Friday, February 5, 2010

semalam

Baru-baru nie tercetus sedikit kontroversi antara aku dengan kawan-kawan. Gara-gara statement aku kat facebook yang disalah ertikan. Mula-mula ingatkan takde ape sangat coz aku anggap ianya nothing. But, after ada statement yang bunyinya tersangatlah ada unsur kurang sopan baru la aku terasa something went wrong.

Prinsip pertama aku, jangan takut kalau tak salah. Jangan menyorok kat mana-mana. So, aku mintak advice dari Kak Dayah and Dolly. Paling rasa bersalah dengan Dolly coz mungkin dia mula dibenci hanya kerana statement aku yang kurang jelas. After dengar luahan Dolly, aku terus ambil tindakan drastik. Jangan sampai Dolly hilang percaya pada aku. Aku takkan berapa kisah if orang lain yang hilang kepercayaan pada aku but bukan Jennyfah Justin. Sorry friend.

Tapi, ape-ape pun aku dah clearkan everything. Kalau masih ada hati yang bercalar balar, jemputlah face-to-face ok. Aku pasti ada jawapan untuk setiap soalan yang menjadi kekeliruan.
Rasa legaaa giler. Tidak mahu persahabatan diuji sebegini. Tidak berbaloi-baloi. Syukur. Harap kepercayaan Dolly masih utuh buat aku. Yah. Nak takut apa. Tuhan pasti lebih tahu yang terbaik buat kita. Dan Tuhan tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang tidak tergalas oleh hambaNya.

Stop about that.

Malam tadi tidur kat bilik JPM dengan Yani and Diah. Sebelum tue budak-budak JPM junior nie ada meeting. I thought pasal hal-hal JPM or masalah student so aku memang tak masuk campur dan tak akan masuk campur. Dah bersara buat la cara macam orang dah bersara kan. Hee.

Then after tue, aku duduk kat kerusi kayu dengan Na, Mai and Diah. Kami menyembang. Na pun bagitau plan dorang pasal nak celebrate ulang tahun DPP SME Bank yang pertama. So, aku pun dengar and said that idea was good la kan. Sebab dorang nak buat dinner kat padang. And kejutan buat aku bila Na bagitau yang aku kena jadi Ex-oficio. Mula-mula ingat Na main-main so aku pun buat muka sememeh jer la since Yani sendiri tak cakap apa lagi. Then, bila tengok muka budak-budak nie ala-ala beriye, aku pun tanya why me?

Na pun bagitau sebab dia. Terkejut jugak. Bab nak handle program yang ala-ala protokol nie, memang bukan bidang aku. So, aku mintak dorang pertimbangkan mantan-mantan yang lain. Mungkin diorang lebih layak sebab aku takut. Takut benda nie jadi isu lagi. Jadi isu disebabkan aku yang memang agak cloze dengan JPM junior. Takut ada mulut yang kata agenda nie berunsur politik.

Apa-apa pun, Na masih bertegas dengan keputusan dia. Dan aku cuba mengelak. Bukan nak lari dari beban dan bukan tak sudi nak menolong. Cumaaa. Macam mana nak explain eak…? Why? Apa pulak kata mereka nanti?

Kami bincang pasal lokasi and setting khemah dan props yang perlu. Disebabkan aku agak meragui cadangan nak buat kat padang, Yani pun create plan B. After tue, aku cuba membentuk AJK pelaksana yang patut. Program nie melibatkan JPM lama dan baru. Idea yang cukup bagus untuk kekal mengeratkan hubungan diantara kita. Semua jawatan sudah terisi kecuali yang paling atas. Yani cakap KIV dulu. So, masih ada harapan untuk aku cuba menggeleng.

Terima kasih buat Na, Yani and MT JPM junior yang bagi kepercayaan nie. Ntah kriteria apa yang korang tengok kat aku pun, aku tak tau la. Cuma satu yang aku mintak, harap korang dapat pertimbangkan position tue sekali lagi dan semasak-masak yang boleh. Sebab aku takut aku tak mampu bagi komitmen pada semua projek. Projek Athina pun tak setel lagi. Dah kena tambah yang nie plak. Mungkin orang boleh kata, tugas ex-oficio hanya memantau. Hanya memberi nasihat. Tapi aku tak rasa aku hanya akan berdiam diri dengan jawatan tue. Aku warning Na, ‘Kurus la Yani nie akak kerjakan kalau akak jadi ex-oficio’. At that time, Yani dengan Diah main Saidina. Tak tau la samada Yani dengar atau tak coz muka dia innocent jer. Na hanya senyum.

Dalam hati ada sedikit risau. Tapi aku harapkan yang terbaik untuk idea dorang nie. Memang cun!

Kat mana pun posisi aku dalam program nie, aku hanya mengharapkan yang terbaik. Yang terbaik dari keikhlasan diri ini. Terkadang kita tidak terduga dengan apa yang bakal menanti.

No comments:

Post a Comment