Wednesday, September 29, 2010

diary updated

Tinggal hari nie dan esok. Dua hari sahaja lagi aku akan tamatkan blog nie. Sedih jugak sebab dah setahun lebih aku menulis kat sini.

Apapun, aku tak tutup blog nie sampai la satu masa nanti. Mesti tak faham kan? - -'. Never mind. Nanti kau tau la tu apa maksud aku.

Ouh ya. To all friends yang mengenali diri ini, aku off number maxis untuk sementara waktu. Personal reason. Rasanya dah inform kat member-member yang cloze malam tadi. So anything, text me kat mana-mana tempat yang boleh menemukan aku.

Lagi nak bagitau, Jumaat nie ada majlis Rumah Terbuka kat ofis. So, seharian tu aktiviti makan-makan jer. Sapa tak malu, sila la datang. Bertempat di tingkat 4 bangunan MPT. Masa, 10 am sampai 3 pm.

Tak lupa kepada kawan-kawan UMS, Kaqak, Gja, Kasmah dan Suer, selamat bergraduasi pada 11 hb Oktober nie. Cogratz guys! You did it!

Untuk aku pulak, tabahkan hati untuk dua bulan seterusnya. Tak sedar masa berlalu. Dah 4 bulan! Next month, penyelia pelawat datang and kena submit draft report. After tu, aku hanya menghabiskan sisa-sisa praktikal disini dan tak sabar untuk menghirup udara tanah semenanjung. Apapun, udara Sabah much better!

Okeh. Tu jer. Bye.


Monday, September 27, 2010

ekspedisi Bukit Gemok dan picnic Taman Bukit Tawau


Macam yang aku pernah cakap sebelum nie, Sabtu lepas kami berlima (Yuyul cute, Kakaq, Gja, Kasmah and Suer) telah berjaya menawan Bukit Gemok. Ekspedisi yang terpaksa berdepan dengan cuaca buruk, dan keadaan tanah yang licin telah menyukarkan pendakian kami yang mengambil masa kira-kira 4 jam untuk sampai ke puncak dan turun semula ke kaki bukit.

Pengembaraan Yulie and the geng bermula ;


Ambik gambar dulu sebelum hiking!


Di kaki bukit.


Lets start beybeh!


Ok I lead kat depan

Masa kami dalam hutan ni, Gja bagi kami nama panggilan yang ala-ala adventure la nak panggil kannn. Rimba, Ribut, Petir, Taufan dan Banjir a.k.a Pelangi. Nak tau sapa pemilik nama-nama tu? Here we go ;


Dari kanan Petir , Banjir a.ka Pelangi dan Taufan.


Rimba dan Ribut


Psstt. Perhatikan muka Gja dua dari kanan. Syiuk la kunun tuh!


Sumpah suka gambar nie.


Nie peta perjalanan.


Kepelbagaian flora.


Ulat ape ntah.


Ni pun tak tau ape nama dia.


Sekali sedara lipan pun ada woooo.


Semut pun ade. Tu pun nak kena ambik gambar ke Kaq?

Lepas kami melepasi station number 4, tiba-tiba penunjuk jalan yang kami ikut masa first nak sampai dari station number 1 sampai station number number 4 dah takda. Puas la aku dengan Kaqak mencari-cari arah. But, dengan ilmu kembara yang aku ada, tenampak pohon pokok yang telah ditanda. Kami agak la kan, kalau orang lain tak kenal tanda tu, sure dah patah balik.


Penanda macam nie. So, after ni kalau you all nak elak sesat, boleh guna kaedah nie.


Opss. Tudung dah melayang. Bermandi peluh okeh!


See? Kaqak pun dah tak rupa macam dia dah. Kami kat belakang tu pun nak menyegal jugak.


Masa nie aku menyibuk nak enter frame. Huwhuu.


Dan akhirnya kami sampai!


Gembira tak bleh blah.


Taraaa! Kat Kanopi Walk.


Tak faham kenapa Gja suka sangat poss macam nie? (- -')


Smile beybeh. ^ ^


Picture time!


Ada gaya macam anak orang asli tak?


Rimba yang tewasss.


Penattt.

Selesai ekspedisi tu dalam kira-kira 2.30 petang, kami berlima ke aktiviti seterusnya. Mandi-manda di Taman Bukit Tawau. Tak jauh pun dari Bukit Gemok tu. Tapi, before tu kena la isi perut dulu!


Makan time!


Nyum nyum nyum! Mee goreng tu mak i yang buat tau. I tolong goreng telur. Hik hik.


Disebabkan baru lepas hujan, air sungai tersangat la deras dan sejukkkk!


Aku dan Kaqak tewas awal. Tak faham macam mana Suer boleh tahan berendam lama-lama kat dalam tu.


Promise friendship forever. Teka mana satu tangan aku?

Dan seperti itu lah ekspedisi kami berakhir. Sangat membanggakan sebab pendakian ini adalah cubaan pertama kami. Apa jadi kalau kami sesat???

Friday, September 24, 2010

payung gedik

Baru balik dari round bandar mencari payung. Ya PAYUNG. Anda tidak salah baca. Huh! Tarik nafas dulu. Penat.

Kalau setakat nak cari payung yang biasa-biasa jer takpe la. Ni kena cari payung yang unik sikit. Jenis payung yang boleh dilipat tapi pattern dia lain sikit. Ada renda. Actually, masa gathering dengan kawan-kawan hari tu, Kaqak pesan kat aku bawak payung sebab time tu dia tak sihat la konon. Jadi, aku pun bawak la payung yang dimaksudkan. Payung yang dibeli untuk aku oleh mak. Then, entah apa yang menarik sangat pada payung tu, Kaqak berminat nak beli sama dan suruh aku tanya mak beli kat mana.

Semalam dia ada la jugak cari payung tu, tapi tak jumpa. So, kebetulan hari nie aku nak keluar berjalan-jalan di sekitar Tawau mencari teh herba dan Kaqak meminta aku supaya tolong carikan payung macam tu. Katanya lagi, kalau tak jumpa seketul macam tu pun takpa asalkan seakan-akan payung tu dan nampak cantik.

Aku panggil payung tu as payung gedik. Sebab ada renda bagai. Seingat aku, baru dua kali aku pakai payung tu, itupun sebab hujan lebat. Kalau setakat gerimis, sory la kalau aku nak buka payung. Tak rock la kan pakai payung. Ceh. Tapi serius payung tu agak berat berbanding payung jenis lipat yang biasa sebab batang dia bentuk dia macam payung yang tak boleh lipat tu. Bentuk J. Can imagine? Ok takpe. Meh tengok nie ;


Payung gedik untuk Kaqak

So, memang sesuai la orang perempuan bawak sebagai senjata. Kot la tengah syok jalan-jalan ada peragut ker ape, belasah jer dengan payung tu sure pengsan. Kalau belasah kuat lagi, mesti koma punya la. Gerenti. (- -")

Ok mana kita tadi? Pasal cari payung tu kan. Haaa, punya susah giler nak cari payung nie. Dari satu kedai ke satu kedai. Sambil meredah hujan plak tu. Last-last jumpa jugak dekat satu kedai kat ceruk mana ntah. Dahla tu, memang tinggal satu pilihan jer. Takde color lain dah tapi memang sama la dengan yang aku punya tu cuma color jer lain.

Puas giler weh dapat jumpa payung tu. Heh.

Wednesday, September 22, 2010

diary updated

Pagi ni mood agak baik sikit sebab dah dapat selesaikan masalah coding semalam. Rasa nak melompat pun ada bila nampak code tu successful run. Alhamdullilah. Someone bagitau macam nie kat aku, 'Late is better than never'. Aku sangat setuju.

Dan ouh ya. Aku dah beli tiket flight dari Tawau ke Kuala Lumpur pada 3 hb Dec. Pada 4 hb Dec, fly terus ke Alor Setar. Akan ada di UUM sekitar 4 hb hingga 9 hb bagi menghantar laporan akhir Latihan Industri sekaligus buat final presentation. Dalam 10 hb, aku dan Yani akan ke rumah Yaya dan akan sama-sama ke Majlis Persandingan Diah pada 11 hb. Akhir sekali, akan kembali ke Tawau pada 13 hb. Begitu la kira-kira jadual pergerakan dan aktiviti aku nanti.

Terima kasih kepada Kaqak yang dah tolong book tiket flight tu.

Kepada mereka-mereka yang merindui diri ini, (ehemmm, tesedak kejap) sila la jejak saya di sekitar 3 negeri iaitu Kedah, KL dan Negeri Sembilan. Yah, Diah besanding kat Negeri Sembilan.

