Saturday, February 27, 2010

saje je nak bagitau even kau tak kesah















Nie katil aku yang cantik. Katil yang bertanggungjawab memberi tidur yang lena dan mimpi yang indah. Cah!


Meja study yang agak berselerak disitue. Sebenarnya kemas tapi time nie tengah busy.


Rak buku saya. Buku nie tak jual ok.


Ini soft board kat bilik. Perhatikan 'dEan LisT!!!', tue Athina punya idea. Perghh. Stress aku mengadap benda tu hari-hari.


Nie la labtop aku. Yang banyak memberi jasa. Tapi kadang-kadang bikin sakit kepala.


Haaa. Ni la buku yang aku nak kena research. Aduh tetiba plak pegang title 'ulat buku'. Malu seh jinjing buku nie keluar libry. Bajet budak rajin la kunun. Padahal...hanya Tuhan yang tahu. =p




Thursday, February 25, 2010

seperti dulu

Sekarang tengah kat dalam claz Network Project. Aku ambik seat kat belakang. Saje nak menyandar kat dinding claz nie. Kepala rasa sakit. Lately tidur lambat. Banyak benda memerlukan aku kejar masa. Dan aku kena luangkan masa jugak untuk mereka. Mereka yang kata aku dah lain.

Ya Allah! Ye ker? Mungkin dan memang pun kot. Kalau aku jahat, aku akan cakap 'ada aku kesah?', tapi mungkin aku baik sikiettt so aku pilih untuk muhasabah diri.

Aku berubah, mungkin sebab;
  • Aku busy dengan project DPP
  • Bila kat dalam claz, aku dah tak duduk dengan 'geng' lama. Habis claz, aku terus balik tapi you all akan pegi gathering lunch and lepak-lepak kat lego
  • Kat DPP plak, mostly aku bergaul dengan orang lain selain orang yang sebelum-sebelum nie.
  • Mungkin korang tak tau, aku jenis manusia yang menonong jerrr. Kat mana aku selesa kat situ la aku stay.
  • Aku sebenarnya nak lari dari manusia-manusia yang suka berhipokrit. Aku tak boleh weh nak mengadap muka-muka nie. So, sebelum aku 'meletup', ada baiknya aku jauhkan diri.
  • Aku kadang-kadang penat dengan tekanan tapi aku taknak tewas dengan tekanan so aku pilih berada dengan mereka yang 'buta' dengan tekanan aku.
  • Lastly, aku berada ditempat yang menerima baik dan buruk aku. Mungkin kah, selama ini kamu hanya menunggu yang baik-baik sahaja dari aku?? Kalau kau yang bernama teman, aku mahu kita berkongsi.
Dalam hati aku, bukan aku dah buang. Aku adalah aku yang banyak benda yang mungkin korang tak faham. Dan aku plak jenis yang tak berapa minat nak explain setiap inci tentang apa yang aku buat.

Banyak yang korang dengar dari aku sebenarnya banyak lagi yang aku simpan coz kadang-kadang tak semua orang sanggup berdepan dengan kebenaran. Jadi aku pilih untuk kawal sebaik yang boleh. Aku tak pasti adakah menjadi seperti ini adalah yang terbaik atau kurang baik. Tapi, what i gave to you is the best what i have.

Dengar nie.....aku memang macam nie. Mungkin korang jer yang tak pernah tahu. Why? Sebab korang tak pernah nak ambik tahu. So, sekarang salah siapa?

Salah kita yang selalu mengharapkan keSEMPURNAAN. Bukankah itu selfish?

Tuesday, February 23, 2010

duniaku hari ini


Hariku bermula dengan mood yang tak berapa elok pagi nie coz kena pegi claz Web Application Development. Malam sebelum tue memang busy giler. Dengan aku terkejar kesana-kemari. Dapat panggilan hangit dari Cuya tapi menerusi phone number Kak Dayah yang menyuruh aku segera datang ke bilik JPM. Owh ok Cuya, bagi aku solat isyak dulu eak.

Dengan menggalas beg labtop aku dengan muka cute pun datang. Tengok-tengok bala tentera mantan JPM lama Kak Dayah, Intan dan Amy and…di satu sudut ada Kak Fina. Muka semua serabut. Rupa-rupanaya, dapat arahan dari En.Muslimin untuk isi borang pencalonan Malam Puncak Gemilang. Aku dengan muka innocent ‘Kak Dayah, untuk BKU saya dah hantar laa’. Kak Dayah said, ‘Hantar lagi projek lain.’ Dalam hati rasa macam tak setuju coz aku rasa projek lain tak menepati kriteria untuk menang. Aku memang dah puas hati dengan projek Cuci-cuci Servis.

So, malam tue aku just tolong isi untuk pencalonan projek lain. Memang rasa tak sedap hati nak blah bila tengok yang lain sanggup tinggalkan assignment, sanggup tak baca buku padahal ada mid term keesokannya dan sebenarnya aku pun ada meting dengan Athina, Cuya and Zetty.

Ok la. Ok la. Aku tolong. Malam tue kami masuk pejabat untuk setelkan print dan mencari laporan berkenaan projek sem-sem lepas. Ada bakat jadi perompak yang educated! Hahaha.

Pastu tetiba Kak Dayah suruh kitorang bertanding gak untuk menang anugerah tokoh pelajar. Sangat aku cuba mengelak sebenarnya. Memang tak ikhlas! Tapi dengar-dengar ‘musuh’ kami hantar 10 pencalonan untuk kategori tue, so redhakan la untuk bertanding. Eqa pun print SIRA aku. Berkejar la aku ke bilik untuk ambik resume and gambar aku yang cun. Ceh ceh.

Dan pendekkan story, selesai kerja-kerja tue sume, Kak Dayah ajak aku pergi bilik dia sebab nak masak maggie. Yeh! So, Kak Fina bawak maggie. Amy pun join jugak. Tengah-tengah nak masak maggie tue, pintu Kak Dayah diketuk. Kak Fina yang sibuk try selendang Kak Dayah depan cermin, stop sekejap.

