Kau kawan dan selamanya kita akan berkawan. Itu janji aku pada kau teman. Aku sorry about entri 'Warnakan kelabu itu'. So sory. Walaupun apa yang kau cakap dalam chat tu jujur dan apa yang aku tulis tu tak tipu, setidak-tidaknya aku nampak diri kau yang lebih suka diam dari menambah keruh dalam takuk.
Kau tak mintak pun aku delete tapi rasanya, menjadi seorang kawan itu bukan setakat memberi apa yang diminta. Tapi memberi apa yang lebih perlu. Kau betul di tempat kau dah kau selalu betul. Aku selalu betul kerana kamu semua ada bersama aku. Teman-teman yang tak selalu ada. Tapi ada saat-saat salah seorang dari kita sedang memerlukan.
Aku tak mau mention nama kau kat sini. Tapi aku rasa kalau kau baca nie, aku harap kau sila la senyum.
Yang sudah tu sudah. Sepatutnya sudah. Hari nie aku belajar untuk terima yang ada di depan dan tinggalkan apa yang dibelakang.
Anyway, terima kasih bangattt dear friend.
No comments:
Post a Comment