Kepada Amy dan Kak Dayah yang kata nak join tu, haaa, nanti kita calling-calling ya.

Ok itu cerita untuk bulan 12 nanti.

Untuk aktiviti seterusnya, aku, Kaqak, Gja, Suer dan Kasmah akan ber-hiking di Hutan Simpan Bukit Gemok dan bermandi-manda di Taman Bukit Tawau pada 25 hb nie. Segala tugas telah dibahagi-bahagikan (eh, kenapa aku rasa aku sangat bagus dalam management eak. - -") . Hanya tinggal menunggu hari sahaja. Tak sabar okeh! Cannot wait! Gambar-gambar insyaAllah akan di upload kemudian untuk membuat anda jeles dan kagum dengan keindahan semulajadi bumi Tawau. =p

Lately memang banyak sangat menghabiskan waktu cuti dengan mereka berempat. Ada saja idea nak meliar.

Tuesday, September 21, 2010

kita kawan selamanya kawan

Kau kawan dan selamanya kita akan berkawan. Itu janji aku pada kau teman. Aku sorry about entri 'Warnakan kelabu itu'. So sory. Walaupun apa yang kau cakap dalam chat tu jujur dan apa yang aku tulis tu tak tipu, setidak-tidaknya aku nampak diri kau yang lebih suka diam dari menambah keruh dalam takuk.

Kau tak mintak pun aku delete tapi rasanya, menjadi seorang kawan itu bukan setakat memberi apa yang diminta. Tapi memberi apa yang lebih perlu. Kau betul di tempat kau dah kau selalu betul. Aku selalu betul kerana kamu semua ada bersama aku. Teman-teman yang tak selalu ada. Tapi ada saat-saat salah seorang dari kita sedang memerlukan.

Aku tak mau mention nama kau kat sini. Tapi aku rasa kalau kau baca nie, aku harap kau sila la senyum.

Yang sudah tu sudah. Sepatutnya sudah. Hari nie aku belajar untuk terima yang ada di depan dan tinggalkan apa yang dibelakang.

Anyway, terima kasih bangattt dear friend.

bad day

Programming? Aku rasa aku tak jatuh cinta dengan kau la.

Masuk hari nie dah masuk 4 hari aku duk tercari-cari punca masalah coding yang aku try solve nie. Rasa cam urat otak dah bersimpul dah. Muka ketat jer dari pagi tadi. Kening nie dah besambung dah. Haishh. Hilang la pahala puasa aku.

Sape minat benda jadah nie, meh datang sini. Aku nak out!

Monday, September 20, 2010

cinta

Cinta? Jap, bagi aku gelak jap. - -‘. Ok dah. Semua sibuk sangat nak tau boyfriend aku tiba-tiba nie pesal eak? Risau ker aku lambat kawin? Releks laa. Memetik kata-kata Maria watak dalam cerita Ayat-ayat Cinta, ‘Setiap orang punya jodohnya masing-masing’.

Setakat nie aku tak pernah nak risau pasal itu. Belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang dalam dua tahun nie. Sabar okeh sabar.

Hari nie aku nak bagi nasihat percuma kepada anda-anda yang diluar sana yang tengah kemaruk bercinta sampai tak hingat dunia terutamanya orang perempuan. Tolonglah tolong jangan mengharap separuh mati dengan pasangan anda. Memberi sepenuh kepercayaan dan membiarkan diri dikawal oleh si dia sedangkan belum ada apa-apa ikatan. Korang tak rasa cam buduh ker bila nanti korang break and pada masa korang bercinta dengan si dia tu, semua benda dia control? Kata la korang bercinta dengan dia selama dua tahun dan selama dua tahun tu la korang tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Tak boleh pegi situ tak boleh pegi sini. Ishhh. Ale-ale break up. Tak ker rasa cam rugi jer dua tahun tu. Ibarat kalau umur korang Tuhan bagi sampai 60 tahun, actually korang hidup sebagai diri sendiri selama 58 tahun jer. Itu baru putus cinta dengan sorang, kalau 3-4 orang?? Dan kalau setiap sorang tu korang couple 2-3 tahun? Dan kalau korang dah start gedik bercinta masa umur 13 tahun lagi?? Hehhh. Sure aku gelak hentak-hentak kaki.

