Wednesday, September 1, 2010

fevret subject

Fuh! Akhirnya hari nie ada semangat nak update blog nie since hari tu Ira complain and cakap 'Kau jarang sudah update blog mu kan?' Then tergaru kepala sekejap and 'Iyahhh. Malas. Ndakda idea mau tulis'. Ira cakap lagi, 'Tebiar-biar sudah blog mu tu.' Dan aku sempat senyum sahaja dihujung talian lalu berkata, 'Ok lah this week maybe aku update la. InsyaAllah.'

Dan Ira, semalam kau muncul dalam mimpi aku. Lucu kan? Mimpi tu pun agak mengarut but aku happy. Dalam mimpi tu kononnya kita kembali ke alam persekolahan. Kau datang lewat sehari and masa kau muncul depan pintu, kita berpelukan. Yang mengarutnya bila kita terserempak dengan manusia bertubuh beruk dan kita lari bertempiaran. Hahaha. Ok dah. Itu kata-kata aluan sahaja.

Masa form six dulu, aku minat subjek Ekonomi. Tapi kalau ikutkan semua subjek yang aku ambik tu aku minat. Pengajian Perniagaan, Ekonomi, Georgafi dan satu subjek teras Pengajian Am.

Disebabkan minat dan enjoy first ujian dari Cikgu Arbayah yang ajar subjek Mikroekonomi celah gigi jer aku dapat full mark (Riak betul). Mungkin atas sebab tu kawan-kawan bagi kepercayaan yang aku boleh bagi tips plus skill nak jawab soalan. Pendekkan cerita, kami buat study group dan diorang nak aku ajar bahagian esei sebab bahagian esei pegang 80% dari markah keseluruhan termasuk part kira-kira yang jadi part fevret aku.

So, after bagi kuliah (ceh ceh ceh) , dorang pun dah faham macam mana nak jawab soalan tu. Dorang gembira dan aku puas.

Hari exam tiba dengan semangat berkobar-kobar didada. Sempat jugak si Suriani bincang sikit soalan dengan aku sebelum jawab soalan.

Mungkin aku terlalu over confident dan kena tulah sebab riak. Aku tersalah faham soalan dan akibatnya sah-sah jawapan aku dikira salah. Yang paling sedihnya bila mereka-mereka yang aku ajar tu dapat markah lebih tinggi dari aku. Suriani siap berterima kasih lagi dan menggelarkan aku sebagai mentor nya. Wah! Padahal ketika kertas jawapan dipulangkan, macam berpinar sedikit kepala aku nie.

Cikgu Arbayah buat perbincangan soalan exam tu dan aku sedang mengelamun memikirkan kesilapan aku. Aku tersedar bila Cikgu Arbayah singgah kat tepi meja aku dan letak marker pen and suruh jawab soalan kat white board. Soalan kira-kira. Remember? Kira-kira fevret aku. Dalam keadaan separa sedar aku menjawab dan formula yang selama nie lekat kat kepala entah kemana-mana dah. Aku terkaku. Ciss!

Lepas tu kan, Cikgu pun panggil lagi sorang student untuk jawab soalan yang sama. And semudah abc jer dia dapat jawab after ketak-ketuk ketak-ketuk kalkulator. Ciss dan ciss. Aiseyh! Cikgu Arbayah cakap kat aku, 'Susah sangat ke Yulie?' Aku tak ingat aku jawab ape yang aku ingat cuma nak balik tempat duduk dan sambung bersedih. Ceh.

Yang paling aku ingat, hari tu adalah hari terakhir aku dapat C dalam subjek tu. Sebab maybe aku rasa tercabar dan aku rasa markah tu satu kesilapan besar. Macam nak menjerit jer, 'Cikgu dah kira betul-betul ker markah saya nie?'. Tapi jangankan jerit, bersuara pun tak.

Aku ingat jugak masa program mentor-mentee, aku sengaja pilih Cikgu Arbayah. Sengaja kerana egoku.

Dan aku teramat suka melukis keluk pasaran. Kenalpasti jumlah harga, untung, rugi, penawaran, permintaan dan semuanya tentang keluk. Sampai aku jadi suka tolong lukis keluk kawan-kawan.

Endingnya, Final STPM dengan bangganya aku dapat A dalam Mikroekonomi. Puasss amat! Berbaloi-baloi.

Aku degil. Aku keras kepala dan aku pantang dicabar pada perkara yang aku mampu. Itu aku. Tapi korang janganla ikut perangai aku nie. Nanti banyak musuh. Apakah?

Cikgu Arbayah, kalau baca nie, tolong komen eah. Saya sayang cikgu! Itu sungguh.


No comments:

Post a Comment