Hari nie 1 hb Feb. Claz hari nie satu jer. Rasa tak bleh focus. Tak tau la kenape. Dalam claz duduk sebelah Hesty. Aku tengok Hesty sibuk mewarna story-board untuk assignment dia. Ada sekali tue aku terlepas cakap, ‘Shit, tak bleh focus aku study hari nie.’ Then Hesty toleh kat aku. Terus kitorang menyembang. So, tersembang la pasal incident malam Penari Audirasari vs Penari Junior. Ada suara-suara tak puas hati. Dan kalau dengar cerita Hesty, macam ada mis-communication malam tue. Rasa kesal coz tak dengar dari kedua-dua pihak tapi aku memang tak layak untuk judge atau jadi penyelesai masalah nie coz serba-serbi pasal tari-menari aku tak tau. Jadi, malam tue aku pas Mai kat Kak Dayah since aku tau Kak Dayah memang ada kena-mengena jugak dalam group Audirasari nie.
Mungkin salah disebelah pihak sana jugak yang terover cakap sampai satu group kena blame. Jadi pada aku, Mai dengan wakil budak Audirasari nie kena duduk berbincang. Bukan salah Mai dan bukan jugak salah budak-budak Audirasari. Mungkin budak Audirasari tue tak bermaksud nak cakap macam tue. Dan Mai menyalah tafsir.
Ada something yang tak clear malam tue sampai benda nie sedikit jadi isu. Kesian Mai. Kesian jugak pada anggota Audirasari yang tak besalah. Kerana nila setitik la kata kan.
So, after this taknak sapa-sapa terasa hati. Tadi Hesty cakap dah tak enjoy nak join aktiviti. Aku cuba untuk membuat Hesty faham keadaan Mai dan sekaligus mengajak Mai duduk slow talk sebab aku yakin Mai cukup bagus dibawak berbincang. Hanya yang perlu ialah kesesuaian masa dan keadaan.
Hesty ada mintak contact number Mai dari aku tapi aku tak bagi coz memikirkan keadaan Mai yang still tak sihat lagi. Biarkan semua orang dapat befikir dalam keadaan yang walafiat. Aku harap kau faham Hesty. Bukan cuba untuk membela Mai tapi aku just tak mau benda makin kusut.
Pliz jangan ada konflik antara kamu. Harap Kak Fina boleh jadi perantara dan pendamai diantara keduanya.
No comments:
Post a Comment