Sorry kalau ada muka yang dah jadi ungu bila baca nie.

Pada aku, simple jer. Aku buat apa aku nak. Kau buat apa kau nak. Kalau nak larang pun, only with a good reason. Bukan dengan alasan sayang semata-mata.

Sejak dari dulu lagi, aku tak berapa minat nak tau dia sedang buat apa. Dengan siapa. Dan apa-apa la yang aku rasa cam remeh-temeh jer. Do I really in love? Heh. Ntah. Its complicated.

When we love someone, we cannot find the right words to tell him. Setuju? Tepuk dada dan garu kepala. - -“

Kawan aku Wong Sze Sze pernah bagitau aku macam nie, ‘Kita takda sebab kenapa kita mula sayangkan seseorang, kalau bersebab pun, itu hanya alasan semata-mata.’ Anda setuju? Aku macammm agak setuju la jugak kot. (Heh jawapan macam tak confident).

Dan kalau ikut pemerhatian aku. Ceh ceh ceh. Lelaki nie lebih mengharap difahami. Yang perempuan plak mengharap disayangi. Okeh, dia macam ni tau, lelaki ada masa dia busy and bila tengah buat kerja, dia tak berapa minat nak begayut dengan girlfriend dia walhal sebenarnya dalam dia tengah busy tu dia asyik teringat kat girlfriend dia dan tak sabar-sabar nak kerja dia cepat selesai supaya dapat call girlfriend dia. Itu lelaki. Yang perempuan plak, selalu mengharap disayangi. Selalu nak boyfriend dia buktikan yang dia tu the only one yang dicintai. Kalau tak mesej sekejap, dah rasa tak keruan. Pastu, benda kecik pun nak mengadu. Terkena pisau sikit pun, terus ambik gambar jari yang luka tu then MMS kat boyfriend. Alahai. Luka kecil jer kot. Letak plaster dah la. Lebih-lebih plakkk. Dush! (Eh, tapi aku pun perempuan gak - -‘)

Dan berbalik pada perenggan ketiga tadi. Pengharapan yang melampau-lampau ni la yang akan buat you all frust giler-giler bila clash. Dah meningkat jumlah kes bunuh diri. Sia-sia jer kau hidup beb. Bunuh diri bajet dah komfem syurga pulak tu. Hehhh. Setau aku, bunuh diri sebab cinta tak dikira mati syahid yer.

Baik la. Berbalik pada perenggan pertama dan kedua. Siapa boyfriend aku? Siapa eak? Tolong angkat tangan siapa boyfriend Yulie Nurafnie? Angkat tinggi sikit eaa. Semua orang nak tau nie muka dia macam mana. Hah hah hah.

Setakat nie, biar la semua berjalan perlahan. Seperti angin yang meniup wajah. Useh. (Dalam hati ada tamannn). Realitinya, aku tak tau samada aku serius dalam hal nie atau tak. Tipu la kalau tak fikir kan. Cuma, aku rasa banyak benda lagi yang lebih penting untuk difikirkan. Macam yang si Maria tu cakap la, ‘Semua orang punya jodohnya masing-masing’. Dah kalau Tuhan cakap macam tu, maka begitu la. Jadi kenapa nak risau pada sesuatu yang pasti ada untuk kita. Of course kita kena mencari tapi mencari itu juga mesti dalam kata erti mengikut tuntutan agama kita. Sila setuju dan selamat beramal. Peace.


Friday, September 17, 2010

ronggeng raya


Saat aku menulis entri nie, aku baru selesai membasuh muka dan gosok gigi. Baru balik meronggeng di rumah Suriani, Sharifah, Kasmah dan Gja. Lately, selalu sangat mention nama-nama mereka kat blog nie. Aku tau kamu bosan. Aku pun bosan jugak nak tulis nama dorang nie tapi apa kan daya, tulis saja lah.

Macam selalu gathering kali nie dianggotai oleh aku, Kaqak (Kaqak lagi. Dah tiga entri nama dia kan. Haihhh), Gja, Suer, Kasmah, Wadi dan Aswan.

Bangun pagi celik mata jer pukul 8, aku terus call Kaqak. Saja nak pastikan jadi ker tak nak meronggeng ni kan. Sebab malam sebelum tu, dia ada mengadu tak sihat. Sebagai kawan yang prihatin plus baik hati plus penyayang (Tahan muntah), aku pun call la si Kaqak nie. Dengar jer suara dia, alahai simpati tiba-tiba datang bertimpa-timba. Kali nie suara dia tak macam selalu. Kaqak cakap dia sakit kepala dan semalaman tak larat nak bangun. Hampir menitis air mata mendengar rintihan dia tu. (Tipuuuu. Wekk. Tak kuasa aku nak buang air mata untuk kau Kaq. Ohok-ohok :p).

Nak dekat setengah jam jugakla kami bercakap dalam phone di atas katil masing-masing dengan suara ala-ala baru bangun. Penat jugak la advice si Kaqak nie suruh makan ubat dan segala bagai supaya dia sihat-sihat sikit untuk drive kami nanti. Tapi tak tau la perangai siapa yang dia ikut, keras kepala, degil dan palui jugak aku rasa dia nie dek kerana tak mendengar ajar. Aku tak tau la berapa kali aku cakap, 'Buduh ba kau ni Kaq'. Dan terkadang, kesengalan aku dalam perbualan disambut dengan ayat, 'Sial kau Yul'. Jangan panic semuaaaaa. Ini cara kami berkasih sayang dalam pertuturan. Berkasih-sayang la sangattttt. Bhahaha.

Dalam pukul 10 lebih, kereta Kaqak (Eh silap. Kereta mumy dia. Kaqak just pinjam) pun menyusur di hadapan rumah aku. Laju saja aku ke dapur and mencari dua biji panadol. Lepas tu ambik sandal dan dengan pantas kami menuju ke rumah Suer. Sempat jugak call Suer nak tau pasal persiapan birthday surprise untuk Kaqak. (Tu pasal la aku beriya suruh dia makan ubat tadi. :p) Ada masalah sikit and bunyinya agak kelam kabut jer aku dengar si Suer nie. Kaqak yang duduk driving di sebelah hanya bertanya, 'Kenapa?'. Tapi aku hanya menjawab tak ada apa-apa. Kata nak surprise kan.

Tiba di kampung Suer, agak kalut jugak kami sebab jalan disitu teramatla sempit. Silap sikit, boleh bercalar kereta dibuatnya. Satu hal plak kami nak menjawab dengan mumy Kaqak nanti. Well, pujian harus diberi untuk driver yang cekap kerana berjaya mengharungi liku-liku jalan yang sempit itu. Senyum sampai ke telinga la si Kaqak kalau baca entri nie. Eleh. Tapi harus diingat, dikala Kaqak sedang berusaha dengan stering kereta, aku plak tak henti-henti memberi perangsang, 'You can do it Kaq! Go beybeh go!'. Kalau takda aku, mesti Kaqak dah give up (Sila muntah) .


Sangat supportive okeh.

Akhirnya kami berjumpa dengan Suer di tengah jalan. Dan kami berjaya parking kereta tu di tempat yang selamat dengan bantuan pakcik Suer. Well, untuk pengetahuan korang, silap parking kereta kat kampung Suer nie, alamatnya pulang bertayar tiga la kereta tu dibuatnya. Banyak sangat budak nakal.

Sementara Suer pergi berjumpa Wadi untuk mengambil kek harijadi, aku dan Kaqak mendaki menuju ke rumah Suer dibantu oleh adik Suer sebagai penunjuk arah. Fuhh! Mesti korang tertanya-tanya pesal aku cakap mendaki kan? Actually, rumah Suer nie atas bukit jugak la. So, memang kalau tak kuat fizikal, tak payah la berniat nak bertandang rumah dia. Hanya yang beriman mampu sampai ke puncak. Ecehhh. Beriman sangat la aku nie eakkk.

Sampai rumah Suer, tekak rasa dahaga. Mujurla adik Suer hidangkan kami dengan coke. Memang masyukkk la. Yang si Kaqak plak dengan sengalnya nak minum air panas. Air nescafe la konon. Banyak cantekk muka kau Kaq. Demand betul. Maklumlah orang tak sihat. Jadi, sebagai kawan yang prihatin, (puji lagi untuk yang kesekian kalinya) aku pun masuk dapur and jumpa adik Suer mintak air suam. Takda nescafe eakk. Tak kuasa aku nak menyusahkan orang sebab kau. Itupun aku mintak air suam sebab nak suruh kau telan panadol kak oi. Kalau tak, harammm.

Pendek cerita, tak lama kemudian, Kasmah dan Gja pun sampai. Apalagi, aku pun signal nak tanya Suer tentang persiapan surprise. Pastu Suer panggil aku masuk dapur tapi belum sempat aku jejak dapur, Suer macam bler sekejap and kata semua ok and suruh aku duduk balik.

Tibala masa yang ditunggu-tunggu. Eceh. Masuk dapur, aku dengan semangatnya nyanyi lagu harijadi untuk Kaqak. Tapi rupa-rupanya, surprise tu untuk kami berdua. Sweet September beybeh. Aku rasa cam buduh sikit. Pesal la mangkuk tiga orang nie. Patutla Suer bler jer tadi, rupanya dia hampir terlupa yang diorang ada plan nak surprise untuk aku dan Kaqak sekaligus. Kononnya taknak la aku tengok nama aku kat kek tu kan. Seingat aku, ni kali kedua dorang celebrate birthday aku dan Kaqak sekali. Yang first tu masa upper six. Apa-apa hal pun tengkiu-tengkiu. Mana nak dapat orang buat surprise dua kali kan. Yang si Kaqak nie, tetiba jer aku tengok macam sihat walafiat lepas tengok kek tu. Laju jer dia ambik gambar.


(Apy Besdey Qaqak & Yuly..Tua udah kamu)


See? Tadi masa first tu kan, muka dia tak macam nie. Tengok kek terus sihattt.


Hee. Aku pun nak gakk ambik gambar.


Bestday girl. Weeee!


Picture time!

Selesai potong kek, kami berlima pun menjamu selera dengan makanan yang dihidangkan. Uishhh. Kamu patut tengok gaya Gja makan. Berselera sungguh dengan cara duduk yang kurang sopan. Sayang tak ambik gambar time tuh. Kalau tak boleh kita gelak berjemaah.

Rumah seterusnya ialah rumah aku. Ermmm. Kat rumah aku takda yang spesel sangat so taknak cerita apa-apa. Pukul 2 perjalanan diteruskan ke rumah Sha di Kampung Sungai Imam. Sebenarnya datang nak tengok baby dia semata-mata. Dahtu, si Sha nie taknak la upload gambar baby dia tu kat facebook kan. Nak jadi macam Erra Fazira kot. So, terpaksa la kami yang datang bertandang ke sana. Jauh jugak nak masuk dalam kampung tu. Tapi sebab Sha bagi direction yang tepat dan padat ditambah pulak ada orang macam aku yang sangat peka pada arahan Sha, jadi agak mustahil la na sesat kannn. (Masuk bakul, golek-golek sendiri lagi. Huwhuuu)


Aku tak faham apa motif dorang poss macam nie. Time nie aku ngan Kaqak sibuk cari jalan, mereka bertiga sibuk menyengal kat belakang guna phone Kaqak.


Perasan comel


Taknak kalah. Kami yang kat depan pun nak jugak poss cumil. Perhatikan muka yang kat tengah tu. Sibuk jer nak enter frame.


Kereta Iswara Wadi yang follow dari belakang. Kereta sport la konon. Tapi tewas bila berhadapan dengan jalan gruble. Heh heh.


Aswan dan Wadi


Tengok tu. Terpaksa berjalan kaki masuk jalan menuju ke rumah Sha. Ketawakan mereka.

Sampai rumah Sha, makan lagi. Aisehhh. Gja and Kaqak paling semangat bab makan. Awal ketibaan kami disana, kami terpaksa layan diri sebentar sebab baby Sha si kecil Delisha sedang menangis minta disusukan. Tak lama lepas tu, husband Sha keluar dengan baby comel mereka. Sangat comel okeh. Dengan rambut dia yang tumbuh lebat macam trojan. Sempat lagi aku mengusik, 'Anak orang pakai minyak Johnson baby, anak si Sha pakai bellcream. ' Sory tak ambik gambar. Bukan tak ingat cuma aku rasa nak menghormati privacy orang. Selagi mak bapak dia sendiri pun tak publish, so aku pun taknak la gatal tangan nak canang satu dunia kan. Mesti ada sebab kot yang kami tak tau dan kami taknak pulak tanya.