Eaeahhhh. Rupanya adik ipar datang bersama konco-konconya untuk ambik borang pencalonan tue. Bila Kak Dayah serah sampul kat Yani, aku terus rampas and bawar keluar. Aku nekad tarik diri dengan Amy. Sebab aku tau calon DPP SME Bank dah ramai. So, kalau just aku yang tak berapa bagus nie out, tak rugi pape kot.

Tapi sempat jugak berlaku adegan rampas-merampas resume aku dalam bilik Kak Dayah tue but at last, aku jugak yang berjaya.

Mungkin Kak Dayah kecewa. Mungkin. Tapi kak…tolong fahami. Saya memang macam nie. Benda yang saya tak ikhlas, saya susah nak ikut.

Hari nie bersamaan 22 Febuari, aku balik claz pukul 12.00. Pastu basuh baju yang dah dua hari tak basuh. Then rest kejap. Pukul 2 aku gerak ke pejabat untuk setelkan banyak benda sampai aku stress sorang-sorang. Betapa aku perlukan kamu Dolly! Berani kamu tak angkat call saya sebab tidur?? Erghh.

Then Kak Fina ajak keluar pegi makan. Aku dah makan actually so aku just follow minum-minum. Oder teh ais. Rasa sejuk sikit otak aku lepas minum air tue.

Masa on the way balik dapat mesej Kak Dayah ajak turun dewan untuk sama-sama memeriahkan majlis Malam Puncak Gemilang tue. Ok. Ini satu lagi aktiviti yang paling aku tak suka kat dunia nie. Diner! Tolong la jangan ajak saya kak oi. Tak suka. Tak suka. Tak suka.

Sape tak kenal Yulie yang degil. Kalau aku rasa ketidakhadiran aku tidak akan mencacatkan majlis, memang aku takkan pergi. Maaf lagi yer. Nak wat macam mana. Dah saya lahir dengan perangai serabai macam nie.

Aku duduk bilik baca journal untuk siapkan assignment. Dapat mesej dari Yaya;

Yaya: Kak yul meh la trn.. Mamam
Aku : Agak2laa. Akak dgn bju x snonoh nie nak trun.? Xpela, korg mkn ea. Akak nk wat keje lain laa. Hehe.
Yaya: Akak x snonh pun comel..
(Terasa berada di awang-awangan seketika. Ceh!)
Aku : Haha. Tau xpe. =). Pegila mkn..Enjoy da diner yah. Kim slm kat artis yg sorg tue..=p
Yaya: Artis ngn sy kehulu kehiliaq..yani n husband duk kt meja vvip. Mcm pngntin jauh2.Haha
Aku :Itu sy pnya adik ipar, mmg nak kenaa =p. Brani die curang eak. Mntang2 kakak ipar x trun, dia bepoya2 kat bwh..=p

Then, aku sambung kerja aku kat meja sambil dengar-dengar lagu. Then dalam pukul 11 lebih macam tue, aku dapat lagi mesej dari Zaza;

Zaza : Yul nape xdtg? Cuci2 service mng.
(Dalam hati…Alhamdulillah)
Aku : Kau kan tau prangai aku..Aku x suka dner2 nie. Mmg aku buat report kaw2 pnye utk prove cuci2 servis menang. Sume gmbr yg cun2 aku letak. Hahaha. Syukur.. Mesti En.Uda gmbra. Itu je aku nk.

Aku gembira sangat-sangat.
…………………………………………………………
Cop! Aku stop menaip jap. Teka kenape??? Tetibe pintu aku tebukak. Tak berketuk and takde salam. Bagus betul diorang nie.!!! Nasib baik aku tak bogel. Diah…Yaya…and Yani! Dua cup puding atas meja. Aku terkedu sat.

Baiknyaa adik-adik aku. Dah penat-penat p diner ingat jugak nak singgah kat bilik akak eak? Tapi kenape dengan cara yang kurang tatasusila? Rasanya tangan tu sempurna jer nak ketuk pintu kan? Tak bisu kan nak ucap salam??

Anyway, terus menyembang pasal majlis tadi. Dengar-dengar Kak Dayah menang anugerah. Eh? BAKSIS Pahang pun menang? Yeh! Syukur.

Tak rugi pun tak turun kan?

To AJK Cuci-cuci Servis, tahniah! Especially Nurul Hidayah as Pengarah Projek. Pegang jawatan Ex-oficio untuk projek tue, sebenarnya aku tak buat banyak benda pun coz Dayah memang seorang pengarah yang aku tak risau kredebilitinya. Ikhlas aku cakap, projek Cuci-cuci Servis adalah projek yang paling tak menyusahkan aku untuk dipantau sebab komitmen para AJK memang bagus. So, boleh la nak cakap aku just tumpang glamour sebab menang. To Zaza, thanks coz tolong ambik hadiah. Sorry Za sebab tak tunjuk report pencalonan tu sebelum submit coz benda tue nak cepat. Jadi, jangan plak ingat aku sisihkan kau as mantan timbalan aku eak. Hehehe. By da way, softcopy ada lagi kat labtop aku. Haa.

To Kak Dayah, tahniah gak! Caya la kak. Maaf yang teramat if tindakan saya tak hadir ke majlis tadi mencalit sedikit rasa menyampah kat hati akak. To all mantan yang tak puas hati gak, aku tadahkan telinga and relakan diri untuk dicaci.

To budak nakal tiga orang tadi, memang korang pandai buat kejutan. Tolong amalkan selalu eak (ikhlas menyindir). Apapun, aku senang dengan budak betiga nie. Love u! Yaya, Yani, Mai, Dik ija and Cuya…Good luck untuk midterm esok yah..( Hari nie laa. Dah lebih dari pukul 12 am dah yul )

To Dolly, nikmati detik-detik terakhir kamu di Sabah. Besok jumpa kat airport yah.

To semua hamba Tuhan, moga jumpa pagi nanti ... Selamat malam. Aku nak tidur. Claz pukul 8 am!

Selesai ditaip:
01:43 am, 23 February 2010, H107




Saturday, February 20, 2010

tak lupa kau Aida...

