Friday, June 18, 2010

selamat bekerjasama

Majlis open sharing baru saja selesai. Saat aku menulis entri ni, staff-staff JPKN masih lagi enak menjamu selera. Hari terakhir Zarith bermaksud hari pertama Yulie.

Segala pertanyaa berkenaan Sistem Profil Jabatan termasuklah coding, dan pangkalan data, aku la antara orang yang bertanggungjawab untuk jawab. Aku jugak yang perlu selesaikan.

Seronok masa majlis tadi. So friendly. Aku diminta menceritakan perasaan hari pertama melangkah masuk ke sini. Latar belakang aku dan lain-lain. Dengan jujur aku mengakui yang IT bukan bidang kegemaran. Tapi, rela aku tegaskan, tidak minat bukan bererti tidak akan buat. Aku sudah melangkah kesini, jadi bukan lagi masanya untuk aku menyesal.

Jadi, tamat sudah hari bekerjasama dengan Zarith. Terima kasih atas tunjuk ajar dan kesabaran mengajar aku yang lambat loading ni. Kepada semua staff, salam perkenalan dari saya Pelatih Industri Universiti Utara Malaysia dan selamat bekerjasama.

1 comment:

  1. salam yul.. ko kena buat coding? sma la oden kat cnie.. kui3x!! dok merangkak lagi nie..ape pun gud luck utk mu.. sayang n windu sgt sama kamu

    ReplyDelete