Tuesday, February 23, 2010

duniaku hari ini


Hariku bermula dengan mood yang tak berapa elok pagi nie coz kena pegi claz Web Application Development. Malam sebelum tue memang busy giler. Dengan aku terkejar kesana-kemari. Dapat panggilan hangit dari Cuya tapi menerusi phone number Kak Dayah yang menyuruh aku segera datang ke bilik JPM. Owh ok Cuya, bagi aku solat isyak dulu eak.

Dengan menggalas beg labtop aku dengan muka cute pun datang. Tengok-tengok bala tentera mantan JPM lama Kak Dayah, Intan dan Amy and…di satu sudut ada Kak Fina. Muka semua serabut. Rupa-rupanaya, dapat arahan dari En.Muslimin untuk isi borang pencalonan Malam Puncak Gemilang. Aku dengan muka innocent ‘Kak Dayah, untuk BKU saya dah hantar laa’. Kak Dayah said, ‘Hantar lagi projek lain.’ Dalam hati rasa macam tak setuju coz aku rasa projek lain tak menepati kriteria untuk menang. Aku memang dah puas hati dengan projek Cuci-cuci Servis.

So, malam tue aku just tolong isi untuk pencalonan projek lain. Memang rasa tak sedap hati nak blah bila tengok yang lain sanggup tinggalkan assignment, sanggup tak baca buku padahal ada mid term keesokannya dan sebenarnya aku pun ada meting dengan Athina, Cuya and Zetty.

Ok la. Ok la. Aku tolong. Malam tue kami masuk pejabat untuk setelkan print dan mencari laporan berkenaan projek sem-sem lepas. Ada bakat jadi perompak yang educated! Hahaha.

Pastu tetiba Kak Dayah suruh kitorang bertanding gak untuk menang anugerah tokoh pelajar. Sangat aku cuba mengelak sebenarnya. Memang tak ikhlas! Tapi dengar-dengar ‘musuh’ kami hantar 10 pencalonan untuk kategori tue, so redhakan la untuk bertanding. Eqa pun print SIRA aku. Berkejar la aku ke bilik untuk ambik resume and gambar aku yang cun. Ceh ceh.

Dan pendekkan story, selesai kerja-kerja tue sume, Kak Dayah ajak aku pergi bilik dia sebab nak masak maggie. Yeh! So, Kak Fina bawak maggie. Amy pun join jugak. Tengah-tengah nak masak maggie tue, pintu Kak Dayah diketuk. Kak Fina yang sibuk try selendang Kak Dayah depan cermin, stop sekejap.

Eaeahhhh. Rupanya adik ipar datang bersama konco-konconya untuk ambik borang pencalonan tue. Bila Kak Dayah serah sampul kat Yani, aku terus rampas and bawar keluar. Aku nekad tarik diri dengan Amy. Sebab aku tau calon DPP SME Bank dah ramai. So, kalau just aku yang tak berapa bagus nie out, tak rugi pape kot.

Tapi sempat jugak berlaku adegan rampas-merampas resume aku dalam bilik Kak Dayah tue but at last, aku jugak yang berjaya.

Mungkin Kak Dayah kecewa. Mungkin. Tapi kak…tolong fahami. Saya memang macam nie. Benda yang saya tak ikhlas, saya susah nak ikut.

Hari nie bersamaan 22 Febuari, aku balik claz pukul 12.00. Pastu basuh baju yang dah dua hari tak basuh. Then rest kejap. Pukul 2 aku gerak ke pejabat untuk setelkan banyak benda sampai aku stress sorang-sorang. Betapa aku perlukan kamu Dolly! Berani kamu tak angkat call saya sebab tidur?? Erghh.

Then Kak Fina ajak keluar pegi makan. Aku dah makan actually so aku just follow minum-minum. Oder teh ais. Rasa sejuk sikit otak aku lepas minum air tue.

Masa on the way balik dapat mesej Kak Dayah ajak turun dewan untuk sama-sama memeriahkan majlis Malam Puncak Gemilang tue. Ok. Ini satu lagi aktiviti yang paling aku tak suka kat dunia nie. Diner! Tolong la jangan ajak saya kak oi. Tak suka. Tak suka. Tak suka.

