Kata nenda,
Kawan umpama lebah…
ada madu dia muncul.
Kata bonda,
Kawan bagai kumbang…
habis madu terbang pergi.
Kata ayahanda,
Kawan cuma merpati…
disiul tidak mungkin datang.
Tapi aku bukan seperti itu,
Aku mahu jadi kemboja yang memberi rendang pada pusara
dan menabur wangi di atas Bumi
Walaupun aku tidak mampu jadi Matahari
mengeringkan ikan dijemuran.
Tapi…
Aku tidak mungkin akan jadi lalat yang merosakkannya!
No comments:
Post a Comment