Friday, February 19, 2010

andai seminit terakhir buat aku

Aku baca blog Yani. About mati. Aku pun pernah fikirkan benda yang sama and pecaya atau tidak, apa yang Yani tulis pernah aku tulis dalam satu buku conteng aku. Masa tue sebelum aku melangkah ke UUM nie. Aku pun nangis masa tulis macam tue coz aku memang imagine if benda tu betul-betul terjadi dan how kalau aku tak sempat bagitau? Tak sempat mintak maaf? Tak sempat berterima kasih?

Tiga tahun yang lepas aku masukkan nama mak, bapak, nenek, adik-adik, Amy, Wadi, Gja, Ira….Cikgu Siti Nor, Cikgu Arbayah, Cikgu Hayati, Cikgu Hartati, kawan-kawan PLKN yang aku rindu. Pada Azmil.

Dan sekarang, kalau aku ada seminit sahaja dan dalam seminit itu aku diberi peluang untuk say bye pada orang-orang yang aku sayang, aku nak dunia tahu hati aku ada mereka;

>> Nenek, Ila, Mak, Ira & Bapak <<

>>Dolly<<


>> Kak Long, Dik Ija & Amy<<

>> Adam <<


>> Wani (ex-kakak ipar) <<


>> Nadie <<


>> Rakan-rakan JPM <<

Esok…lusa.. mungkin bukan milik kita. Siapa yang berani jamin kita masih mampu ketawa melihat matahari esok pagi? Aku pun tak berani nak jamin.

If aku tak bangun esok pagi. If esok, bilangan kawan korang akan kurang satu. If mungkin jugak bilangan musuh korang kurang satu. Aku just nak bagitau, hidup nie kita sendiri sering terkeliru pada jalan yang lurus dihadapan. Tolong mengerti aku manusia yang tak dapat tewas dari khilaf dan kesilapan.

Untuk segala ihsan yang pernah dihulur, terima kasih. Moga syurga tempat kita bersama. Andai ada dosa telah tercalit dalam kamus hidup kamu, aku harapkan kemaafan sebab aku rasa aku takkan sanggup menerima azabNya. If kamu yang tak sempat mintak maaf pada aku dan ingin menyeksa hidup dengan rasa bersalah, aku mintak sangat supaya jangan.

Dalam dalam hati aku…aku mungkin pernah marah. Dalam dalam hati aku…aku mungkin pernah benci. Yah itu betul sebab Tuhan kurniakan aku perasaan. Tuhan bagi aku hati yang ada jantung dan sentiasa berdegup sehingga ke seminit yang terakhir ini. Tuhan jugak kurniakan aku akal untuk belajar memberi maaf dan sesal pada setiap pengajaran. Kalau saja kamu bisa mengerti ini, alangkah bahagianya.

Alangkah bahagianyaaa jika kamu faham itu semua tatkala nafasku masih ada bertahun-tahun untuk kita sama-sama mencapai impianku. Sebab aku mahu ada namaku pada setiap senyum kejayaan kamu. Seperti nama kamu dalam ingatanku sehingga yang ke seminit terakhir ini.

Bye mak..bye bapak. Harap nenek tabah dengan kehilangan cucu ke-lima. Harap adik-adik pujuk mak supaya tak nangis lama. Harap yusri boleh jadi matang dan takkan buat mak risau lagi.

Bye Dolly..Harap kamu tak lupa saya. Saya suka kawan dengan kamu sebab kamu kawan saya yang paling sengal dalam sejarah koleksi kawan-kawan yang saya ada.

Adam, saya mintak maaf nie. Tapi saya tak pernah lupa awak sebab awak cinta pertama saya. First love never forget. Syah maaf. Maaf sangat-sangat sebab buat awak penat.

Semakin singkat masa, semakin kuat cinta. Biarkan kenangan berbunga diranting usia.


1 comment: