Monday, June 7, 2010

terima kasih, tahniah and sorry


First sekali nak cakap terima kasih sebab lepaskan saya. Rasa bebas yang amattt tersangatt. Kenapa la tidak dari dulu? Kenapa perlu sampai aku menjadi sedikit setan untuk buat kau benci baru kau tergedik-gedik nak fikir nie semuaa. Tapi takpa lah. Thanks Syah.

Dan tahniah sebab jumpa orang yang lebih faham awak. Tak tau la kalau awak baca lagi blog saya nie atau tak. Tapi kalau baca, tolong bagitau cik bakal tunang awak tu tentang keadaan yang sebenar-benarnyaa. Sebagai perempuan, saya faham kot kenapa dia tanya bukan-bukan kat saya hari tu. Awak tak perlu risau, saya tak ambik hati.

Ketiga. Selama kita kenal nie, saya nak mintak maaf banyak-banyak atas segalanya. First love never die Syah. Saya dengan Adam masih kekal berkawan SAHAJA sekarang. Lately memang selalu mesej dengan dia tapi jujurnya perasaan dah lain.

Sampai sekarang bila terdengar nama Adam tak kira la siapa pemilik gerangan, mesti akan tercuit. Sumpah geli tulis perkataan ‘tercuit’ tue. Tapi itu hakikat.

Masa saya sedar dia first love saya, saya terpaksa akur yang semua dah terlambat. Peluang untuk saya berterus terang dah takda. Semuanya sebab ketidakpastian dan mungkin jugak tidak yakin. Tidak yakin untuk tidak mengecewakan. Tidak yakin untuk menjadi yang terakhir untuk Adam. Saya biarkan harapan tu tertulis sebagai salah satu kegagalan dalam hidup saya. Biarkan Adam pergi dengan rasa sakit hati.

Mengambil masa setengah tahun supaya kami dapat kembali berhubung dan membuka cerita baru. Cuma, waktu itu kami masing-masing kehilangan identiti orang yang dicintai enam bulan sebelumnya. Saya benar-benar yakin hati saya bukan untuk Adam lagi. Atau mungkin hati Adam bukan untuk saya jugak. Hemhhh. Maknanya tiada jodoh la.

Memang betul, first love never die. Lagipun istimewanya lelaki itu pada saya sebab hanya keluarganya dan saya saja yang diberi mandat memanggil dia dengan nama Adam. Yah. Nama sebenar Adam ialah Elly Rona. Unik kan? Waktu dia bagitau nama dia Elly Rona, saya sampai tak boleh nak sebut sebab macam pelik. Syukur la dia perasan and bagitau dia ada nama panggilan lain dekat rumah. And masa start panggil dengan nama tu, ingat lagi dia kata tak biasa dengar orang lain panggil dia Adam kecuali family dia. Tapi akhirnya, dia sendiri yang bahasakan diri dia as Adam dengan saya sampai sekarang. Sweet kan? Ahaks.

Hohohoh! Kalau Adam dapat tau aku tulis entri tentang dia nie, agak-agak kat mana la aku nak sorok muka. Kat celah ketiak muat kott. Hahaha. Ok, sudah.

Syah. Hidup nie sentiasa perlukan usaha untuk capai sesuatu. Tapi kadang-kadang, kita perlu sedar setakat mana usaha tu perlu diteruskan. Kita perlu sedar satu-satu impian tu mungkin bukan milik kita buat selamanya. Tak perlu la sampai bazirkan masa sampai tiga tahun kan. Sekarang siapa yang rugi?

Apapun, past is past. Let it go. Itupun dah kira untung awak sedar yer. Syukurla. Sebab saya pun dah tak larat nak guna macam-macam helah lagi dah. Dosa saya dengan awak jer dah tinggi menggunung. Harap-harap Tuhan faham.

Tapi serius. Maaf kalau terasa diberi harapan. Bukan tak mencuba tapi memang tak boleh. Tak boleh.

Teruskan dengan jalan hidup yang sudah ditakdirkan untuk awak. Salam tahniah dari saya. Stay be my friend. I will be the good one!

No comments:

Post a Comment