Baru balik dari round bandar mencari payung. Ya PAYUNG. Anda tidak salah baca. Huh! Tarik nafas dulu. Penat.
Kalau setakat nak cari payung yang biasa-biasa jer takpe la. Ni kena cari payung yang unik sikit. Jenis payung yang boleh dilipat tapi pattern dia lain sikit. Ada renda. Actually, masa gathering dengan kawan-kawan hari tu, Kaqak pesan kat aku bawak payung sebab time tu dia tak sihat la konon. Jadi, aku pun bawak la payung yang dimaksudkan. Payung yang dibeli untuk aku oleh mak. Then, entah apa yang menarik sangat pada payung tu, Kaqak berminat nak beli sama dan suruh aku tanya mak beli kat mana.
Semalam dia ada la jugak cari payung tu, tapi tak jumpa. So, kebetulan hari nie aku nak keluar berjalan-jalan di sekitar Tawau mencari teh herba dan Kaqak meminta aku supaya tolong carikan payung macam tu. Katanya lagi, kalau tak jumpa seketul macam tu pun takpa asalkan seakan-akan payung tu dan nampak cantik.
Aku panggil payung tu as payung gedik. Sebab ada renda bagai. Seingat aku, baru dua kali aku pakai payung tu, itupun sebab hujan lebat. Kalau setakat gerimis, sory la kalau aku nak buka payung. Tak rock la kan pakai payung. Ceh. Tapi serius payung tu agak berat berbanding payung jenis lipat yang biasa sebab batang dia bentuk dia macam payung yang tak boleh lipat tu. Bentuk J. Can imagine? Ok takpe. Meh tengok nie ;
Payung gedik untuk Kaqak
So, memang sesuai la orang perempuan bawak sebagai senjata. Kot la tengah syok jalan-jalan ada peragut ker ape, belasah jer dengan payung tu sure pengsan. Kalau belasah kuat lagi, mesti koma punya la. Gerenti. (- -")
Ok mana kita tadi? Pasal cari payung tu kan. Haaa, punya susah giler nak cari payung nie. Dari satu kedai ke satu kedai. Sambil meredah hujan plak tu. Last-last jumpa jugak dekat satu kedai kat ceruk mana ntah. Dahla tu, memang tinggal satu pilihan jer. Takde color lain dah tapi memang sama la dengan yang aku punya tu cuma color jer lain.
Puas giler weh dapat jumpa payung tu. Heh.
No comments:
Post a Comment