Siang tadi aku chating dengan Aida. Aida is my ex-classmate jugak. Masa chating tue, aku suh dia baca blog aku. And dia pun senyap sekejap.
……………

Then dia pun protes sebab gambar dia takda. Merajuk la konon. Cehhh. Yelah…yelah. Aku nak tengah post entri tentang kau la nie Aida oi. Harap-harap kau faham aku tak lupa kau.

Aida merupakan kawan yang aku kenal since form 2. Aida yang aku kenal adalah Aida yang mudah ketawa dan tak mudah nak ambik hati. HGL. Dapat plak kawan yang bengong macam aku nie bila begurau. Memang enjoy! Lagi nak cakap…Aida pandai memasak. Sedap weh. Aida, nape la kau tak kawen lagi eark? Patut kau dah ada anak sedozen dah sekarang. If kembar setiap tahun laa. Hahaha.

Seingat aku, Aida seorang yang penyayang. Mudah mesra. Senang diajak bersosial. Bersosial dalam erti kata yang positif k.

Aida, pasal entri sebelum nie, aku just nak mintak maaf k. Bukan taknak letak gambar kau. Sape suruh kau pindah sekolah time orang nak ambik STPM? Tue pasal muka kau takda dalam foto. Apelaa. So sekarang salah sape?

Ok. Pada yang tertanya-tanya muka Aida, meh klik sini. Atau tengok gambar kenangan yang dia sent by email tadi;


Gambar kenangan masa muda-muda dulu. Perkhemahan KRS peringkat sekolah.


Nie gambar kenangan dengan Cikgu Geografi. Aku berdiri paling kanan. Simply say, paling cute!

Friday, February 19, 2010

andai seminit terakhir buat aku

Aku baca blog Yani. About mati. Aku pun pernah fikirkan benda yang sama and pecaya atau tidak, apa yang Yani tulis pernah aku tulis dalam satu buku conteng aku. Masa tue sebelum aku melangkah ke UUM nie. Aku pun nangis masa tulis macam tue coz aku memang imagine if benda tu betul-betul terjadi dan how kalau aku tak sempat bagitau? Tak sempat mintak maaf? Tak sempat berterima kasih?

Tiga tahun yang lepas aku masukkan nama mak, bapak, nenek, adik-adik, Amy, Wadi, Gja, Ira….Cikgu Siti Nor, Cikgu Arbayah, Cikgu Hayati, Cikgu Hartati, kawan-kawan PLKN yang aku rindu. Pada Azmil.

Dan sekarang, kalau aku ada seminit sahaja dan dalam seminit itu aku diberi peluang untuk say bye pada orang-orang yang aku sayang, aku nak dunia tahu hati aku ada mereka;

>> Nenek, Ila, Mak, Ira & Bapak <<

>>Dolly<<


>> Kak Long, Dik Ija & Amy<<

>> Adam <<


>> Wani (ex-kakak ipar) <<


>> Nadie <<


>> Rakan-rakan JPM <<

Esok…lusa.. mungkin bukan milik kita. Siapa yang berani jamin kita masih mampu ketawa melihat matahari esok pagi? Aku pun tak berani nak jamin.

If aku tak bangun esok pagi. If esok, bilangan kawan korang akan kurang satu. If mungkin jugak bilangan musuh korang kurang satu. Aku just nak bagitau, hidup nie kita sendiri sering terkeliru pada jalan yang lurus dihadapan. Tolong mengerti aku manusia yang tak dapat tewas dari khilaf dan kesilapan.

Untuk segala ihsan yang pernah dihulur, terima kasih. Moga syurga tempat kita bersama. Andai ada dosa telah tercalit dalam kamus hidup kamu, aku harapkan kemaafan sebab aku rasa aku takkan sanggup menerima azabNya. If kamu yang tak sempat mintak maaf pada aku dan ingin menyeksa hidup dengan rasa bersalah, aku mintak sangat supaya jangan.

Dalam dalam hati aku…aku mungkin pernah marah. Dalam dalam hati aku…aku mungkin pernah benci. Yah itu betul sebab Tuhan kurniakan aku perasaan. Tuhan bagi aku hati yang ada jantung dan sentiasa berdegup sehingga ke seminit yang terakhir ini. Tuhan jugak kurniakan aku akal untuk belajar memberi maaf dan sesal pada setiap pengajaran. Kalau saja kamu bisa mengerti ini, alangkah bahagianya.

Alangkah bahagianyaaa jika kamu faham itu semua tatkala nafasku masih ada bertahun-tahun untuk kita sama-sama mencapai impianku. Sebab aku mahu ada namaku pada setiap senyum kejayaan kamu. Seperti nama kamu dalam ingatanku sehingga yang ke seminit terakhir ini.

Bye mak..bye bapak. Harap nenek tabah dengan kehilangan cucu ke-lima. Harap adik-adik pujuk mak supaya tak nangis lama. Harap yusri boleh jadi matang dan takkan buat mak risau lagi.

Bye Dolly..Harap kamu tak lupa saya. Saya suka kawan dengan kamu sebab kamu kawan saya yang paling sengal dalam sejarah koleksi kawan-kawan yang saya ada.

Adam, saya mintak maaf nie. Tapi saya tak pernah lupa awak sebab awak cinta pertama saya. First love never forget. Syah maaf. Maaf sangat-sangat sebab buat awak penat.

Semakin singkat masa, semakin kuat cinta. Biarkan kenangan berbunga diranting usia.


Wednesday, February 17, 2010

aku punya mereka















Sapa tak kenal. Memang rugi.


Gambar sekolah aku masa form 6. Mana aku? Hehee. Just imagine aku dengan tudung biru tue. Memang cute. Sebab tue abang camera tak bagi masuk, nanti tenggelam kawan-kawan yang lain.


