Monday, February 15, 2010

sometimes


Kadang-kadang ada rasa kecewa yang kita tak mampu nak luah. Kadang-kadang ada marah yang tak sanggup nak lepas. Kadang-kadang ada gembira yang tak mampu nak kata. Kadang-kadang ada sayang yang tak reti nak bagitau. Kadang-kadang kita ada seseorang yang dekat tapi kita menjauh hati.

Manusia. Mungkin tak pernah mengerti dan selalu mengharap untuk difahami sahaja.
Perlukah aku announce kat sini bahawa, bermula 10 hb Febuari yang lepas… tiada lagi….dot dot dot. Tettt! Sebenarnya aku masih belum sanggup. Erghhh!

Imbas kembali detik 10 hb dimana aku bangun awal pagi untuk lab claz Web Application Development. Pastu rush nak print Assignment coz nak submit kononnya before 12 pm. Thanks kepada yang menipu tu eark. Buat aku kelam-kabut jer. Time tengah kat dalam shop fotostat + printing yang memang pack dengan orang tue, aku gagahkan jugak fokus pada misi. Tetiba dapat mesej. Dan bunyi mesej tue memang menyakitkan sebenarnya tapi at that time, aku malas nak fikir. Siap stapler assignment, aku dengan Zaza naik bilik lecturer then selit assignment tue bawah pintu. Ok done!

Pastu masuk claz Distributed Computing. Ada kuiz weh. Tak payah nak buat statement macam tekejut beruk coz memang lecturer dah mention awal-awal. So, aku pun jawab dengan confidentnyaa siap bagi tiru jawapan kat orang depan. Hahaha. Tolong-menolong amalan mulia la kata kan.

After submit kuiz, aku keluar skip claz kejap coz nak call Athina untuk tanya pasal surat projek dia. Athina said, done!. Syukur. So, kami plan dinner together petang tue kat cafe.

Masuk claz balik. Ada presentation. Turn aku lepas cuti mid sem. Ok, aku ready. InsyaAllah. Lecturer remind pasal second assignment. Ok, aku masih tengah cari bahan. Sabar kawan-kawan. Sabar. Group assignment selalunya dianggap enteng. Aku kurang suka. Claz habis awal setengah jam. Thanks sir! Tolong buat selaluu. Kiu kiu =).

Balik dalam pukul 2 petang. Buat muka selamba padahal separuh hati tengah bengang. Ambik wuduk and solat zohor. Laparrr tapi malas. Mengantuk. So aku tidur dengan lenanyaa.

Bangun dalam pukul 5 petang. Mesej Athina jumpa pukul 6.30 petang. Aku tau terlalu awal untuk dinner tapi aku jugak tau bila duduk dengan Athina, kami akan menyembang panjang-panjang. Pasal banyak benda. So aku sengaja plan makan awal sebab aku ada proposal nak kena submit keesokannya.

Kat cafe, kami makan Burger Ayam Special + Neslo. Pengumuman, Athina pakai baju kurung. Sweet budak nie pakai baju kurung. Nampak sangat muka budak baik. Tambah lagi muka dia yang natural ala-ala innocent. Hee.

Tengah makan sambil sembang-sembang, si Adik ipar call. Ok, aku jawab. Dia bagitau dia dalam keta nak pergi Jitra. Dia pegi dengan Yaya and Diah. And… kalau tak silap dengar, dengan cik Nurly jugak. Adik ipar tanya nak pesan pape tak. Dalam hati, baiknya adik ipar aku. Jangan jeles para kakak-kakak ipar seluruh Malaya. Hahaha. Menjawab pertanyaan Yani, aku just said takda pape kot. Hati-hati jer laa.

Balik bilik around 8 pm. Aku on labtop. Prepair untuk buat proposal. Dalam pukul 10, Nadie datang since proposal tue tugasan berkumpulan k. Tugas untuk Nadie, cari bahan sikit-sikit kat tenet and pas kat aku untuk aku modify dalam proposal. Siap sebelum 12 am. Rasa macam nak pegi bilik JPM tapi rasa dah lewat. So…..begitu la sudahnyaaa.

Sebenarnya, pada 10 hb itu, aku tengah marah. Tengah ada perasaan benci. Cumaaa aku malas nak tunjuk sebab rasa tak perlu sebab dah terlalu banyak perisa dalam hati nie sejak minggu lepas.

Tolonglah tolong. Aku nak cakap niee. Aku pun dah benci. Seri satu sama. Hadapila hidup nie dengan bahagia. Apabila semua benda kelihatan hilang, just remember masa depan yang semakin mendekat.

1 comment: