Saat aku menulis entri nie, aku baru selesai membasuh muka dan gosok gigi. Baru balik meronggeng di rumah Suriani, Sharifah, Kasmah dan Gja. Lately, selalu sangat mention nama-nama mereka kat blog nie. Aku tau kamu bosan. Aku pun bosan jugak nak tulis nama dorang nie tapi apa kan daya, tulis saja lah.
Macam selalu gathering kali nie dianggotai oleh aku, Kaqak (Kaqak lagi. Dah tiga entri nama dia kan. Haihhh), Gja, Suer, Kasmah, Wadi dan Aswan.
Bangun pagi celik mata jer pukul 8, aku terus call Kaqak. Saja nak pastikan jadi ker tak nak meronggeng ni kan. Sebab malam sebelum tu, dia ada mengadu tak sihat. Sebagai kawan yang prihatin plus baik hati plus penyayang (Tahan muntah), aku pun call la si Kaqak nie. Dengar jer suara dia, alahai simpati tiba-tiba datang bertimpa-timba. Kali nie suara dia tak macam selalu. Kaqak cakap dia sakit kepala dan semalaman tak larat nak bangun. Hampir menitis air mata mendengar rintihan dia tu. (Tipuuuu. Wekk. Tak kuasa aku nak buang air mata untuk kau Kaq. Ohok-ohok :p).
Nak dekat setengah jam jugakla kami bercakap dalam phone di atas katil masing-masing dengan suara ala-ala baru bangun. Penat jugak la advice si Kaqak nie suruh makan ubat dan segala bagai supaya dia sihat-sihat sikit untuk drive kami nanti. Tapi tak tau la perangai siapa yang dia ikut, keras kepala, degil dan palui jugak aku rasa dia nie dek kerana tak mendengar ajar. Aku tak tau la berapa kali aku cakap, 'Buduh ba kau ni Kaq'. Dan terkadang, kesengalan aku dalam perbualan disambut dengan ayat, 'Sial kau Yul'. Jangan panic semuaaaaa. Ini cara kami berkasih sayang dalam pertuturan. Berkasih-sayang la sangattttt. Bhahaha.
Dalam pukul 10 lebih, kereta Kaqak (Eh silap. Kereta mumy dia. Kaqak just pinjam) pun menyusur di hadapan rumah aku. Laju saja aku ke dapur and mencari dua biji panadol. Lepas tu ambik sandal dan dengan pantas kami menuju ke rumah Suer. Sempat jugak call Suer nak tau pasal persiapan birthday surprise untuk Kaqak. (Tu pasal la aku beriya suruh dia makan ubat tadi. :p) Ada masalah sikit and bunyinya agak kelam kabut jer aku dengar si Suer nie. Kaqak yang duduk driving di sebelah hanya bertanya, 'Kenapa?'. Tapi aku hanya menjawab tak ada apa-apa. Kata nak surprise kan.
Tiba di kampung Suer, agak kalut jugak kami sebab jalan disitu teramatla sempit. Silap sikit, boleh bercalar kereta dibuatnya. Satu hal plak kami nak menjawab dengan mumy Kaqak nanti. Well, pujian harus diberi untuk driver yang cekap kerana berjaya mengharungi liku-liku jalan yang sempit itu. Senyum sampai ke telinga la si Kaqak kalau baca entri nie. Eleh. Tapi harus diingat, dikala Kaqak sedang berusaha dengan stering kereta, aku plak tak henti-henti memberi perangsang, 'You can do it Kaq! Go beybeh go!'. Kalau takda aku, mesti Kaqak dah give up (Sila muntah) .
Sangat supportive okeh.
Akhirnya kami berjumpa dengan Suer di tengah jalan. Dan kami berjaya parking kereta tu di tempat yang selamat dengan bantuan pakcik Suer. Well, untuk pengetahuan korang, silap parking kereta kat kampung Suer nie, alamatnya pulang bertayar tiga la kereta tu dibuatnya. Banyak sangat budak nakal.
Sementara Suer pergi berjumpa Wadi untuk mengambil kek harijadi, aku dan Kaqak mendaki menuju ke rumah Suer dibantu oleh adik Suer sebagai penunjuk arah. Fuhh! Mesti korang tertanya-tanya pesal aku cakap mendaki kan? Actually, rumah Suer nie atas bukit jugak la. So, memang kalau tak kuat fizikal, tak payah la berniat nak bertandang rumah dia. Hanya yang beriman mampu sampai ke puncak. Ecehhh. Beriman sangat la aku nie eakkk.
Sampai rumah Suer, tekak rasa dahaga. Mujurla adik Suer hidangkan kami dengan coke. Memang masyukkk la. Yang si Kaqak plak dengan sengalnya nak minum air panas. Air nescafe la konon. Banyak cantekk muka kau Kaq. Demand betul. Maklumlah orang tak sihat. Jadi, sebagai kawan yang prihatin, (puji lagi untuk yang kesekian kalinya) aku pun masuk dapur and jumpa adik Suer mintak air suam. Takda nescafe eakk. Tak kuasa aku nak menyusahkan orang sebab kau. Itupun aku mintak air suam sebab nak suruh kau telan panadol kak oi. Kalau tak, harammm.
Pendek cerita, tak lama kemudian, Kasmah dan Gja pun sampai. Apalagi, aku pun signal nak tanya Suer tentang persiapan surprise. Pastu Suer panggil aku masuk dapur tapi belum sempat aku jejak dapur, Suer macam bler sekejap and kata semua ok and suruh aku duduk balik.
Tibala masa yang ditunggu-tunggu. Eceh. Masuk dapur, aku dengan semangatnya nyanyi lagu harijadi untuk Kaqak. Tapi rupa-rupanya, surprise tu untuk kami berdua. Sweet September beybeh. Aku rasa cam buduh sikit. Pesal la mangkuk tiga orang nie. Patutla Suer bler jer tadi, rupanya dia hampir terlupa yang diorang ada plan nak surprise untuk aku dan Kaqak sekaligus. Kononnya taknak la aku tengok nama aku kat kek tu kan. Seingat aku, ni kali kedua dorang celebrate birthday aku dan Kaqak sekali. Yang first tu masa upper six. Apa-apa hal pun tengkiu-tengkiu. Mana nak dapat orang buat surprise dua kali kan. Yang si Kaqak nie, tetiba jer aku tengok macam sihat walafiat lepas tengok kek tu. Laju jer dia ambik gambar.
(Apy Besdey Qaqak & Yuly..Tua udah kamu)
See? Tadi masa first tu kan, muka dia tak macam nie. Tengok kek terus sihattt.
Hee. Aku pun nak gakk ambik gambar.
Bestday girl. Weeee!
Picture time!
Selesai potong kek, kami berlima pun menjamu selera dengan makanan yang dihidangkan. Uishhh. Kamu patut tengok gaya Gja makan. Berselera sungguh dengan cara duduk yang kurang sopan. Sayang tak ambik gambar time tuh. Kalau tak boleh kita gelak berjemaah.
Rumah seterusnya ialah rumah aku. Ermmm. Kat rumah aku takda yang spesel sangat so taknak cerita apa-apa. Pukul 2 perjalanan diteruskan ke rumah Sha di Kampung Sungai Imam. Sebenarnya datang nak tengok baby dia semata-mata. Dahtu, si Sha nie taknak la upload gambar baby dia tu kat facebook kan. Nak jadi macam Erra Fazira kot. So, terpaksa la kami yang datang bertandang ke sana. Jauh jugak nak masuk dalam kampung tu. Tapi sebab Sha bagi direction yang tepat dan padat ditambah pulak ada orang macam aku yang sangat peka pada arahan Sha, jadi agak mustahil la na sesat kannn. (Masuk bakul, golek-golek sendiri lagi. Huwhuuu)
Aku tak faham apa motif dorang poss macam nie. Time nie aku ngan Kaqak sibuk cari jalan, mereka bertiga sibuk menyengal kat belakang guna phone Kaqak.
Perasan comel
Taknak kalah. Kami yang kat depan pun nak jugak poss cumil. Perhatikan muka yang kat tengah tu. Sibuk jer nak enter frame.
Kereta Iswara Wadi yang follow dari belakang. Kereta sport la konon. Tapi tewas bila berhadapan dengan jalan gruble. Heh heh.
Aswan dan Wadi
Tengok tu. Terpaksa berjalan kaki masuk jalan menuju ke rumah Sha. Ketawakan mereka.
Sampai rumah Sha, makan lagi. Aisehhh. Gja and Kaqak paling semangat bab makan. Awal ketibaan kami disana, kami terpaksa layan diri sebentar sebab baby Sha si kecil Delisha sedang menangis minta disusukan. Tak lama lepas tu, husband Sha keluar dengan baby comel mereka. Sangat comel okeh. Dengan rambut dia yang tumbuh lebat macam trojan. Sempat lagi aku mengusik, 'Anak orang pakai minyak Johnson baby, anak si Sha pakai bellcream. ' Sory tak ambik gambar. Bukan tak ingat cuma aku rasa nak menghormati privacy orang. Selagi mak bapak dia sendiri pun tak publish, so aku pun taknak la gatal tangan nak canang satu dunia kan. Mesti ada sebab kot yang kami tak tau dan kami taknak pulak tanya.
Lama tak jumpa Sha, for sure la banyak cerita. Banyak benda nak dibualkan. Usik mengusik dan bergurau-senda sambil meneka-neka giliran siapa pulak la lepas nie yang akan menokhtakan zaman bujangnya. Aku tengok si Wadi dah tak sabar-sabar. Tapi Gja dah warning, paling awal pun umur 30 tahun. Alahai tahan hati jer la kau wadi. Si Kaqak plak macam dah ready jer bergelar isteri orang cuma mumy dia letak syarat hantaran 20 000 ringgit. Mak ai. Faham-faham jer la kalau dah anak tunggal perempuan. Standard la tu kan.
Sha. Dua dari kanan. Wajah ibu muda yang mithali.
Dalam pukul 4 lebih, kami singgah di rumah Kasmah. Mula-mula tu, Kasmah tak mengalu-alukan pun kedatangan kami. Tapi kami nekad jugak. Lantak la kan. Hari raya beb. So, kami pun melepak-lepak la disitu. Mak Kasmah siap nak masakkan kami sup jagung yang kami panggil barobbok dalam bahasa bugisnya. Kali nie, Wadi dan Aswan tak join sebab dorang dah ada janji nak pegi tempat lain.
Sementara menunggu sup tu siap, panjang la cerita kami. Aku sempat berbual dengan Kasmah pasal dunai psikologi dan pengalaman dia sebagai pelajar Kaunseling di UMS.
Sedar tak sedar, kami pun dihidangkan dengan sup jagung tu. Disebabkan sup jagung tu masakan kebiasaan bagi kaum bugis, Kaqak agak pelik sikit la dengan makanan tu sampai kena ambik gambar. Takpe la Kaq, ambik la ambik.
Petang dah bertukar gelap bila kami berempat ingin meninggalkan rumah Kasmah dan singgah dirumah Gja. Ni lagi sorang geng kami yang taknak kami singgah rumah dia. Ada puaka ape ntah kat rumah dia sampai tak mau sangat kami datang bertandang. Tapi, ada kami kesah? Kami singgah jugak berhari raya. Heh heh heh.
Dah nak pukul 9, aku, Kaqak, dan Suer ready untuk cau cincau. Kalau tak disebabkan Kaqak kena balik tolong mumy dia buat kuih untuk adik dia kat semenanjung, agaknya kami meronggeng lagi sampai ke subuh.
Lepas nie ntah apa lagi plan kami. Kaqak nak tengok wayang rabu depan. Cam tak best jer kalau tengok wayang dengan si Kaqak nie. Errrr? Gurau jer pren.
Kepada korang berlima, thank you sebab beli kek tu. Tahun depan buat lagi yah. :p
Mana satu nak makan dulu ntah.
Kepada Suer, thanks sebab susah payah sediakan hidangan walaupun bukan kau yang masak.
Suer
Untuk Sha, sorry kalau dah buat kau kelam kabut sikit dengan kedatangan kami yang mengejut nie. Thanks a lot.
Iltizam's Juliet beybeh.
Untuk Kasmah, cakap kat mak kau, barobbok tu memang sedap!
Kasmah
Kepada Gja, thanks jugak sebab sudi buat air untuk kami.
Muka Gja yang sentiasa fotogenik. Sumpah tak tipu.
And kepada Kaqak, tengkiu sebab setia jer jadi driver kami walau kemana nak pergi. Sesungguhnya jasamu amat dikenang. Sayang kau lebih la Kaq! Jangan lupa letak nama anak perempuan kau, Yulie Nurafnie okeh geng. Nanti aku letak la jugak nama anak aku dengan nama kau. Tapi aku nak guna Nurul Rasyiqah. At least sangkut la jugak nama Rasyiqah tu. Kang ambik seketul-seketul nama kau, jadi plak degil cam kau. Sengsara la aku nak membesarkannya. Lain la kalau letak nama aku, sumpah terdidik giler lah. Hah hah.
(Psstt. Nak bagitau nie, Kaqak dulu kan budak sekolah agama tau. Terer la jugak bab Arab dan Jawi. Apapun, yang aku tau, aku lagi cute)
Eh eh, dah melalut dah nie. Orite. Babai.
p/s: Lama tak tulis panjang-panjang. Hik hik hik. ( Tak faham kenapa kena gelak. Senteng. )
No comments:
Post a Comment