Sape tak kenal Yulie yang degil. Kalau aku rasa ketidakhadiran aku tidak akan mencacatkan majlis, memang aku takkan pergi. Maaf lagi yer. Nak wat macam mana. Dah saya lahir dengan perangai serabai macam nie.

Aku duduk bilik baca journal untuk siapkan assignment. Dapat mesej dari Yaya;

Yaya: Kak yul meh la trn.. Mamam
Aku : Agak2laa. Akak dgn bju x snonoh nie nak trun.? Xpela, korg mkn ea. Akak nk wat keje lain laa. Hehe.
Yaya: Akak x snonh pun comel..
(Terasa berada di awang-awangan seketika. Ceh!)
Aku : Haha. Tau xpe. =). Pegila mkn..Enjoy da diner yah. Kim slm kat artis yg sorg tue..=p
Yaya: Artis ngn sy kehulu kehiliaq..yani n husband duk kt meja vvip. Mcm pngntin jauh2.Haha
Aku :Itu sy pnya adik ipar, mmg nak kenaa =p. Brani die curang eak. Mntang2 kakak ipar x trun, dia bepoya2 kat bwh..=p

Then, aku sambung kerja aku kat meja sambil dengar-dengar lagu. Then dalam pukul 11 lebih macam tue, aku dapat lagi mesej dari Zaza;

Zaza : Yul nape xdtg? Cuci2 service mng.
(Dalam hati…Alhamdulillah)
Aku : Kau kan tau prangai aku..Aku x suka dner2 nie. Mmg aku buat report kaw2 pnye utk prove cuci2 servis menang. Sume gmbr yg cun2 aku letak. Hahaha. Syukur.. Mesti En.Uda gmbra. Itu je aku nk.

Aku gembira sangat-sangat.
…………………………………………………………
Cop! Aku stop menaip jap. Teka kenape??? Tetibe pintu aku tebukak. Tak berketuk and takde salam. Bagus betul diorang nie.!!! Nasib baik aku tak bogel. Diah…Yaya…and Yani! Dua cup puding atas meja. Aku terkedu sat.

Baiknyaa adik-adik aku. Dah penat-penat p diner ingat jugak nak singgah kat bilik akak eak? Tapi kenape dengan cara yang kurang tatasusila? Rasanya tangan tu sempurna jer nak ketuk pintu kan? Tak bisu kan nak ucap salam??

Anyway, terus menyembang pasal majlis tadi. Dengar-dengar Kak Dayah menang anugerah. Eh? BAKSIS Pahang pun menang? Yeh! Syukur.

Tak rugi pun tak turun kan?

To AJK Cuci-cuci Servis, tahniah! Especially Nurul Hidayah as Pengarah Projek. Pegang jawatan Ex-oficio untuk projek tue, sebenarnya aku tak buat banyak benda pun coz Dayah memang seorang pengarah yang aku tak risau kredebilitinya. Ikhlas aku cakap, projek Cuci-cuci Servis adalah projek yang paling tak menyusahkan aku untuk dipantau sebab komitmen para AJK memang bagus. So, boleh la nak cakap aku just tumpang glamour sebab menang. To Zaza, thanks coz tolong ambik hadiah. Sorry Za sebab tak tunjuk report pencalonan tu sebelum submit coz benda tue nak cepat. Jadi, jangan plak ingat aku sisihkan kau as mantan timbalan aku eak. Hehehe. By da way, softcopy ada lagi kat labtop aku. Haa.

To Kak Dayah, tahniah gak! Caya la kak. Maaf yang teramat if tindakan saya tak hadir ke majlis tadi mencalit sedikit rasa menyampah kat hati akak. To all mantan yang tak puas hati gak, aku tadahkan telinga and relakan diri untuk dicaci.

To budak nakal tiga orang tadi, memang korang pandai buat kejutan. Tolong amalkan selalu eak (ikhlas menyindir). Apapun, aku senang dengan budak betiga nie. Love u! Yaya, Yani, Mai, Dik ija and Cuya…Good luck untuk midterm esok yah..( Hari nie laa. Dah lebih dari pukul 12 am dah yul )

To Dolly, nikmati detik-detik terakhir kamu di Sabah. Besok jumpa kat airport yah.

To semua hamba Tuhan, moga jumpa pagi nanti ... Selamat malam. Aku nak tidur. Claz pukul 8 am!

Selesai ditaip:
01:43 am, 23 February 2010, H107




No comments:

Post a Comment