Iltizam Romeos


Iltizam Juliets

pesanan buat yang dalam ingatan


Banyak kerja nak kena setel by this week. Tapi tak tau nak start yang mana dulu. Bila bler, aku akan automatik dengar lagu. Bila tension, buat air. Air pape lah. Milo ker, Neslo ker, Nescafe ker.
Cuti nie rasa tenang sikit. Rasa bebas nak buat apa pun. Cuma tinggal beberapa hari jer lagi. Cepatnya masa berlalu dan aku akan kembali ke saat-saat busy itu. I love busy actually. Aku suka buat something yang aku minat. Tak kisah la penat pun janji puas.

Hari nie hari rabu. Rasa macam baru semalam say bye to Dolly, to Yaya, to Diah, to Mai and to Yani. Lagi dua hari, wajah-wajah nie akan balik. Semoga korang puas berfoya-foya kat rumah masing-masing walaupun aku sedia maklum, korang tak pernah puas. Memang tak tau syukur. Hehehe.

To Athina. Wish the best of luck! Athina masuk competition NCC 18 and 19 hb nie. Budak tue protes habis sebab terpaksa cut cuti dia.

To Yaya, kalau baca nie. Pesan akak, drive elok-elok. To Diah, jangan sibuk pikir pesiapan nak kawen. Lambat lagi dik oi. Biar orang kampung yang uruskan. To Adik ipar, cepat balik. Awak tue anytime jer boleh balik SP. Rumah sekangkang kera jer. Takyah nak excited sangat. Hehehe.

To Dolly, cepat la sampai. Miss you like crazy. Eceh. Aku tipu jak tue. Hahaha.

To diri aku sendiri. Jangan berat kan otak sangattt. Study beb study. Ingat empat goals. Ingat pesanan nie. Kau adalah kau. Ada yang suka. Ada yang benci. Tapi yang mengerti kau akan kata sayang. Yang mengharap untuk difahami, akan kata kau poyo. Buat apa nak pikirkan sangat pandangan orang. Mana pendirian kau? Semua yang kau buat ada sebab. Ada sebab. Itu yang selalu kau cakap. Jadi buktikan ianya sebab yang relevan. Go go yul!

Walau dicaci dan rela untuk diuji. Aku takkan membenci apatah lagi terfikir untuk berhenti. Sebab aku memang begini. This is real. This is me. Ke hujung aku bermimpi. Ke puncak menjadi realiti!

Tuesday, February 16, 2010

KPO Tun Perak










Masa nie tengah cakap dengan Amy kat hujung tasik. Time nie kami atur check-point untuk kenakan JPM junior. Gambar kendit dari Nabil.


Haa.. nak p mana tue?


Nie salah check point nie. Cuba tengok betul-betul..


Jumpa dah clue nye? Eh Yani...amboi...sape suruh rehat?


Aduh...soalan apa lagi nie..?


Yehh. Selesai. Boleh ambik gambar.


Makan time! Uishh Dolly, dua pinggan. Eh Yani nie.. Nak enter frame jugak..


Ceramah dari ustazah Suraya Amir.


Yaya, muka penuh Hidayah laa. Jap jap, Yani khusyuknyer.

1.48 pm


Mengantuknyaaa. Tadi duduk lama sikit kat ofis DPP SME atau lebih spesifik lagi kat side telefon. Sibuk call orang sana-sini. Pasal project laa. Korang ingat apa? Begayutttt...? Please la. Ea eh..orang tak kate ape pun yul. Lebih plak kau.

Sepatutnya ada benda nak bincang dengan Abang Mizi, tapi dia off hari nie. So postpone lagi.

Lunch hour 12.30 sampai 2.00. Aku balik ambik labtop and online kat bilik Aktiviti 1 sebelah bilik JPM. Rasa macam nak online kat bilik JPM tapi sejak begelar mantan, segan plak. Takut ada barang hilang. Tak mau jadi salah seorang suspek. Hahaha. Mana tau toyol yang ambik, nama aku plak yang naik.

Erghhh. Jap lagi nak masuk ofis balik. Nak call PA PNC. Nie surat punya pasal la nie. Tak habis-habis.

K.. laa. Daa.


Monday, February 15, 2010

sometimes


Kadang-kadang ada rasa kecewa yang kita tak mampu nak luah. Kadang-kadang ada marah yang tak sanggup nak lepas. Kadang-kadang ada gembira yang tak mampu nak kata. Kadang-kadang ada sayang yang tak reti nak bagitau. Kadang-kadang kita ada seseorang yang dekat tapi kita menjauh hati.

Manusia. Mungkin tak pernah mengerti dan selalu mengharap untuk difahami sahaja.
Perlukah aku announce kat sini bahawa, bermula 10 hb Febuari yang lepas… tiada lagi….dot dot dot. Tettt! Sebenarnya aku masih belum sanggup. Erghhh!

Imbas kembali detik 10 hb dimana aku bangun awal pagi untuk lab claz Web Application Development. Pastu rush nak print Assignment coz nak submit kononnya before 12 pm. Thanks kepada yang menipu tu eark. Buat aku kelam-kabut jer. Time tengah kat dalam shop fotostat + printing yang memang pack dengan orang tue, aku gagahkan jugak fokus pada misi. Tetiba dapat mesej. Dan bunyi mesej tue memang menyakitkan sebenarnya tapi at that time, aku malas nak fikir. Siap stapler assignment, aku dengan Zaza naik bilik lecturer then selit assignment tue bawah pintu. Ok done!

Pastu masuk claz Distributed Computing. Ada kuiz weh. Tak payah nak buat statement macam tekejut beruk coz memang lecturer dah mention awal-awal. So, aku pun jawab dengan confidentnyaa siap bagi tiru jawapan kat orang depan. Hahaha. Tolong-menolong amalan mulia la kata kan.

After submit kuiz, aku keluar skip claz kejap coz nak call Athina untuk tanya pasal surat projek dia. Athina said, done!. Syukur. So, kami plan dinner together petang tue kat cafe.

Masuk claz balik. Ada presentation. Turn aku lepas cuti mid sem. Ok, aku ready. InsyaAllah. Lecturer remind pasal second assignment. Ok, aku masih tengah cari bahan. Sabar kawan-kawan. Sabar. Group assignment selalunya dianggap enteng. Aku kurang suka. Claz habis awal setengah jam. Thanks sir! Tolong buat selaluu. Kiu kiu =).

Balik dalam pukul 2 petang. Buat muka selamba padahal separuh hati tengah bengang. Ambik wuduk and solat zohor. Laparrr tapi malas. Mengantuk. So aku tidur dengan lenanyaa.

Bangun dalam pukul 5 petang. Mesej Athina jumpa pukul 6.30 petang. Aku tau terlalu awal untuk dinner tapi aku jugak tau bila duduk dengan Athina, kami akan menyembang panjang-panjang. Pasal banyak benda. So aku sengaja plan makan awal sebab aku ada proposal nak kena submit keesokannya.

Kat cafe, kami makan Burger Ayam Special + Neslo. Pengumuman, Athina pakai baju kurung. Sweet budak nie pakai baju kurung. Nampak sangat muka budak baik. Tambah lagi muka dia yang natural ala-ala innocent. Hee.

Tengah makan sambil sembang-sembang, si Adik ipar call. Ok, aku jawab. Dia bagitau dia dalam keta nak pergi Jitra. Dia pegi dengan Yaya and Diah. And… kalau tak silap dengar, dengan cik Nurly jugak. Adik ipar tanya nak pesan pape tak. Dalam hati, baiknya adik ipar aku. Jangan jeles para kakak-kakak ipar seluruh Malaya. Hahaha. Menjawab pertanyaan Yani, aku just said takda pape kot. Hati-hati jer laa.

Balik bilik around 8 pm. Aku on labtop. Prepair untuk buat proposal. Dalam pukul 10, Nadie datang since proposal tue tugasan berkumpulan k. Tugas untuk Nadie, cari bahan sikit-sikit kat tenet and pas kat aku untuk aku modify dalam proposal. Siap sebelum 12 am. Rasa macam nak pegi bilik JPM tapi rasa dah lewat. So…..begitu la sudahnyaaa.

Sebenarnya, pada 10 hb itu, aku tengah marah. Tengah ada perasaan benci. Cumaaa aku malas nak tunjuk sebab rasa tak perlu sebab dah terlalu banyak perisa dalam hati nie sejak minggu lepas.

Tolonglah tolong. Aku nak cakap niee. Aku pun dah benci. Seri satu sama. Hadapila hidup nie dengan bahagia. Apabila semua benda kelihatan hilang, just remember masa depan yang semakin mendekat.

Sunday, February 14, 2010

broken friendship

One talk
Turned into shouting
We can’t agree
On one thing

I wanted to repair it
But now I know
There no point of everything
Because our friendship is now very low

I wanted to know if our friendship really mattered
Then I saw you walk into different direction
Then I saw our friendship
Suddenly shatter into zillions

All I wanted to do is repair it
But I know
None of you really want it
So I give up

I guess our friendship
Can’t really last forever
There’s no such thing as
‘It really matters'

>>>poem nie...special untuk Amiey...<<<

novel cinta islamic


Bila yuyul boring tahap gaban, dia akan cari novel. Tapi bila baca novel, kebanyakannya boring. Kecuali novel yang ditulis oleh Habiburrahman El-Shirazy. Sejak baca novel Ayat-ayat Cinta, aku dah mula tertarik untuk baca novel lain dari beliau. Memang best! Itu pada pendapat aku laa. Tak tau la korang macam mana kan.

Sape dah tengok movie Ketika Cinta Bertasbih? Best tak? Aku dah tengokkk. Tapi kalau you all tak baca novel dia, mesti korang konfius skit coz movie dia tak adapt semua dari dalam novel. So aku advice baca novel dia dulu.

Ape? Takda?? Jangan risau. Jangan pening kepalaa. Jangan garu kepala. Meh sini. Aku adaa. Rugi tau tak baca. Rugi sangat-sangat.

Menurutku, cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang, mengubah setan jadi nabi, mengubah iblis jadi malaikat, mengubah sakit jadi sehat, mengubah kikir jadi dermawan, mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana, mengubah marah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah, itulah cinta!

Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar. Namun jika kudatangi ak jadi malu pada keteranganku sendiri. Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang. Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya. Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keledai terbaring dalam lumpur cinta sendirilah yang menerangkan cinta dalam percintaan!

-dipetik daripada Ketika Cinta Bertasbih 2-

Thursday, February 11, 2010

Sumpah sekarang aku dah semakin kurang ajar. Aku sedar tue so tak perlu ada sesape datang lepas nie and cakap, ‘yul mulut kau nie jahat laa’. Nasihat aku, boleh blahhh. Shuh! Sebab bila kita baik, orang ingat kita takut. Bila kita diam, orang ingat kita tunduk. Tapi selagi aku disini, aku tak kan biarkan ituu. Takkan!

Setiap sem yang aku lalui di UUM nie mengajar aku menjadi perempuan yang tabah. Tabah dari semua sudut. Setiap kekuatan itu juga terkumpul dari mereka yang merasa akan perit dan tekanan yang sama.

Aku takkan menyesal.

Aku takkan tunduk.

Aku takkan kalah.

Sebab aku tak benci kau. Aku bukan tak sayang. Cuma kamu mengajar aku erti lebih kuat bertahan. Lebih mahu untuk memahami mereka. Lebih menyanyangi mereka. Aku tak tau sejak bila sebab memang tak pernah ada tarikh rasmi. Cukup la kamu tau, setiap tarikh yang kamu calarkan dengan tekanan yang seakan tidak tergalas olehnya adalah hari dimana aku semakin membenci kamu. Semakin sudah tidak mengerti kamu. Semakin mahu menjauhkan diri.

Tuhan. Jika ini satu lagi perjuangan yang Kau mahu aku depani, berikan la aku senjata unggul untuk menjatuhkan mereka. Jatuh sehingga mereka sedar tanah dimana mereka berpijak. Jatuh sehingga mereka terjaga dari tidur yang telah lama.

Jika aku berada ditempat yang salah, letakkan aku jauh dari semua mereka. Tapi aku yakin. Hati ku tak pernah silap untuk mengerti pada yang lebih pasti.

Aku tidak pernah mahu apa-apa.

Aku tidak pernah menduga ini.

Aku tidak pernah rasa bimbang sebegini.

Cuma yang aku tahu. Aku tidak pernah kalah pada jalan yang benar bermula sejak 10 september itu.

Kalau berani, face-to-face laa. Bukan face TWO face jerrr. =p (memang jelas ada unsur kurang ajar kat situuuu). Memang nak kena si yul nie. Owh. Like I care!

Wednesday, February 10, 2010

penattt


Jam dah tunjuk angka 1.33 am. Masih tak tidur lagi. Baru siapkan assignment. Erghh. Sepatutnya kalau ikut schedule aku, siap lebih awal. Sepatutnya sekarang aku tengah membuta. Sepatutnya sekarang, aku tak gatal tangan nak menulis.

Hari nie rasa penat. Bukan tubuh nie yang letih cuma otak penat pikir banyak benda. Macam tak tergalas. Dua hari nie aku sedihhh. Yang teramatt dalam sejarah aku sebagai seorang kakak. Aku mau you all faham satu benda jer. Cukup yang satu nie korang dah boleh faham, aku akan rasa lega dan bebas. Aku tak suka… Aku tak mau… ada sesiapa. Sesiapa sahaja mengusik atau menjentik tak kira la dalam bentuk soft skill ker, hard skill ker… pada orang-orang yang aku sayang!

Yes aku senang nak nangis. Boleh la korang nak kata cengeng punnn tapi aku susah nak tunjuk. Sebab aku belajar apa itu makna tabah walau pun mungkin hanya untuk seminittt. Jika dengan tabahku yang seminit itu mampu memberi ketabahan yang lama pada yang lain, aku akan terus berusaha untuk terus tabah ke setiap minit yang lain.

Yes aku nakal. Kadang-kadang tak boleh jadi contoh yang baik untuk adik-adik. Cakap maen lepas jer. Tapi jika nakal ku itu mampu menjadi tembok setiap duka mereka, mungkin satu hari nanti aku akan belajar untuk jadi jahat. Sejahat yang boleh sampai setan pun takut nak dekat.

Yes aku sayang. Sayang yang tak tau macam mana nak tunjuk. Sayang pada kamu yang selalu menemani aku. Adik-adik ku.

Sunday, February 7, 2010

seuntai kata untuk dirasa

Kata nenda,
Kawan umpama lebah…
ada madu dia muncul.

Kata bonda,
Kawan bagai kumbang…
habis madu terbang pergi.

Kata ayahanda,
Kawan cuma merpati…
disiul tidak mungkin datang.

Tapi aku bukan seperti itu,
Aku mahu jadi kemboja yang memberi rendang pada pusara
dan menabur wangi di atas Bumi

Walaupun aku tidak mampu jadi Matahari
mengeringkan ikan dijemuran.
Tapi…
Aku tidak mungkin akan jadi lalat yang merosakkannya!

mencapap


Hari Sabtu yang muram. Aku tak tau dan mungkin aku tak mau tau. Why? Tapi lumrahnya, pasti ia ada kaitan dengan hari semalam. Takpe la. This time aku pilih untuk jadi sesenyap yang boleh. Sesenyap yang mampu jika itu mampu memberi damai pada semua.

Just forget it.

Last nite, aku masuk bilik JPM. Bilik yang ku sayang, bilik yang banyak meninggalkan kenangan. Disatu sudut bilik itu, aku pernah lari berkejaran macam kanak-kanak Ribena. Disatu sudut itu, aku pernah bengang dengan Kak Fie sebab dia reject paperwork aku. Disatu sudut itu, aku pernah duduk sambil Lian membersihkan luka kat lutut akibat jatuh kat tepi dewan kachi. Masih berparut hingga hari nie. Disatu sudut itu, aku dan mereka ketawa bersama. Disatu sudut itu, kami sama-sama meluahkan rasa tak puas hati. Dan setiap sudut bilik itu menjadi saksi pada setiap kejadian. Yang pahit dan manis.

Sekarang, bilik tue masih setia merakam setiap memori walaupun penghuninya bertukar wajah dan karakter. Ada watak baru. Cara baru. Transformasi baru dari adik-adik junior ku.

Malam tadi bilik tue agak sepi sedikit. Memang aku tak suka keadaan macam tue. Aku suka pada suasana gurau senda. Well, malam tadi kan budak-budak Law ada dinner kat Sungai Petani. Bila keadaan dah jadi sunyi baru perasan, hidup aku kat sini memang dikelilingi dengan budak Law eak? Memang efect sangat. Dik ija, Athina, Yani, Mai, Cuya, Na… Then kena plak Diah pun takde coz program HIMPUN. Mari sama-sama gelakkan Diah. Hahahaha. Kak Long plak dengan kerja part time.

Siang sebelum tue, ada mesej dari Yani si adik ipar. Tengah mesej-mesej tue, dia pun bagitau , ‘mak Yani belikan baju kat Yani untuk dinner. Dhoti kak oi. Hindustan la saya malam nie.’ Dalam aku tengah mamai, spontan aku tegelak membayangkan Yani dengan pakaian dinner dia tue. Whatever la dik. Janji awak pakai baju. Aku pesan jangan lupa ambik gambar cun-cun. Nanti boleh tunjuk.

Karakter Yani mengingatkan aku pada Gja. Karakter seorang yang susah nak marah. Selama aku berkawan dengan Gja, memang susah nak tengok dia tension. Muka dia buat aku rasa sangat tenang.

Hemh. Nama tajuk pun dah tau aku sebenarnya tak tau nak tulis benda apa. Just nak tulis. So, k la eak.

Owh ya. Kawan saya si Dolly yang sengal tue akan balik Sabah hari Isnin nie. I’m gonna miss you friend! Take very very care yah. Have a nice holiday Dolly! Cau cincau.

Friday, February 5, 2010

bibir berat mengatakan ya hati sakit mengatakan tidak



Bila kita mahukan sesuatu dengan niat lain tapi yang melihat dan mendengar menafsir pada firasat yang berbeza, mungkin kita nampak ketidakseiringan dalam perjuangan walaupun pada dasarnya matlamat kita sama.

Aku tidak berkecil hati, cuma kesal dan sedikit rasa tercabar. Rasanya ada yang mengerti bila yulie sudah rasa tercabar, apa yang dia akan jadi.

Apapun, keputusan bukan ditangan aku. Sebab janji adalah janji dan perlu dikotakan. Dan aku perlu lebih bersedia dari segi mental dan gangguan emosi. Biar apa orang kata, kita perlu pandang ke depan. Sebab bila kita asyik menoleh kebelakang ketika kita sedang menuju kehadapan, mungkin kita akan kemalangan.

Siapa tahu kemampuan mereka dan siapa tahu mereka lihat apa yang kita tak pernah nak pandang. Siapa kita untuk menentukan itu baik dan ini buruk. Persoalannya disini, kita bukan mahu mencipta kesempurnaan tapi lebih kepada apa yang terbaik. Sempurna itu datangnya dari keikhlasan kita untuk menunaikan tanggungjawab.

After this, aku akan menahan diri dari mengeluh sebab sumbangnya sedikit rentakku akan menyebabkan pincangnya sebuah tarian.

Arghhh. Aku tahu, yang membaca ini tak faham. But whatever laa. Ini blog saya. Saya ada hak untuk menulis dengan gaya saya. Kalian dipersilakan menafsir dengan warna mindamu. Tapi awas. Jangan sampai jadi isu lagi. Bertanya jika mahu.

semalam

Baru-baru nie tercetus sedikit kontroversi antara aku dengan kawan-kawan. Gara-gara statement aku kat facebook yang disalah ertikan. Mula-mula ingatkan takde ape sangat coz aku anggap ianya nothing. But, after ada statement yang bunyinya tersangatlah ada unsur kurang sopan baru la aku terasa something went wrong.

Prinsip pertama aku, jangan takut kalau tak salah. Jangan menyorok kat mana-mana. So, aku mintak advice dari Kak Dayah and Dolly. Paling rasa bersalah dengan Dolly coz mungkin dia mula dibenci hanya kerana statement aku yang kurang jelas. After dengar luahan Dolly, aku terus ambil tindakan drastik. Jangan sampai Dolly hilang percaya pada aku. Aku takkan berapa kisah if orang lain yang hilang kepercayaan pada aku but bukan Jennyfah Justin. Sorry friend.

Tapi, ape-ape pun aku dah clearkan everything. Kalau masih ada hati yang bercalar balar, jemputlah face-to-face ok. Aku pasti ada jawapan untuk setiap soalan yang menjadi kekeliruan.
Rasa legaaa giler. Tidak mahu persahabatan diuji sebegini. Tidak berbaloi-baloi. Syukur. Harap kepercayaan Dolly masih utuh buat aku. Yah. Nak takut apa. Tuhan pasti lebih tahu yang terbaik buat kita. Dan Tuhan tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang tidak tergalas oleh hambaNya.

Stop about that.

Malam tadi tidur kat bilik JPM dengan Yani and Diah. Sebelum tue budak-budak JPM junior nie ada meeting. I thought pasal hal-hal JPM or masalah student so aku memang tak masuk campur dan tak akan masuk campur. Dah bersara buat la cara macam orang dah bersara kan. Hee.

Then after tue, aku duduk kat kerusi kayu dengan Na, Mai and Diah. Kami menyembang. Na pun bagitau plan dorang pasal nak celebrate ulang tahun DPP SME Bank yang pertama. So, aku pun dengar and said that idea was good la kan. Sebab dorang nak buat dinner kat padang. And kejutan buat aku bila Na bagitau yang aku kena jadi Ex-oficio. Mula-mula ingat Na main-main so aku pun buat muka sememeh jer la since Yani sendiri tak cakap apa lagi. Then, bila tengok muka budak-budak nie ala-ala beriye, aku pun tanya why me?

Na pun bagitau sebab dia. Terkejut jugak. Bab nak handle program yang ala-ala protokol nie, memang bukan bidang aku. So, aku mintak dorang pertimbangkan mantan-mantan yang lain. Mungkin diorang lebih layak sebab aku takut. Takut benda nie jadi isu lagi. Jadi isu disebabkan aku yang memang agak cloze dengan JPM junior. Takut ada mulut yang kata agenda nie berunsur politik.

Apa-apa pun, Na masih bertegas dengan keputusan dia. Dan aku cuba mengelak. Bukan nak lari dari beban dan bukan tak sudi nak menolong. Cumaaa. Macam mana nak explain eak…? Why? Apa pulak kata mereka nanti?

Kami bincang pasal lokasi and setting khemah dan props yang perlu. Disebabkan aku agak meragui cadangan nak buat kat padang, Yani pun create plan B. After tue, aku cuba membentuk AJK pelaksana yang patut. Program nie melibatkan JPM lama dan baru. Idea yang cukup bagus untuk kekal mengeratkan hubungan diantara kita. Semua jawatan sudah terisi kecuali yang paling atas. Yani cakap KIV dulu. So, masih ada harapan untuk aku cuba menggeleng.

Terima kasih buat Na, Yani and MT JPM junior yang bagi kepercayaan nie. Ntah kriteria apa yang korang tengok kat aku pun, aku tak tau la. Cuma satu yang aku mintak, harap korang dapat pertimbangkan position tue sekali lagi dan semasak-masak yang boleh. Sebab aku takut aku tak mampu bagi komitmen pada semua projek. Projek Athina pun tak setel lagi. Dah kena tambah yang nie plak. Mungkin orang boleh kata, tugas ex-oficio hanya memantau. Hanya memberi nasihat. Tapi aku tak rasa aku hanya akan berdiam diri dengan jawatan tue. Aku warning Na, ‘Kurus la Yani nie akak kerjakan kalau akak jadi ex-oficio’. At that time, Yani dengan Diah main Saidina. Tak tau la samada Yani dengar atau tak coz muka dia innocent jer. Na hanya senyum.

