Jam dah tunjuk angka 1.33 am. Masih tak tidur lagi. Baru siapkan assignment. Erghh. Sepatutnya kalau ikut schedule aku, siap lebih awal. Sepatutnya sekarang aku tengah membuta. Sepatutnya sekarang, aku tak gatal tangan nak menulis.
Hari nie rasa penat. Bukan tubuh nie yang letih cuma otak penat pikir banyak benda. Macam tak tergalas. Dua hari nie aku sedihhh. Yang teramatt dalam sejarah aku sebagai seorang kakak. Aku mau you all faham satu benda jer. Cukup yang satu nie korang dah boleh faham, aku akan rasa lega dan bebas. Aku tak suka… Aku tak mau… ada sesiapa. Sesiapa sahaja mengusik atau menjentik tak kira la dalam bentuk soft skill ker, hard skill ker… pada orang-orang yang aku sayang!
Yes aku senang nak nangis. Boleh la korang nak kata cengeng punnn tapi aku susah nak tunjuk. Sebab aku belajar apa itu makna tabah walau pun mungkin hanya untuk seminittt. Jika dengan tabahku yang seminit itu mampu memberi ketabahan yang lama pada yang lain, aku akan terus berusaha untuk terus tabah ke setiap minit yang lain.
Yes aku nakal. Kadang-kadang tak boleh jadi contoh yang baik untuk adik-adik. Cakap maen lepas jer. Tapi jika nakal ku itu mampu menjadi tembok setiap duka mereka, mungkin satu hari nanti aku akan belajar untuk jadi jahat. Sejahat yang boleh sampai setan pun takut nak dekat.
Yes aku sayang. Sayang yang tak tau macam mana nak tunjuk. Sayang pada kamu yang selalu menemani aku. Adik-adik ku.
No comments:
Post a Comment