Lama tak jumpa Sha, for sure la banyak cerita. Banyak benda nak dibualkan. Usik mengusik dan bergurau-senda sambil meneka-neka giliran siapa pulak la lepas nie yang akan menokhtakan zaman bujangnya. Aku tengok si Wadi dah tak sabar-sabar. Tapi Gja dah warning, paling awal pun umur 30 tahun. Alahai tahan hati jer la kau wadi. Si Kaqak plak macam dah ready jer bergelar isteri orang cuma mumy dia letak syarat hantaran 20 000 ringgit. Mak ai. Faham-faham jer la kalau dah anak tunggal perempuan. Standard la tu kan.


Sha. Dua dari kanan. Wajah ibu muda yang mithali.

Dalam pukul 4 lebih, kami singgah di rumah Kasmah. Mula-mula tu, Kasmah tak mengalu-alukan pun kedatangan kami. Tapi kami nekad jugak. Lantak la kan. Hari raya beb. So, kami pun melepak-lepak la disitu. Mak Kasmah siap nak masakkan kami sup jagung yang kami panggil barobbok dalam bahasa bugisnya. Kali nie, Wadi dan Aswan tak join sebab dorang dah ada janji nak pegi tempat lain.

Sementara menunggu sup tu siap, panjang la cerita kami. Aku sempat berbual dengan Kasmah pasal dunai psikologi dan pengalaman dia sebagai pelajar Kaunseling di UMS.

Sedar tak sedar, kami pun dihidangkan dengan sup jagung tu. Disebabkan sup jagung tu masakan kebiasaan bagi kaum bugis, Kaqak agak pelik sikit la dengan makanan tu sampai kena ambik gambar. Takpe la Kaq, ambik la ambik.

Petang dah bertukar gelap bila kami berempat ingin meninggalkan rumah Kasmah dan singgah dirumah Gja. Ni lagi sorang geng kami yang taknak kami singgah rumah dia. Ada puaka ape ntah kat rumah dia sampai tak mau sangat kami datang bertandang. Tapi, ada kami kesah? Kami singgah jugak berhari raya. Heh heh heh.

Dah nak pukul 9, aku, Kaqak, dan Suer ready untuk cau cincau. Kalau tak disebabkan Kaqak kena balik tolong mumy dia buat kuih untuk adik dia kat semenanjung, agaknya kami meronggeng lagi sampai ke subuh.

Lepas nie ntah apa lagi plan kami. Kaqak nak tengok wayang rabu depan. Cam tak best jer kalau tengok wayang dengan si Kaqak nie. Errrr? Gurau jer pren.

Kepada korang berlima, thank you sebab beli kek tu. Tahun depan buat lagi yah. :p


Mana satu nak makan dulu ntah.

Kepada Suer, thanks sebab susah payah sediakan hidangan walaupun bukan kau yang masak.


Suer

Untuk Sha, sorry kalau dah buat kau kelam kabut sikit dengan kedatangan kami yang mengejut nie. Thanks a lot.


Iltizam's Juliet beybeh.

Untuk Kasmah, cakap kat mak kau, barobbok tu memang sedap!


Kasmah

Kepada Gja, thanks jugak sebab sudi buat air untuk kami.


Muka Gja yang sentiasa fotogenik. Sumpah tak tipu.

And kepada Kaqak, tengkiu sebab setia jer jadi driver kami walau kemana nak pergi. Sesungguhnya jasamu amat dikenang. Sayang kau lebih la Kaq! Jangan lupa letak nama anak perempuan kau, Yulie Nurafnie okeh geng. Nanti aku letak la jugak nama anak aku dengan nama kau. Tapi aku nak guna Nurul Rasyiqah. At least sangkut la jugak nama Rasyiqah tu. Kang ambik seketul-seketul nama kau, jadi plak degil cam kau. Sengsara la aku nak membesarkannya. Lain la kalau letak nama aku, sumpah terdidik giler lah. Hah hah.


(Psstt. Nak bagitau nie, Kaqak dulu kan budak sekolah agama tau. Terer la jugak bab Arab dan Jawi. Apapun, yang aku tau, aku lagi cute)

Eh eh, dah melalut dah nie. Orite. Babai.

p/s: Lama tak tulis panjang-panjang. Hik hik hik. ( Tak faham kenapa kena gelak. Senteng. )