Dalam hati ada sedikit risau. Tapi aku harapkan yang terbaik untuk idea dorang nie. Memang cun!

Kat mana pun posisi aku dalam program nie, aku hanya mengharapkan yang terbaik. Yang terbaik dari keikhlasan diri ini. Terkadang kita tidak terduga dengan apa yang bakal menanti.

Tuesday, February 2, 2010

peace no war


Hari nie 1 hb Feb. Claz hari nie satu jer. Rasa tak bleh focus. Tak tau la kenape. Dalam claz duduk sebelah Hesty. Aku tengok Hesty sibuk mewarna story-board untuk assignment dia. Ada sekali tue aku terlepas cakap, ‘Shit, tak bleh focus aku study hari nie.’ Then Hesty toleh kat aku. Terus kitorang menyembang. So, tersembang la pasal incident malam Penari Audirasari vs Penari Junior. Ada suara-suara tak puas hati. Dan kalau dengar cerita Hesty, macam ada mis-communication malam tue. Rasa kesal coz tak dengar dari kedua-dua pihak tapi aku memang tak layak untuk judge atau jadi penyelesai masalah nie coz serba-serbi pasal tari-menari aku tak tau. Jadi, malam tue aku pas Mai kat Kak Dayah since aku tau Kak Dayah memang ada kena-mengena jugak dalam group Audirasari nie.

Mungkin salah disebelah pihak sana jugak yang terover cakap sampai satu group kena blame. Jadi pada aku, Mai dengan wakil budak Audirasari nie kena duduk berbincang. Bukan salah Mai dan bukan jugak salah budak-budak Audirasari. Mungkin budak Audirasari tue tak bermaksud nak cakap macam tue. Dan Mai menyalah tafsir.

Ada something yang tak clear malam tue sampai benda nie sedikit jadi isu. Kesian Mai. Kesian jugak pada anggota Audirasari yang tak besalah. Kerana nila setitik la kata kan.

So, after this taknak sapa-sapa terasa hati. Tadi Hesty cakap dah tak enjoy nak join aktiviti. Aku cuba untuk membuat Hesty faham keadaan Mai dan sekaligus mengajak Mai duduk slow talk sebab aku yakin Mai cukup bagus dibawak berbincang. Hanya yang perlu ialah kesesuaian masa dan keadaan.

Hesty ada mintak contact number Mai dari aku tapi aku tak bagi coz memikirkan keadaan Mai yang still tak sihat lagi. Biarkan semua orang dapat befikir dalam keadaan yang walafiat. Aku harap kau faham Hesty. Bukan cuba untuk membela Mai tapi aku just tak mau benda makin kusut.

Pliz jangan ada konflik antara kamu. Harap Kak Fina boleh jadi perantara dan pendamai diantara keduanya.

damn it!


Semalam adalah hari dimana aku kembali menunjukkan perangai baranku yang ku sangka telah ku tinggalkan di Sabah sana. Kesabaran teruji dengan sikap teman yang mungkin terlalu menyangka aku adalah si yulie yang lembut hatinya dan mampu bertolak ansur pada semua perkara. Aku membuktikan mereka silap. Sekali aku dah marah, bermacam maki hamun akan ku luah. Geram sebab rasa diri diperbodohkan. Mungkin mereka tiada niat itu tapi pada aku once kau dah buat means akan jadi habit.

Hanya Athina seorang yang berani berdepan dengan aku petang tue. Bertanyakan samada aku ok atau tak. Kalau ikutkan panas hati yang masih membara, aku tak mahu berdepan dengan sesiapa. Tapi bila fikir rasional, Athina takda kena-mengena. So, be mature. Then aku dengan Athina menyembang sambil meredakan rasa geram pada ‘malaun-malaun’ yang dah buat aku bengang. ‘Malaun-malaun’! Yes. Itu gelaran yang dorang dapat dari aku. Selain tue jugak aku cakap dorang tue ‘Hantu’ and ‘Stupid Idiot’. Sorry kalau rasa bengang tapi kalau nak cakap pasal bengang, aku rasa aku yang lebih layak berhujah tentang makna BENGANG.

Bukan dorang tak mintak maaf tapi aku rasa sampai satu masa pernyataan ‘aku dah maafkan kau tidak lagi sesuai untuk menginsafkan that ‘Stupid Idiot’. Owh yah, sebelum ada yang membaca entri ni dan mula terasa hati, semua gelaran dan pangkat yang aku dah nyatakan tadi hanya special to those yang berjanji. Bodoh la. Mereka-mereka yang bertanya pukul berapa and mendapat mesej 5.30 PETANG.

Malam tue, ada meeting dengan Athina pasal projek dia. And kat situ aku jumpa Dolly. Dolly tanya kenapa aku merajuk. Excuse me? Sesedap hati jer Malaun-malaun tu bagitau Dolly yang aku merajuk. Setahu aku merajuk hanya pada yang sayang. Tak kuasa aku nak merajuk dengan Hantu. Then after selesai bincang-bincang pasal projek Athina, aku dengan Dolly minum kat café sambil explain perkara yang sebenarnya. Melalui Dolly aku dapat tahu Lian turun jugak petang tue kat gelanggang futsal. Rasa guilty dengan Lian sebab aku mesej dia ajak maen but Lian tak bagi respon so aku expect dia tak datang dan automatic tak tergolong dalam pangkat-pangkat di atas. Sama jugak dengan Kak Dayah. Aku sendiri terkejut sekejap bila tengok Kak Dayah muncul time aku on the way nak balik bilik. Dengan cara yang agak kurang ajar, aku baling bola pada Kak Dayah dan say something yang memang sah-sah tunjuk aku tengah marah. Kak Dayah panggil but aku tak toleh langsung dan terus blah macam tue jer. SORRY kak.

Soooo. After this jangan ada sesiapa yang berani-berani maen bab MASA dengan aku. Pesanan untuk semua pelapis pemimpin negara, tak yah la duk kalut nak fikir macam mana nak manage negara kalau nak manage time sendiri pun dah FAIL!