Sunday, February 7, 2010

mencapap


Hari Sabtu yang muram. Aku tak tau dan mungkin aku tak mau tau. Why? Tapi lumrahnya, pasti ia ada kaitan dengan hari semalam. Takpe la. This time aku pilih untuk jadi sesenyap yang boleh. Sesenyap yang mampu jika itu mampu memberi damai pada semua.

Just forget it.

Last nite, aku masuk bilik JPM. Bilik yang ku sayang, bilik yang banyak meninggalkan kenangan. Disatu sudut bilik itu, aku pernah lari berkejaran macam kanak-kanak Ribena. Disatu sudut itu, aku pernah bengang dengan Kak Fie sebab dia reject paperwork aku. Disatu sudut itu, aku pernah duduk sambil Lian membersihkan luka kat lutut akibat jatuh kat tepi dewan kachi. Masih berparut hingga hari nie. Disatu sudut itu, aku dan mereka ketawa bersama. Disatu sudut itu, kami sama-sama meluahkan rasa tak puas hati. Dan setiap sudut bilik itu menjadi saksi pada setiap kejadian. Yang pahit dan manis.

Sekarang, bilik tue masih setia merakam setiap memori walaupun penghuninya bertukar wajah dan karakter. Ada watak baru. Cara baru. Transformasi baru dari adik-adik junior ku.

Malam tadi bilik tue agak sepi sedikit. Memang aku tak suka keadaan macam tue. Aku suka pada suasana gurau senda. Well, malam tadi kan budak-budak Law ada dinner kat Sungai Petani. Bila keadaan dah jadi sunyi baru perasan, hidup aku kat sini memang dikelilingi dengan budak Law eak? Memang efect sangat. Dik ija, Athina, Yani, Mai, Cuya, Na… Then kena plak Diah pun takde coz program HIMPUN. Mari sama-sama gelakkan Diah. Hahahaha. Kak Long plak dengan kerja part time.

Siang sebelum tue, ada mesej dari Yani si adik ipar. Tengah mesej-mesej tue, dia pun bagitau , ‘mak Yani belikan baju kat Yani untuk dinner. Dhoti kak oi. Hindustan la saya malam nie.’ Dalam aku tengah mamai, spontan aku tegelak membayangkan Yani dengan pakaian dinner dia tue. Whatever la dik. Janji awak pakai baju. Aku pesan jangan lupa ambik gambar cun-cun. Nanti boleh tunjuk.

Karakter Yani mengingatkan aku pada Gja. Karakter seorang yang susah nak marah. Selama aku berkawan dengan Gja, memang susah nak tengok dia tension. Muka dia buat aku rasa sangat tenang.

Hemh. Nama tajuk pun dah tau aku sebenarnya tak tau nak tulis benda apa. Just nak tulis. So, k la eak.

Owh ya. Kawan saya si Dolly yang sengal tue akan balik Sabah hari Isnin nie. I’m gonna miss you friend! Take very very care yah. Have a nice holiday Dolly! Cau cincau.

No comments:

Post a Comment