rasa macam nak tau sangat sape Cik F tu, aku nasihat kan korang tak payah tau sebab aku sure korang menyesal bila dapat tau. Sebab apa? Sebab korang akan nampak salah satu kebodohan korang dalam menilai orang lain. Tettttt. Iklhas menyindir.

1 comment: